Selasa, 18 Disember 2012

ZALIMNYA PEMIMPIN PAS KEDAH KAT NELAYAN KEDAH.

boat_Tanjung Dawai_010512_IMG_6608


di petik seluruhnya dari mykmu.net sumber asal:-

Mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT bahawa PAS akan memerintah negeri Kedah selama sepenggal dan meratah hasil-mahsul negeri Jelapang Padi itu dengan rakus serta menjahanamkan segalanya sebelum mengembalikannya kepada UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti.

Tidak puas dengan kerakusan menarah hasil balak sehingga membuat alam menangis hiba, PAS Kedah semakin “ganas” apabila membenarkan “rompakan” pasir di perairan pantai Kota Kuala Muda, berdekatan dengan Tanjung Dawai.

Terbaru,  Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Mohamad Noor Had berkata, pihaknya telah mengesan aktiviti mengorek pasir di perairan berkenaan di mana ia dijangka mampu menjejaskan punca rezeki nelayan di kawasan terbabit.

Menurutnya lagi, kerakusan mengorek pasir di kawasan tersebut akan menjejaskan rezeki nelayan dan menyebabkan pencemaran di kawasan sekitar.

Malah bukan itu saja, operasi syarikat yang dikatakan mendapat kebenaran dari Kerajaan PAS Negeri Kedah itu juga kana menyebabkan pukat nelayan-nelayan kecil di situ rosak teruk dan mengalami kerugian.

Untuk makluman, boleh dikatakan majoriti para penduduk di sekitar Tanjung Dawai menjadikan kerjaya nelayan sebagai punca rezeki mereka secara tradisi dan kawasan berkenaan begitu terkenal dengan hasil laut di negeri Kedah.

Inilah jadinya bila kuasa memerintah di sesebuah negeri diberikan kepada mereka yang hanya tahu berceramah di pentas-pentas politik, memfitnah orang dan memburuk-burukkan sesuatu pembangunan yang pihak lain buat.

Dulu ketika UMNO/BN memerintah Kedah, boleh dikatakan hampir setiap hari pak-pak lebai PAS menghentam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan setempat yang dilakukan UMNO/BN walaupun ia mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan.

Dan kini, bila sudah diberikan peluang berkuasa di negeri Kedah, tanpa fikir panjang atau mengambil pakai nasihat, laporan atau pandangan dari agensi yang bertanggungjawab, puak-puak PAS “balun” habis-habisan segala yang boleh dijual di negeri itu.

Mungkin pada mereka, prosedur, peraturan atau sebarang ketetapan undang-undang tidak perlu diambil kira oleh Kerajaan Negeri seolah-olah seluruh negeri Kedah itu pak-pak lebai PAS itu yang punya dan boleh dibuat sesuka hati.

Entah dari mana mereka belajar tamadun begitu. Mungkin juga dari rejim Zionis Yahudi Israel yang tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa atau PBB untuk menzalimi umat Islam di Palestin, kan?

Saya terbayang kerisauan dan rungutan para nelayan kecil yang mencari rezeki di kawasan terbabit, apalah nasib mereka bila punca rezeki mereka itu hilang begitu saja disebabkan oleh ketamakan pak-pak lebai yang tidak bertanggungjawab itu.

Mungkin sekarang Tanjung Dawai masih terkenal dengan kekayaan sumber-sumber laut, namun tidak mustahil suatu hari nanti kawasan itu akan hilang identiti dan tidak lagi menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Malang sungguh rakyat negeri Kedah. Walaupun diberikan masa sepenggal mentadbir negeri itu, PAS begitu gelojoh membolot segalan hasil bumi dan laut tanpa batasan dan sanggup menghancurkan negeri itu dalam tempoh yang diamanahkan.

Persoalannya, apakah PAS Kedah tidak rasa bersalah atau berdosa dengan tindakan mereka yang menjahanamkan negeri itu dengan “sekelip mata”?

Tunggulah nanti pembalasan Allah SWT dan rakyat Kedah pada PRU ke-13.

Majoriti rakyat Kedah kini dilihat sudah “celik” melihat “kejelikan” pemerintahan PAS yang kononnya buat kerja cara Islam, tapi jelas sebaliknya menggunakan modul pentadbiran rejim Zionis Yahudi Israel sebagai idola mereka.

Dan Allah pula tidak mungkin akan meredhai tindakan zalim yang dilakukan oleh PAS. Kecualilah jika Allah SWT mahu terus menguji kesabaran rakyat Kedah, kan? Wallahua’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa