Rabu, 11 Januari 2012

PASCA 901- LIWAT SUKA SAMA SUKA MAJLIS PEGUAM MAHU IANYA DIHALALKAN!


Kita pernah dikejutkan dari lena yang panjang mengenai pendedahan Seksualiti Merdeka yang telah lama berlangsung secara diam. Itu sewaktu masih berlansung hangat kes liwat II Anwar Ibrahim. Setelah itu kita dikejutkan lagi dengan keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dari sabitan kerana kekurangan bukti dan bukan kerana liwat tidak berlaku. Selepas itu Anwar Ibrahim ke Mumbai India, kerana mahu berceramah mengenai Hak Asasi Manusia. Mumbai adalah sebuah bandar di dalam sebuah negara sosialis yang sudah mahu memansuhkan seksyen 377 kesalahan jenayah seks luar tabie' dan mahu menghalalkan amalan seks luar tabie'. Ianya sudah menjadi sebuah indstri perlancungan yang begitu lumayan kepada bandaraya Mumbai.


Kejutan itu tidak berakhir. Kini Majlis Peguam bersama penganjur Seksualiti Merdeka mahu mencabar arahan Polis mengharamkan Seksualiti Merdeka.

Ini berlaku berbetulan dengan lawatan Anwar Ibrahim ke Mumbai. Apabila difikirkan dan direnungkan kembali adakah Anwar Ibrahim sudah bercita-cita mahu menjadikan industri hiburan amalan seks luar tabie' sebagai salah satu punca pendapatan hasil negeri Selangor melalui cukai pusat hiburan?

Ini tidak mustahil malah sudah kedengaran khabar-khabar angin mengatakan jika Pakatan menguasai Selangor dalam PRU 13, sebuah bandaraya hiburan seperti Las Vegas beserta percutian Curise di Pulau Peranginan buat pengamal seks luar tabie' akan dibangunkan.Tidakkah anwar Ibrahim juga Penasihat Ekonomi Selangor berbayar RM1.00?

Adakah kita mahu Malaysia dikenali sebagai destinasi perlancungan LGBTIX yang termasyhur? Buat malu sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PASCA 901- PENGANJUR SEKSUALITI MERDEKA NAIK TOCANG !



(Klik di sini) WASHINGTON POST  melapurkan bahawa penganjur seksualiti Merdeka mendapat suntikan semangat baru daripada pembebasan Anwar Ibrahim dari sabitan hukuman kesalahan meliwat suka-sama-suka. Manakala rakan bloger Badut Rakyat cuba mendedahkan mengenai Yuli yang mengaku telah di liwat suka-sama-suka oleh Anwar Ibrahim di Indonesia (namun pada fikiran hamba ianya sudah menjadi terlalu redundant ).

Antara lain The Washington Post melaporkan penganjur seksualiti Merdeka bakal memohon seksyen 377 Kanun Kesiksaan dimansuhkan. Alasan mereka ialah homophobia yang terkandung di dalam seksyen 377 Kanun Kesiksaan tersebut adalah melanggar Perlembagaan Malaysia dan hak asasi manusia. Mereka akan memperjuangkan yang sama dengan apa yang berlaku di India yakni kesalahan amalan seks luar tabie'  dibenarkan.

Di satu sudut pandang, walaupun rusuhan besar-besaran dapat dielakkan (pada fikiran hamba rusuhan tersebut sengaja diperbesarkan oleh Anwar Ibrahim) tetapi ianya mengundang kecelakaan yang lebih besar. Secara tidak langsung pembebasan Anwar Ibrahim telah membuka pintu kepada kumpulan pengamal seks songsang untuk menghalalkan perbuatan mereka. Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh pemain catur elitis di Putrajaya dan Y.A Hakim semasa menimbangkan sabitan kes Anwar Ibrahim.

Nampaknya sekali lagi piihak kepimpinan UMNO di buli dan diperbodohkan oleh permainan licik pihak-pihak yang mahu melihat kehancuran agama Islam di Malaysia.Jika ini berterusan bermakna Melayu Islam yang mempunyai kesedaran tinggi wajib mengambil langkah-langkah segera untuk membantah tindakan menjijikan daripada penganjur seksualiti Merdeka. Kita tidka mahu nanti acara Seksualiti Merdeka dijadikan acara tahunan gilang gemilang dalam kalendar sambutan di Malaysia apabila Pakatan mengekalkan kekuasaan mereka di Parlimen WPKL dan Selangor.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK UDA - AISEH GEDIKS SUNGGUH ..... VIDEO MTV YANG WAJIB ANDA TONTON!

Kontrol .. kontrol ... Kita Masuk TV3 Nie ........ Jangan Lupa Lirik !
"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Klip video yang amat hangat di pasaran pada masakini dan kemungkinan besar pada tahun ini.  Sungguh melucukan apabila muslimah PAS kini menjadi sekumpulan penyanyi latar koir dalam demo aman. Pada fikiran hamba, mualimah (guru wanita) vokal mereka ialah Mak Lempira Zuraida. Mereka mempunyai banyak masa untuk berlatih memandangkan kebanyakan mereka adalah suri rumahtangga sepenuh masa dan tenaga pengajar PASTI. Apabila mendengar lagu yang dinyanyikan oleh mereka hamba terfikir adakah ini merupakan salah satu lagu yang diajarkan kepada anak-anak kecil di PASTI? PAS kini sudah menjadi sebuah pertubuhan Pluralisma dan Liberalisma. Kumpulan Koir Demo Aman  (KAK-UDA) adalah hasil didikan terbaru kumpulan anti Ulama dalam PAS yang pro Anwar. Dengan penuh menyampah hamba memperkenalkan kepada semua persembahan sulong KAK-UDA dengan tagline ... AISEH GEDIKS SUNGGUH !


agak-agak lah KAK-UDA boleh menjuarai tak rancangan realiti TV ' THE VOICE ' dan 'JANGAN LUPA LIRIK' ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

H20 UCAP TAHNIAH, NAMEWEE KUTOK PDRM RAKYAT KELANTAN BAYAR H20.

 
"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Seperti amalan biasa, hamba amat kurang memuji melangit pemimpin UMNO yang tidak efektif. Tidak ada faedah hendak memuji melangit mana-mana pemimpin politik di Malaysia. Kesemua mereka adalah pemain catur dan bukan pejuang hak kebajikan rakyat. Hishamuddin Hussein (H20) telah mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana berjaya mengawal perusuh 901. Anda boleh membaca ucapannya itu di blog-blog pemuji pemimpin politik di sini keris7Lok

Cuma yang menarik sedikit dalam ucapan itu ialah mengenai SOP (Standard of Operation) yang baru. 3 biji bom jangka telah meletop. Perusuh tetap mengingkari syarat PDRM. Perusuh tetap menyerang 50 orang ahli Perkasa yang berdemo secara aman. Jadi di mana kejayaan SOP baru tersebut?

Shhhhh .. Jangan Bilang Sama Bro Jib I Chatting Kat Sini Yea ...

Jika tiada SOP baru pun pada fikiran hamba PDRM memang cekap dan terlatih sejak dulu. Oleh itu ucapan tahniah oleh H20 hanya bersifat berselindung mahu memuji dirinya sendiri atau lebih tepat pegawai khasnya hendak memuji diri mereka kerana berjaya songlap SOP dari luar negara yang tak berapa efektif. Terus terang hamba katakan PDRM berjaya mengawal keadaan pada 901 bukan kerana SOP yang baru tetapi kerana pengalaman dan kecekapan anggota PDRM sendiri. 

Pada masa yang sama Namewee pula mengutok PDRM melalui terbitan video terbaru sempena sambutan Tahun Baru Cina. Perbuatan Namewee ini amat keterlaluan yang biadap. PDRM telah disimbolkan sebagai 'anjing' oleh namewee melalui watak yang menjelirkan lidahnya memakai unifom Polis. H20. Di kala PDRM berjaya mengawal keadaan dengan baik pada 901 namewee pula menghina dan mengutok PDRM. H20 pula mendiamkan diri sahaja dan tidak mempertahankan PDRM. Lihat klip video di bawah ini. - sumber maklumat 1Peluru blogspot.


Di Kelantan pula rakyat Kelantan terpaksa membayar harga perkhidmatan bekalan H20 yang kotor. (H20 adalah susunan atomik bagi air). Di dalam UMNO pula, rakyat turut terbeban dengan membayar cukai untuk mengekalkan satu lagi H20 yang kurang efektif.

Kita patut bersyukur kerana PDRM Malaysia merupakan sebuah organisasi penguatkuasa yang cekap dan profesional walaupun H20 tidak cekap dan selalu syok sendiri dengan pegawai-pegawai khasnya yang kuat mengipas dan memujinya tinggi melangit pada setiap masa. Kepada H20 masihkah anda ingat Grand Continental Hotel? Jangan marah yea, Hamba sekadar menegur mana yang patut sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

NASARUDDIN MAT ISA BALUN PAS PUSAT.



Nasarudin Mat Isa balun PAS Pusat sebagai tidak istiqomah dan menyokong Hasan Ali. Khalid G telah meminta Hasan Ali meletakkan jawatan sebagai EXCO. Peluang untuk  PKR dan DAP mengekalkan penguasaan di Selangor pada PRU 13 semakin malap. Jalan ke Putrajaya semakin sukar buat Pakatan.


TEPUK DADA TANYA IMAN




PASCA 901 - KEPALA HOTAK REFORM!


"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang berjaya membebaskan perogol dan peliwat setelah bertungkus lumus selama 3 tahun lebih mendakwanya (sambil membuang duit). Patutlah AS mengiktiraf Malaysia disebabkan kebodohan pemimpin-pemimpin negara membebaskan seorang perogol dan peliwat kerana takutkan rusuhan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menerima nasihat-nasihat tidak berguna dengan bangga serta lupa diri mengwar-warkan penyucian UMNO kepada semua. Lucu !

Di bawah pengaruh kumpulan yang terpengaruh dengan sindiket mat-pet UBU, pemimpin-pemimpin UMNO telah diperbodohkan dengan begitu mudah sekali walaupun sejak 1998 pemimpin UMNO mendakwa merekalah orang paling cerdik. Lucu!

Sejak 1998 sehingga sekarang terutamanya pada 2004, pemimpin-pemimpin UMNO amat mudah merajuk dan termakan pujuk rayu. Mudah menerima cacian, mudah menerima tekanan, mudah menerima makian. Paling seronok mereka amat mudah menerima apa saja fitnah, hasutan dan tohmahan daripada Anwar Ibrahim. 

Secara jujurnya apabila kita mengukur keberanian dan ketegasan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada dengan seorang budak hingusan seperti Adam Adli dan sekelompok perusuh 5 000 orang termasuklah 30 000 ribu orang perusuh BERSIH 2.0 , kita sendiri tahu dimanakah tahap kejantanan mereka. Memang patutlah Adam Adli menyaman UPSI kerana beliau tahu pada akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO akan menjadikannya sebagai seorang senator di dalam Parlimen Belia !

Jika dalam PRU 13, Barisan Nasional menang besar itu bukanlah kerana kejayaan perubahan dan polisi transformasi serta gerak kerja Politik Baru tetapi kerana rakyat sudah jemu dan bosan dengan Pakatan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

APA BIKIN SANA MUMBAI HEY KICHI ?


Sebaik saja melangkah keluar dari mahkamah Tinggi di kompleks mahkamah di Jalan Duta Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim dikatakan berlepas ke Mumbai, India. Berdasarkan kepada ceramahnya di Ledang , Johor, beliau di jemput oleh cucu Mahatma Gandhi unutk memberikan ucapan mengenai Hak Kebebasan Asasi Manusia. Ehem .. hak apa yan? Apakah Hak Kebebasan Asasi yang paling hangat diperkatakan di Mumbai India pada masa ini ? Jom lihat di bawah ini

PECAT MEMECAT DALAM PAS -TUAH ATAU BALA MENANTI UMNO SELANGOR?


"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Secara jujurnya, apakah benar apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari sabitan hukuman maka segala fitnah tohmahan mega dan persepsi buruk kepada UMNO terhapus dengan sendirinya?

Secara jujurnya, apakah episod pecat memecat di dalam PAS mampu membawa kejayaan besar kepada UMNO Selangor?

Secara jujurnya, apakah kekuatan dan kekebalan Anwar Ibrahim sudah berjaya ditembusi dan dikalahkan?

Secara jujurnya, apakah UMNO sudah dibersihkan dari segala unsur-unsur subversif dan khianat?

Secara jujurnya, apakah sokongan majoriti pengundi protes pada 2008 sudah kembali kepada Barisan Nasional?

Secara jujurnya, apakah pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat sudah menjumpai kembali 'Semangat Keberanian Yang Hilang' atau masih 'tersampuk badi Anwar Ibrahim'?

Secara jujurnya, apakah majoriti dan penyokong tegar UMNO/BN memahami pembebasan Anwar Ibrahim sama seperti yang difahami oleh pemain-pemain catur elitis?

Secara jujurnya, apakah sokongan pengundi Cina Malaysia dan Tamil Malaysia benar-benar kembali kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL?

Silalah anda semua menjawabnya mengikut ukuran kejujuran yang ada di dalam lubuk hati dan lubuk akal masing-masing.

Ingatlah Allah subhanahu-wa-ta'ala telah berfirman di dalam al Quran bahawa kebenaran itu tidak ada di sisi makhluk tetapi ada di sisi Nya. Bagaimana hendak mendapatkan kebenaran dari sisi Nya jika tiada kejujuran walaupun sebesar debu berterbangan?

TEPUK DADA TANYA IMAN!