Isnin, 3 Disember 2012

PENANGGUHAN PERHIMPUNAN MELAYU ISLAM BERSATU - PEMIMPIN PAS, DAP & PKR TERUS MEROYAN

 
 
Hari Sabtu lepas Perhimpunan Melayu Islam Bersatu ditangguhkanlah sehingga ke tahun hadapan. Hamba berpuashati dengan Semangat Adiwira dan Juang yang ditunjukkan dalam Perhimpunan. Sementelah lagi, Institusi UMNO dilaksanakan. Semoga menjadi wadah dan tempat melahirkan ramai Pemimpin Adiwira untuk Agama, Bangsa dan Negara. Jangan pulak jadi tempat membina Rangkaian Keroni dan Grup. 

Waima sebenarnya Pemimpin Adiwira adalah dilahirkan tapi usaha untuk 'melahirkan' barisan Pemimpin Adiwira perlu ada. Asahlah bakat-bakat semulajadi yang ada dalam diri pemimpin-pemimpin muda dan ahli-ahli muda UMNO. Mana tahu dalam pencarian tersebut anak seorang nelayan ka, pekerja kilang ka atau mat rempit pun sebenarnya ada Bakat Pemimpin Adiwira.

Reaksi para pemimpin Pakatam Ahzab sasaulisma DAP, PKR & PAS sudah dijangkakan. Mereka terus meroyan sasau melihat kebangkitan Melayu Islam Bersatu. Terutama pemimpin DAP rasis yang terus ketakutan berkata 'Melayu takkan hilang kuasa kalau undi pakatam ahzab sasaulisma'. Tapi dalam PRU Pakatam Ahzab tak bertanding pun. Yang bertanding adalah PAS, DAP & PKR di bawah simbol-simbol parti politik mereka sendiri.

Kita semua tahu 'Penyakit' Pakatam Ahzab sasaulisma ini. 'Penyakit' suka berbohong dna menipu benda yang takda dikatakan ada. Bila berjanji Tidak akan ditepati. Menolak semua jenis kebaikan. Menyemai sentimen-sentimen kebencian kaum dan agama. Menghalalkan segala yang diharamkan. Mengutuk dan mencerca pihak lain untuk menonjolkan diri mereka. Membawa Budaya Politik Populis. Tiada halatuju dan sentiasa berada dalam posisi 'Api Dalam Sekam'. Macam 'Bom Jangkamasa', bila-bila masa saja boleh 'Meletop'.

Para pemimpin pakatam ahzab sasaulisma selama ini mengaut kekayaan dan menindas rakyat melalui 'Kultus Persona' dan ' Politik Populis'. Masing-masing mahukan kemewahan dan kekuasaan melalui cara penipuan dan pembohongan.Pakatam Ahzab sasaulisma cuma ada slogan-slogan retorik politik sahaja. Tipu Kiri dan Tipu Kanan. Depa dok sapu di tengah-tengah jalan. Tak pernah kosisten dan menyatakan pendirian sebenar mereka. Malah pakatam ahzab sasaulisma sentiasa bergerak dalam bayang-bayang.

Kesepakatan yang mereka kata ada sebenarnya tidak ada dan tidak wujud samasekali. Hanya ada pada kertas dan pada slogan sahaja. Memang kesepakatam mereka tidak akan menjadi sebuah entiti politik seperti Barisan Nasional. Di bawah bayang-bayang Pakatam Ahzab Sasaulisma , DAP, PKR & PAS bertanding.

Ianya suatu Penipuan yang amat jelas ketara oleh dap, pkr dan pas kepada pengundi Malaysia. Pakatam Ahzab Sasaulisma menawarkan Pakej Penipuan kepada rakyat Malaysia. Bagi mengekalkan kelangsungan Pakej Penipuan itu, mereka akan terus-menerus mengutuk dna mencerca sana sini. Itu sahaja yang mampu menjadikan Pakej Penipuan mereka Relevan. 

Anda bayangkan senario jika hanya PKR atau DAP yang menang dalam PRU 13 nanti. Di mana Kesepakatan Pakatam Ahzab sasaulisma nanti ? Hakiki ini jugalah diperakui oleh Dr Zulkifly dalam suatu kenyataannya.

Bukankah lebih baik dan molek kita mengundi entiti yang sah dan berdaftar seperti Barisan nasional daripada terpedaya dengan Pakej Penipuan Dap PKR dan PAS dengan bayang-bayang kesepakatan yang tak wujud seperti Pakatam Ahzab sasaulisma?

Malah jika didapati mereka berkempen menggunakan bayang-bayang Pakatam Ahzab Sasaulisma, bukankah itu Suatu Kesalahan Pilihanraya?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa