Jumaat, 13 Januari 2012

WOI .. WOI .. WOII ... DIN BINJAI .. HANG LARI PASAI APA?

Din Binjai @ Sharpshooter yang telah di saman oleh Rais Yatim kini serta sedang menghadapi prosing menghina mahkamah kini dikatakan telah' menghilangkan' dirinya. Klik di sini untuk kisahnya PEJUANG BANGSA

Dulu beliau juga yang sering mengatakan kepada Rais Yatim ' Mana Mao Lari?' akhirnya kini beliau pula 'melarikan' diri?

Hamba tertarik dengan ulasan daripada rakan bloger The Flying Kick yang mengulas mengenai nasib Din Binjai ini. Hamba juga teringatkan juga mengenai seorang lagi bloger Pakatan yang kini disembunyikan di Singapura.

Wah patutlah bloger pakatan amat rajin dan bersemangat menghentam kerajaan BN / UMNO serta menabur fitnah., mereka dilindungi secukupnya oleh pakatan. 

Hamba dan rakan-rakan bloger yang tidak bertuan dan bernaung di bawah mana-mana unit tempur siber kena pandai-pandai jaga diri sendiri. Tapi tak mengapalah kerana kami tidak meminta upah. Kami menulis secara sukarela dan di atas kejujuran kami sendiri. Lagipun kami perlu memikul tanggungjawab untuk menghalang segala fitnah mega yang bertebaran. Kami pun kurang mempercayai mana-mana ahli politik. 

Kepada rakan-rakan bloger yang satu spesis sudah tiba masanya para bloger tidak bertuan menubuhkan sebuah persatuan berdaftar bagi melindungi kepentingan kita semua. Apakata kawan-kawan bloger yang tidak bertuan? Mahukah kita tubuh sebuah persatuan berdaftar demi menjaga diri dan kepentingan kita sendiri?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa