Rabu, 11 Januari 2012

PASCA 901 - KEPALA HOTAK REFORM!


"Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti menegakkan kebenaran. Tanpa kejujuran, kebenaran tidak dapat tertegak samasekali walaupun se-mikro-saat. Dengan kejujuran, kebenaran mampu mengalahkan sejuta fitnah terancang walaupun bersendirian."
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang berjaya membebaskan perogol dan peliwat setelah bertungkus lumus selama 3 tahun lebih mendakwanya (sambil membuang duit). Patutlah AS mengiktiraf Malaysia disebabkan kebodohan pemimpin-pemimpin negara membebaskan seorang perogol dan peliwat kerana takutkan rusuhan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menerima nasihat-nasihat tidak berguna dengan bangga serta lupa diri mengwar-warkan penyucian UMNO kepada semua. Lucu !

Di bawah pengaruh kumpulan yang terpengaruh dengan sindiket mat-pet UBU, pemimpin-pemimpin UMNO telah diperbodohkan dengan begitu mudah sekali walaupun sejak 1998 pemimpin UMNO mendakwa merekalah orang paling cerdik. Lucu!

Sejak 1998 sehingga sekarang terutamanya pada 2004, pemimpin-pemimpin UMNO amat mudah merajuk dan termakan pujuk rayu. Mudah menerima cacian, mudah menerima tekanan, mudah menerima makian. Paling seronok mereka amat mudah menerima apa saja fitnah, hasutan dan tohmahan daripada Anwar Ibrahim. 

Secara jujurnya apabila kita mengukur keberanian dan ketegasan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada dengan seorang budak hingusan seperti Adam Adli dan sekelompok perusuh 5 000 orang termasuklah 30 000 ribu orang perusuh BERSIH 2.0 , kita sendiri tahu dimanakah tahap kejantanan mereka. Memang patutlah Adam Adli menyaman UPSI kerana beliau tahu pada akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO akan menjadikannya sebagai seorang senator di dalam Parlimen Belia !

Jika dalam PRU 13, Barisan Nasional menang besar itu bukanlah kerana kejayaan perubahan dan polisi transformasi serta gerak kerja Politik Baru tetapi kerana rakyat sudah jemu dan bosan dengan Pakatan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa