Selasa, 18 Disember 2012

TANAH SELUAS 10,526 EKAR NILAI NIZAR LAMBAI MENJADI MB PERAK DULU.


Rakan bloger Pisau mendedahkan sesuatu yang amat memeranjatkan!
Pisau mendedahkan kembali kisah sebenar perundingan rahsia di antara PAS dengan DAPNGOK bagi perlantikan Nizar Lambai sebagai Menteri Besar Perak. 

Anda semua tentu masih ingat bagaimana DAPngok terutama Kit Sialan dan JKPE (CEC) Dapngok beriya-iya enggan melantik PAS menjadi Menteri Besar Perak. (Lihat petikan di atas) Atas alasan DAPngok mempunyai bilangan kerusi yang lebih banyak berbanding PAS.


Dalam tempoh 24 jam sahaja keputusan itu berubah sekelip mata!
Kenapa?
Ramai yang menyangka ianya kerana campurtangan Anwar Ibrahim.
Sebenarnya TIDAK!
Mana mungkin Dapngok boleh mengubah keputusan mereka sekelip mata TANPA ADA HABUAN LUMAYAN?
Jadi apa yang berlaku sebenarnya ?
Surat di bawah ini menceritakan segala-galanya SURAT DARIPADA FIRMA GUAMAN NGEH & CO sendiri.
Oh ya , Ngeh adalah seorang Peguambela & Peguamcara. 

Isi kandungan surat:-

4th June 2012.

"Dengan segala hormatnya kami memaklumkan kami bertindak bagi YB Dato Ngeh Koo Ham.

Kami merujuk kepada perjumpaan YB dato Ngeh Koo Ham dengan pengurus besar Tuan Jamari bin Salekam dan Pengurus Tuan Mohd Badrul Hisham Bin Abdul Razak di pejabat tuan pada 15/5/2012.

Kami ingin memaklumkan bahawa melalui satu surat Jual-Beli Saham bertarikh 5/4/2012 anakguam kami dan rakan-rakannya telah membeli seluruh 100% saham dalam syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd. daripada pemegang-pemegang saham sekarang. Satu salinan Surat Perjanjian Jual-Beli Saham dilampirkan untuk perhatian pihak tuan.

Upayapadu Plantations Sdn. Bhd. telah mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM16.2 juta daripada pihak tuan sejak tahun 2007 untuk memajukan sekeping tanah 10,526 ekar di Relai, Daerah Chiku, Gua Musang, Kelantan.

Akan tetapi projek tersebut terbengkalai sejak tahun 2007 dan hanya lebih kurang RM2.0 juta daripada kemudahan pinjaman telah digunakan. 

Anakguam kami inginkan kemudahan RM16.2 juta pinjaman tersebut diteruskan dan memohon supaya penjamin-penjamin kemudahan pinjaman tersebut dilepaskan daripada pmenjadi penjamin dan digantikan dengan 5 pengarah baru syarikat tersebut seperti berikut:-



Anakguam kami juga memohon supaya jadual keluaran (disbursement) wang pinjaman tersebut ditukar kepada jadual keluaran terkini yang digunakan oleh pihak tuan seperti yang dilampirkan dengan surat ini. Kos pembangunan telah melonjak begitu tinggi sekali berbanding dengan kos dalam tahun 2007 dan jadual digunakan pada tahun 2007 tidak sesuai lagi. Anakguam kami akan memohon kepada pihak tuan untuk jumlah kemudahan pinjaman tersebut dinaikkan kepada RM30,000,000.00 iaitu RM10,000 sehektar seperti yang dibenarkan oleh pihak tuan sekarang apabila pindahmilik saham-saham tersebut siap di buat dalam bulan Ogos tahun ini.  

Di bawah ini pula salinan carian daripada SSM mengenai pengarah syarikat Upayapadu Plantations Sdn. Bhd. yang dimaksudkan.


Mudah sungguh Modus Operandi mereka dalam negosiasi menjadikan Nizar Lambai sebagai MB Perok. Selama 11 bulan mereka berkuasa inilah hasilnya. PAS jadi boneka DAPngok, DAPngok berkuasa selama 11 bulan kemudian yang kaya-raya Ngeh dan Ngor. Mereka berdua memperolehi 10,526 ekar beserta kemudahan pinjaman berjumlah RM30 juta !

Kira mahal lah harga Nizar Lambai menjadi lembu kepada DAPngok yea. Habis tergadai tanah rakyat di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa