Isnin, 31 Disember 2012

JENG ..JENG..JENG..APA BAKAL BERLAKU DALAM MASA DUA JAM LAGI?

TIADA GAMBAR.

Salah satu penyakit yang agak sukar diubati dalam jentera BN/UMNO ialah Penyakit Mudah Selesa sangat.
Kedua, amat jarang di buat sebarang tindakan susulan selepas itu.
Kemudian, semasa perbincangan mengenai apa-apa isu.. hanya ditumpukan kepada natijah pada masa kejadian daripada meneliti dan memikirkan kesemua rantaian.
Sedangkan terbentang semua butiran dan maklumat terperinci di hadapan mereka .
Amat jarang di buat Gameplay SENARIO.
Boleh dikatakan ianya tidak diberikan perhatian langsung. 
Sememangnya Tangki Pemikir / Panel Pemikir kerajaan dan jentera parti amat perlu mengubah sikap dan mentaliti mereka jika mereka mahu berjaya mengatasi pihak saingan.
Ini adalah sekadar pandangan peribadi sahaja.
Jangan pula yang ada tersinggung sangat.
Jadi matang lah weyyy.

Ok kembali kepada tajuk artikel. 
Apa yang berlaku berlaku dalam masa dua jam lagi?
Di pihak BN/UMNO, mereka masih leka menyambut Tahun Baru kalendar Gregorian tanpa pengertian mendalam mengenai kesan dan efek astronomi kepada emosi manusia. 
Setiap yang berlaku dan yang dijadikan oleh Allah Ta'ala itu tidak sia-sia.
Semuanya ada perkaitan dan hubungankait di antara satu sama lain. 
Perkara ini yang amat perlu diberikan perhatian mendalam oleh pihak-pihak yang Hamba sebutkan di awal tadi. 

PAS, DAP PKR sudah lama menyedari kesan astronomi dengan emosi manusia. 
Ada sebab khusus bagi mereka melakukan sesuatu itu pada tarikh-tarikh tertentu. 
Sebagai contoh. pada tengahmalam ini. 
Apakah signifikannya?
Ianya berkaitan dengan MISTERI ALAM.

Misteri Alam tak dapat dirungkai dan difahami oleh Teori-teori Sains Politik atau Saikologi Politik.
Ianya hanya mampu di garap dan difahami oleh ilmu-ilmu kerohanian dan ilmu astronomi.
Berdasarkan kepada pengiraan kalendar Gregorian, perubahan masa pada tengahmalam ini merupakan pertukaran ekuinoks.
Pada setiap pertukaran ekuinoks, medan magnet bumi berubah,
Setiapkali medan magnet bumi berubah ianya mempengaruhi unsur emosi manusia. 
Perubahan yang berlaku adalah dalam skala besar.
Bergantung kepada aktiviti manusia pada masa itu, pengaruh perubahan medan magnet bumi itu mampu di tukar menjadi pengaruh negatif atau pengaruh positif. 

Ramai yang tak menyedari bahawa setiap aktiviti yang dilakukan oleh para demonstran tajaan dap pkr pas adalah merupakan ritual-ritual tertentu bagi magnifikasi emosi negatif. 
Salah satu pemangkinnya ialah teriakan.
Teriakan slogan-slogan tertentu akan diteriakkan kepada para demonstran.
Perbuatan para demonstran akan ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan khusus.
Pembukanya ialah LILIN dan pergerakan secara berkumpulan.
kemungkinan besar NYANYIAN BERSAMA DALAM SATU NADA. 
Ini membentuk pencetus kepada JENIS EMOSI yang mereka mahukan daripada para demonstran. 

Pada tengahmalam ini sehingga jam 3 pagi para demonstran akan melakukan UPACARA RITUAL yang bersahaja.
Tapi pengisian RITUAL itu adalah berunsurkan AJARAN SATANISMA.
Tujuannya hanya satu.
Yakni mmeperkuatkan lagi unsur-unsur KEJAHATAN agar ianya tersebar luas ke seluruh negara. 
Kalendar Gregorian adalah sebuah kalendar yang khusus untuk mengira setiap titik-titik saat dan ketika masa di mana KEJAHATAN MAMPU DIPERKUATKAN DAN DISEBARLUASKAN. 

Jadi bagaimanakah hendak menghalang para demonstran daripada melakukan RITUAL MEREKA?
Puak Budu kan selalu kata mereka HEBAT SERBA-SERBI jadi biarlah mereka tunjuk KEHEBATAN MEREKA UNTUK MENGHALANGNYA.
Cuma pada firasat Hamba mereka hanya MEMBANTU TANPA SEDAR RITUAL PARA DEMONSTRAN NANTI. 

Selamat Mencuba Semua !
Semoga KEAMANAN DAN UNSUR KEJAHATAN DIATASI WAIMA PARA DEMONTRAN CUBA MENGHIDUPKANNYA PADA TENGAHMALAM INI. 


2012 MULA MELABUH TIRAINYA. 2013- TURNING POINT.

Ada la sebab kenapa gambar Ini Di Pilih. Cuba Fikir & Renungkan.

2012 sudah mula mahu melabuh tirainya.
Berlalu sudah 2012.
Selamat Datang 2013.
Tamatlah satu pusingan orbit bumi mengelilingi matahari, kononnya lah.
2013 yang di kira dari tahun dipercayai kelahiran Nabi Isa a.s.
Kalendar yang digunakan oleh kita pada hari ini ialah kalendar yang di sebut Kalendar Gregorian.
Diperkenalkan oleh POP GREGORY XIII melalui Dekri yang ditandatangan olehnya pada 24hb Febuari 1581. Bagi menggantikan penggunaan KALENDAR JULIAN.
Satu fakta yang tidak pernah diketahui umum ialah mengenai sejarah Kalendar Gregorian.
Tahukah anda bahawa dulu 1hb April setiap tahun adalah merupakan TAHUN BARU dalam kalendar Gregorian.
Kemudiannya, orang Perancis menukarkan tarikah tahun baru itu kepada 1hb Januari pada setiap tahun.
Dari situlah bermulanya lawak APRIL FOOL. 
Bila kita bandingkan dengan Kalendar Hijriah pula kita sudah memasukki tahun Baru 1434 yang di kira dari tarikh hijrahnya Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah Munawwarah. 
Di alam nusantara nampaknya yang berjaya 'survive' ialah Kalendar Jawa sahaja.
Jenis-jenis kalendar lain sudah lama terkubur. Jika diketahui pun hanyalah segelintir manusia sahaja. 
Sebenarnya terdapat banyak lagi kalendar-kalendar sebelum wujudnya Kalendar Gregorian. 
Pengiraan hari, minggu, bulan dan tahun berdasarkan kepada kalendar-kalendar purba adalah lebih tepat berbanding dengan kalendar Gregorian.
Berdasarkan kepada kalendar Hebrew, kita berada dalam tahun 5774.
kalau berdasarkan kepada Kalendar Maya pula, pusingannya sudah terhenti pada Disember 2012 dan bermulanya satu pusingan baru.
Berdasarkan kepada pengiraan Kalendar Maya, dunia baru saja menghabisi 2,880,000 hari bersamaan dengan 7,885 tahun. Sejak bila ? Ini masalahnya sebab ianya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Kalendar Maya lebih rumit dan canggih berbanding mana-mana kalendar yang ada di dunia ini. Anih bukan?

Jika anda memperincikan kembali dan merumuskan semua kalendar-kalendar yang wujud dimukabumi dan mula menyatukannya , tamaddun manusia sudah melalui hampir sekitar 10,000 tahun lebih. 
Bagaimana hendak membayangkan tempoh masa 10,000 tahun?
Gunakanlah perbandingan dengan Tahun Hijriah atau Kalendar Gregorian.
10,000 tahun bermakna ada 100 tahun/kurun dan 10 milinia.
Bayangkanlah !

Pernahkah kita berfikir apakah Hikmahnya di sebut 25 Rasul di dalam Al Qur'an?

Apa pula signifikannya berkenaan apa yang bakal berlaku pada tengahmalam ini di Dataran Merdeka dan di beberapa buah tempat di Malaysia ini?

Anda rumuslah sendiri. 


KALIPAH GUAN END BACOLKAN DIRI LARI IKUT LALUAN SAMPAH.


Terdahulu laman asal telah di hack oleh puak dap pas pkr. 
Ini adalah laman terkini yang bebas dari anasir-anasir subversif macai dap pkr pas.
Berdasarkan kepada status terkini di laman grup tersebut yang di tulis:-
Tahniah saya ucapkan kepada ahli PAS pulau pinang yang 'menunggu' di airport penang tadi untuk 'menjemput' Kapir Lim Guang Eng balik dari Hongkong! Ternyata LGE hanya seorang bacul.. Apabila beliau bertindak lari keluar ikut pintu kargo!! Tahniah kepada Ustaz Hafiz Nordin dan sahabat yg semangat mempertahankan Islam! Pemuda UMNO kena ikut contoh langkah pemuda PAS!!

Kih...kih...kih....
Kalipah Guan end memang pemes dengan sikap bacolnya dan penipunya.
Puak dap memang terkenal dengan sifat pembohong dan penipu mereka. 
Kempen anti Lynas contohnya MOGOK LAPAR akhirnya menjadi MOGOK-MOGOK CURI MAKAN.

Untuk gambar-gambar sensasi sila ke pautan ini MYNEWSHUB.
Nak copy n paste tak dapat sebab pemilik blog tersebut 'Tak kasi izin'. 

Entahlah kadangkala hamba pun tak faham dengan sikap tak nak 'Share-share Info' neyh.
Kata nak lawan habis-habisan puak pas pkr & dap tapi bila ada info dan gambar jadi hakmilik eksklusif yang tak boleh di share dan dikongsikan bersama. 
Tapi itu pilihan memasing kan. 


Kembali kepada cerita asal ,
Nampaknya Kalipah Goin End sudah banyak kali membacolkan dirinya setiap masa bila berhadapan dengan bantahan daripada pemilihnya sendiri.
Sudah banyak kali juga kalipah Guan End kantoi dengan pembohongan dan kebacolannya.
Ini macam tarak guna mao undi PAS.
Sebab undi pas pergi ke dap.
DAP cuma ada pemimpin bacol dan penipu saja.
Buktinya.
kalipah Goin End sendiri !

Ahad, 30 Disember 2012

PERLEMBAGAAN NEGARA KAFIR KAH ATAU HJ HADI ANACONDA SEJAM YANG MENGKAFIRKANNYA?

AMANAT HAJI HADI.

Salah satu yang di sebut dalam AMANAT HJ HADI ialah mengenai status PERLEMBAGAAN MALAYSIA yang disifatkannya sebagai PERLEMBAGAAN PENJAJAH, PERATURAN KAFIR & JAHILIYAH. Betul ke rumusan Hj Hadi Anaconda Sejam mengenai status Perlembagaan & peraturan di Malaysia neyh? Atau rumusannya jauh dari REALITI SEBENAR. Jom kita kupas pendek. 

Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merangka satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Keanggotaannya dipersetujui oleh Raja-raja Melayu. Wakil Raja-raja Melayu pun ada dalam Suruhanjaya Reid. Ianya bukan 100% diwakili dan dilantik oleh British. 

Dan dalam saranan Suruhanjaya Reid akhirnya bersetuju meletakkan Fasal mengenai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN yakni AGAMA ISLAM. Kemudian KES RUJUKAN KEPADA MAJLIS PRIVI DIMANSUHKAN. Seterusnya, FASAL 121 (A) mengasingkan dengan jelas bidangkuasa Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah. Carilah dalam mana-mana perlembagaan dan peraturan jahiliah dan kafir di dunia ini yang ada FASAL YANG SAMA seperti PERLEMBAGAAN kita mengenai fasal-fasal yang disebutkan tadi. 

Perlembagaan kita juga memperuntukkan dengan jelas kuasa dan bidangkuasa hal ehwal agama Islam dan memberikan perlindungan yang ketat kepada agama Islam. 

Sebenarnya setelah berlalu 56 tahun merdeka, bentuk dan format asal Perlembagaan sudah banyak di pinda dan di ubah mengikut citarasa tempatan. Sudah banyak fasal-fasal di ubah dan di pinda. 

Fikir sejenak dan tambahkan pembacaan lagi.
Adakah benar dan betul rumusan Hj Hadi Anaconda Sejam mengenai status Perlembagaan kita?
Bila difikirkan kembali memang jelaslah AMANAT HAJI HADI ANACONDA SEJAM BERSIFAT ANTI ISLAM. 

HJ HAJI NAK JAWAB SATU JAM .. AKU NAK TANYA SEPULUH JAM BOLEH?

PENING DOH NI BOOH ..
MUNG HADI MINTA SATU JAM LA .. CEQ NAK DEMO BANTAH SHAMSIDAR JADI SAKSI.

Mengulas sedikit mengenai syarat yang di minta oleh Hj Hadi.
Hj Hadi minta satu jam untuk ke udara memperjelaskan Amanat nya yg di buat pada 1981. 
Alasan yang diberikan oleh Hj Hadi ialah kalau beliau perjelaskan di luar saluran rasmi yang selalu beliau kutuk, beliau kata kenyataannya akan di putar belit. 
Antara reaksi yang di terima ialah:-
C.N. Afghan kata Hj Hadi tak layak letak syarat macam tu kerana masa beliau buat Amanatnya beliau tak letak apa-apa syarat.
Pak Lah pondok Geting kata, kalau Hj Hadi tak tarik balik amanatnya Hj Hadi berdosa. (Dah berdosa pun selama 31 tahun ni)
Dato Seri Rais Yatim kata pula, beliau boleh beri peluang syarat Hj Hadi tapi terpulanglah kepada budibicara setesen tv bagaimana hendak menyiarkannya samada secara berita atau makluman awam. 
Berikut adalah klip video Hj Hadi mintak 1 jam siaran langsung, tapi air muka nya pun nampak sangat tak selesa dan tak berapa nak ikhlas serta jujur pada lidah tak bertulangnya.
Tiapkali wartawan ajukan soalan 'Adakah Dato akan tarik balik ?" Hj Hadi nampak tak begitu selesa nak jawab soalan itu.
Jelas dari bahasa badan Hj Hadi dalam klip video di bawah beliau begitu tak selesa dan berada dalam zon 'self-denial'. Kira nak mengelat dan mengelak lah.
Perlu lah di ingat bahawa selama ini Hj Hadi menafikan wujudnya Amanatnya itu.
Malah beliau turut bersilat lidah untuk mengekalkan Amanat nya dengan macam-macam gaya penyampaian.
Penganut pas bolehlah beliau tipu dan kekalkan penipuannya sebab penganutnya tak berfikir dan berikiran jumud mudah di tipu.
Amat jelas dalam klip video di bawah Hj Hadi masih berdegil mahu mempertahankan pendapatnya mengkafirkan sesama Islam yang menyokong UMNO.



Dah tengok klip audio di atas apakata kita dengar pula klip video di mana beliau mengeluarkan Amanatnya tersebut. Klip audio inUniti berjaya di rakam dan diterbitkan oleh Meida UMNO Terengganu. tahniah kepada mereka.



Apa pendapat anda ?
Nyatakan pendirian anda melalui Media Sosial dan di laman fesbuk dan twitter rasmi Dato Seri Rais Yatim dan Hj Hadi serta yang berkaitan.
Sila nyatakan pendapat anda dengan BERANI!


Sabtu, 29 Disember 2012

DOGMA TOLOL PAKATAM AHZAB SASAULISMA SEJAK 18.12.2009.


PERJANJIAN SETAN PAS DAP PKR YANG GUGURKAN TUNTUTAN NEGARA ISLAM & HUDUD MENYEMPURNAKAN AMANAT HJ HADI MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM & AJARAN PLURALISMA.




INILAH HASILNYA DARIPADA PERJANJIAN SETAN ITU (18/12/2009)
KANAK-KANAK DIGALAKKAN BUNUH DIRI DALAM MOGOK LAPAR ANTI LYNAS & DI SOKONG OLEH HIMPUNAN HIJAU PAS GOBLOK.


DOGMA TOLOL PAKATAM AHZAB SASAULISMA

1. Kafrkan sesama Islam tak BERDOSA.
2. Bunuh orang Islam itu MATI SYAHID
3. Galakkan Anak-anak kecil Bunuh Diri dalam mogok lapar itu JIHAD
4. Bunuh Diri dalam Mogok Lapar itu FI SABILLILLAH
5. Demonstrasi Jalanan Bughah itu SOLAT JUMAAT
6. Beri tanah 10 526 ekar kepada Ngeh & Nga itu KEBAJIKAN,

Aku tak nak macai pakatam ahzab sasaulisma jawab aku nak mereka BERTOBAT NASUHA DARIPADA DOSA-DOSA DI ATAS.

Di atas hanya sikit sahaja daripada SENARAI PANJANG DOGMA TOLOL PAKATAM AHZAB SASAULISMA.

Aku juga menuntut kepada Hj Hadi agar menarik semula AMANATNYA dan MEMBATALKAN PERJANJIAN SETAN 18.12.2009. Permintaannya untuk sejam bersiaran di saluran- saluran tv tertentu tidak mencukupi untuk beliau MEMBERSIHKAN DOSA MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM SELAM 31 TAHUN YANG MENYEBABKAN tragedi MEMALI dan banyak lagi kesengsaraan kepada umat Islam yang mempercayai AMANAT BANGANGNYA itu. 

Beranikah Hj Hadi bertanggungjawab atau beliau DAYUS sama seperti semua pemimpin DAP PKR PAS yang ada ?

ADAKAH BENAR ATAU SEKADAR KHABAR ANGIN?


Adik beradik angkat ????

Perkara ini di petik daripada akuan fesbuk Aktivis Pendang Jr.


TAHUKAH ANDA???

Pesuruhjaya Pas Kedah merangkap MB Kedah iaitu Dato Seri Azizan Razak mahu digulingkan oleh segelintir pemimpin2 Pas Kedah kerana beranggapan bahawa Azizan Razak mempunyai mentaliti UMNO dan sering melakukan kesilapan yg memberi bola tanggung kpd UMNO. Banyak projek2 di negeri Kedah terutamanya projek baikpulih dan menaiktaraf jalan2 raya negeri telah diberikan oleh Azizan kepada kontraktor2 UMNO hngga mnyebabkan Exco Kedah Phahrolrazi marah kerana salah seorang kroninya Cup Nayan gagal mndapat projek2 tersebut. Azizan Razak jg sering dikecam oleh penganut2 totok Pas kononnya Azizan Razak terlalu berlembut dgn UMNO Kedah. Ok. Mengapa Azizan menjadi spt itu? 

Sebenarnya Azizan Razak adalah merupakan anak angkat kpd Tun Rahah yg merupakan ibu kpd Presiden UMNO Dato seri Najib Tun Razak. 

Malah ketika Azizan Razak melanjutkan pengajian universitinya di luar negara spt di Universiti Al Azhar dan Universiti of Kent Centerbury, kos pengajian beliau dibiayai oleh Tun Razak iaitu bapa kepada Dato Seri Najib yang menjadi mangsa kejahatan Nik Ajis mendoakan agar perutnya pecah suatu ketika dulu. 

Hubungan akrab Azizan Razak dgn mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad juga bukan lagi rahsia biarpun pencacai2 bawahan Pas suka mengkafirkan Ayahanda Tun M serta sering memaki dn menghinanya. Malahan Azizan Razak kerapkali berjumpa dgn Ayahanda Tun M setiap kali beliau turun ke Kuala Lumpur bg mendapatkan pandangan serta nasihat drp Ayahanda Tun M. Jadi,tidak hairanlah jika Azizan Razak sering menjadi sasaran oleh puak2 Anwarinas yg sdg menguasai Pas utk digulingkan drp jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah krn Azizan Razak sering berbeza pendapat n pandangan dgn puak2 Anwarinas. Malah ketika Presiden Pas Hadi Awang dgn tdk malunya mencadangkan kerajaan perpaduan antara UMNO dgn Pas dulu,Azizan Razak la antara pemimpin Pas yg menyambut baik hasrat murni tersebut sebelum ianya dihalang oleh Anwar dan puak2 Anwarinas di dlm Pas. 

Terdesak utk menggulingkan Azizan Razak,puak2 Anwarinas mmpergunakan salah seorg pemimpin Pas Kedah iaitu Phahrolrazi yg begitu kemaruk utk mnjadi Pesuruhjaya Pas Kedah seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Phahrolrazi mendapatkan bantuan drp beberapa org pemimpin2 Pas Kedah yg sama spesis dgnnya spt Nasir Mustafa,Dr Ismail Salleh dan beberapa org ADUN Pas lg bg memberi tekanan kpd Azizan. Kerapkali mereka2 ini memalukan Azizan scara terbuka cthnya spt sidang DUN Kedah ketiga terakhir dl di waktu2 kemelut mereka tgh memuncak,apabila Phahrolrazi,Dr Ismail,Nasir Mustafa serta beberapa org ADUN Pas lg keluar drp Dewan DUN Kedah ketika Azizan Razak sdg berucap. Malah Phahrolrazi turut jg mempergunakan YB Demam Nasir Zakaria Ahli Parlimen Pdg Terap utk menjatuhkan Ketua Pemuda Pas Kedah Ustaz Ahmad Yahya krn Ustaz Ahmad Yahya merupakan penyokong kuat Azizan Razak. YB Demam yg terkenal sbg seorg pemimpin yg rakus serta sanggup berbuat apa saja demi mencapai jawatan dan pangkat tlh rela diperkudakan oleh Phahrolrazi n the gang. 

Phahrolrazi turut mengupah beberapa cybertrooper utk menghentam Azizan scara terbuka di dlm blog dan jg facebook. Lbh teruk lg bl Azizan Razak turut disantau dgn sihir hngga mnyebabkan kesihatan Azizan Razak sering terganggu. Azizan Razak hmpir2 digulingkan drp jwtnnya apabila Phahrolrazi mnggunakan alasan kesihatan Azizan yg sering terganggu itu tlh mnyebabkan Azizan gagal mentadbir negeri Kedah. Laporan kesihatan Azizan yg merupakan suatu dokumen sulit telah diambil oleh Phahrolrazi drp Kedah Medical Centre kmudiannya dihantar kpd Presiden Pas. Kmudian Presiden Pas mahu mnghantar laporan kesihatan Azizan kpd Sultan Kedah bg memaklumkan yg Azizan sdh tdk mampu lg melaksanakan tnggungjawap sbg Menteri Besar. Mujurlah Azizan sempat menyedarinya lalu bertindak menghalang laporan perubatannya drp dihantar kpd Sultan Kedah. Terselamatlah Azizan buat seketika.

Kini Azizan Razak sdh bangkit. Beliau dan penyokong2nya sdh bertekad utk tdk lg membiarkan parasit2 jahat itu menguasai dan merosakkan Pas Kedah drp dlm. Biarpun gencatan senjata diumumkan di antara Azizan Razak dgn Phahrolrazi,nmun Azizan Razak sedar yg Phahrolrazi msh lg bergerak cergas di belakang tabir bg menggulingkannya. Namun ianya bkn suatu perkara yg mudah bg Azizan krn Phahrolrazi mndapat sokongan kuat drp Timbalan Presiden Pas Mat Sabun. Apa2pn selamat maju jaya bg Azizan Razak. LAWAN TETAP LAWAN!!! Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

p/s : tqvm kpd sumber dalaman yg sudi berkongsi kisah ini utk dijadikan renungan kpd pencacai2 bawahan pas bgmn parti mereka sdg dirosakkan oleh Anwar Ibrahim n DAP drp dlm agar parti Pas tdk mnjadi parti yg dominan di dlm Pakatan Rakyat. Cheersssssssss — 


KL112 = KILL CHILDREN TOO !





Mogok Lapar ialah Cubaan Membunuh Diri. Itu satu kebodohan paling nyata !
Membawa anak-anak kecil turut mogok lapar. Itu satu penderaan kanak2!
Sampai bila agensi penguatkuasa nak berdiam diri ????
Baca seterusnya di sini KERIS7LOK


Jumaat, 28 Disember 2012

PEMIMPIN DAP PKR PAS KORBANKAN NYAWA RAKYAT MACAM SEMBELIH AYAM.

Terkini ofkorslah semua korang tahu lah bermulanya ACARA MEMBUNUH DIRI BERAMAI-RAMAI MOGOK LAPO OREN campur ANTI LYNAS. 

Seperti yang aku tulis sebelum ini, pemimpin dap pas pkr anggap nyawa peserta ANAK tu macam ayam-ayam belaan saja. Boleh disembelih oleh mereka pada bila-bila masa dan bila cukup masa. Cubalah bertanya kepada setiap seorang peserta ANAK OREN tu berapa nilai premium insurans nyawa yang pemimpin pas dap pkr dah amik untuk cover diaorg ?

Takkan setakat upah RM200 sahaja kot memadai dengan nilai NYAWA YANG NAK MELAYANG KERANA MOGOK LAPAR? Murah benor lah kalau begitu nyawa peserta ANAK. 
Sama nilai dengan nyawa ANAK AYAM di pasar malam. 

Bukan setakat itu sahaja, pada waktu sekarang semua penaja dan penghasut serta para pemimpin pas dap pkr dok senang lenang kat rumah banglo mewah memasing.

Sedangkan ibu bapa, adik beradik, anak isteri dan saudara-mara peserta ANAK OREN dok risau memikirkan keselamatan NYAWA para peserta OREN yang bakal dikorbankan macam AYAM oleh pemimpin dap pkr dan pas. 

Para peguam sasaulis macam Ambiga dan keroni-keroninya hanya duduk dari jauh dan tersenyum sambil mengira dengan kalkulator berapa dah nyawa melayang kerana mereka nak ke Putrajaya.

Maknakata 1 NYAWA MELAYANG BERMAKNA 1 UNDI UTK PAKATAM AHZAB SASAULISMA begitulah perkiraan mereka. Apa susah nanti...salahkan sahaja BN. 

Mereka mencongak boleh melepaskan diri mereka dari tanggungjawab 'membunuh' secara halus nyawa-nyawa anak-anak muda yang diperalatkan oleh mereka. Mana boleh mereka lepas begitu saja beb!

Tangan-tangan mereka tetap basah dengan darah dan hutang nyawa rakyat yang tak berdosa sampai bila-bila pun.
Samalah dengan halnya Hj Hadi yang masih berhutang nyawa dengan semua mangsa Memali akibat percayakan AMANATNYA.

Apa yang aku nak sampaikan kepada semua ialah mesej betapa MURAHNYA NYAWA KORANG PADA PEMIMPIN DAP PKR PAS NEYH.
NYAWA KORANG,
NYAWA ANAK-ANAK KORANG
NYAWA MAK BAPAK KORANG 
PADA PEMIMPIN PAS DAP PKR CUMA SAMA NILAI DENGAN AYAM KENA SEMBELIH.

Ingat ! SATU NYAWA MELAYANG KERANA MEREKA ADALAH SATU UNDI UNTUK MEREKA KORBANKAN LAGI 1000 NYAWA DI MASA DEPAN.

Syaangilah nyawa anda dan keluarga anda.
JANGAN UNDI PAS DAP PKR NANTI NYAWA ANDA DIKORBANKAN DAP PKR PAS!

MOGOK LAPAR ANTI-LYNAS ADALAH TINDAKAN 'MASS SUICIDE' TERBODOH PADA ALAF INI.

Aku malas nak tulis banyak-banyak mengenai kebodohan melampau puak pas dap pkr neyh.
Kadangkala timbul rasa malu menulis kebodohan mereka tapi mereka tak nak sedar jugak.
Kebodohan terkini puak pas dap pkr ialah ACARA MEMBUNUH DIRI BERAMAI-RAMAI DENGAN MOGOK LAPAR pada 28;12 2012 kerana nak bantah LYNAS yang tak merbahaya pun kepada mereka.
Kenapa aku kata diaorg ney bodoh dan baghal sangat ?

Bila Mogok Lapar sudah tentulah akan membawa kepada kematian.
Itu bermakna mereka sengaja dengan niat untuk MEMBUNUH DIRI.
MEMBUNUH DIRI adalah satu kesalahan di dalam KANUN KESIKSAAN.
MEMBUNUH DIRI atas apajua alasan adalah di larang keras dalam agama ISLAM dan semua agama.

Dulu pernah berlaku di mana seorang pemimpin MIC mogok lapar sebab nak lawan Samy Vellu.
Akhirnya beliau di dakwa di atas kesalahan CUBAAN MEMBUNUH DIRI.
Ya la kalau nak melawan dan membantah pun dan nak meraih simpati orangramai buat apa gadaikan nyawa?
Ini bukan Fi-Sabillillah atau Jihad yang di tuntut pun.

Tindakan MEMBUNUH DIRI SECARA BERAMAI-RAMAI ini hanya berlaku pada penganut Ajaran Sesat sahaja.
Di satu aspek pula kenapa pemimpin dap pas pkr sanggup korbankan nyawa pemilih dan pengundi mereka sendiri ?
Oleh itu aku cabar semua pemimpin-pemimpin besar dap pkr pas termasuk Pok Nik agar turut serta dalam ACARA MEMBUUNUH DIRI BERAMAI-RAMAI DENGAN MOGOK LAPAR pada 28.12.2012 nanti.
Jangan bimbang, aku akan desak kerajaan BN sediakan kelengkapan ambulans dan Unit Rawatan Rapi jika sekur-sekur pemimpin besar dap pkr pas tumbang dek sebab mogok lapor itu.

Ngeh dan Nga tak mogok lapor pun Pok Nik beri 10 526 ekar tanah secara percuma je.

Bukan senang nak tengok ACARA MEMBUNUH DIRI BERAMAI-RAMAI neyh.
Bukan selalu berlaku pun.
Agak-agak korang berani tak nama-nama besar dalam dap pkr pas turun padang dan menyertai ACARA MEMBUNUH DIRI BERAMAI-RAMAI SECARA MOGOK LAPOR untuk menegakkan BENANG BASAH dan KEDEGILAN mereka sendiri.

Sori Takde apa-apa gambar sebab takde gambar yg mampu menggambarkan betapa bodohnya dan bingainya tindakan mereka membunuh diri sendiri untuk pertahankan keegoan dan kebongkakan mereka sendiri.

Khamis, 27 Disember 2012

KE MANA HJ HADI MENYOROK SEKARANG ?


AMANAT HJ HADI pada 4.7.1981 sudah tak mampu lagi dinafikan kewujudannya oleh dap pas pkr. Memang jelas dan terang di dalamnya Hj Hadi mengkafirkan orang UMNO dan menjanjikan MATI SYAHID kepada sesiapa melawan UMNO. Bila berlaku tragede memali kerana AMANAT KERA-MAT nya itu, Hj Hadi tidak mengambil tanggungjawab. Sebaliknya mempersalahkan UMNO serta menipu rakyat dengan menabur minyak wangi ke atas kuburan mangsa-mangsa AMANAT nya. Selama 31 tahun umat Islam menjadi keliru dan kacau-bilau akibat AMANAT SETAN nya itu. Tak pernah sekali pun Hj Hadi menarik balik AMANAT SETAN nya itu. Tapi Pok Nik hadiahkan Ngeh dan Ngor 10, 526 ekar tanah dan berikan gelaran 'Kalipah' kat Guan Eng orang kafir harbi buat pada masakini. Dengan UMNO, Hj Hadi dan Pok Nik kafirkan mereka dan menjanjikan sorga serta mati syahid kepada pihak yang melawan UMNO yang kononnya sudah kafir kerana menegakkan Perlembagaan kafir. Memang dah nyanyuk tahap gaban dua ekor pemimpin PAS itu. 

Pok Nik dikatakan mencabar Hj Hadi mempertahankan Amanat Setan nya. Sebabnya mudah. Amanat Setan itu membawa Pok Nik menjadi MB Kelantan dan mampu menghadiahkan 10 526 ekar tanah kepada Ngeh dan Ngor. Dan kerana Amanat Setan itu juga, Pok Nik kata 'PAS sanggup terima bantuan setan". 


Amanat Hj Hadi sudah ada selama 31 tahun tanpa Hj Hadi merasa sesal dan kesal sedikitpun kerana amanat setan itu. Bahkan Pok Nik sepatutnya sebagai orang yang mengaku lebih pandai mengenai hukum-hakam daripada sekelian para ulama muktabbar dari dulu sampai sekarang, mereka berdua wajib memperbetulkan keadaan.

Malangnya mereka berdua masih terus-menerus mempertahankan kejahilan mereka sendiri. 


MAMPUKAH ANWAR IBRAHIM MENAFIKAN BUKTI-BUKTI TERBARU INI?


Rakan bloger AIDC telah mendedahkan bukti-bukti baru mengenai Anwa Ibrahim.
Sila baca selanjutnya di sini AIDC -ANWAR BISEKSUAL ???


AB HALIM TUAH MANGSA KEGANASAN POLITIK HOLIGAN JALAN PINTAS DAP PKR PAS KE PUTRAJAYA


Baru-baru ini, seorang rakan fesbuker Hamba menjadi mangsa keganasan politik holigan puak pakatama ahzab sasaulisma. Ceritanya begini, beliau adalah anak kariah surau di kawasan kejiranannya. Beliau mendengar ceramah seorang penceramah PAS yang menghina dan mengutok Seri Paduka ayahanda kepada Yang DiPertuan Agong. Beliau menegur perbuatan penceramah tersebut agar berhenti sahaja mengutok dan mencerca. Berlaku pertikaman lidah di antara beliau dengan penceramah pas berkenaan. Baca seterusnya kandungan polis repot oleh Halim Tuah di bawah ini.
























Dan sebagai balasan kepada teguran Ab Halim Tuah tersebut ini berlaku kepada beliau:- 


















Keganasan pas dap pkr tidak dinafikan lagi. Mereka menggunakan keganasan sebagai mengikuti fahaman REVOLUSI yang menjadi tonggak kepada ideologi Sasaulis Demokerat mereka. Mereka berpendapat keganasan yang mereka cetuskan adalah wajar dan munasabah bagi melawan apa yang mereka khayalkan sebagai 'Kezaliman' dan 'Penindasan' pihak yang mereka benci tanpa sebab. 

Mereka sanggup menipud an berbohong bagi menjustifikasikan keganasan amalan politik holigan yang mereka amalkan. Kemudian menyalahkan pihak lawan mereka di atas keganasan mereka. Lihat apa yang berlaku dalam insiden mereka merempuh sekumpulan rakyat ayng membantah secara aman kehadiran mereka di FELDA-FELDA dalam siri jelajah Oren. 



Tidak ada di dalam dunia ini mana-mana negara yang berideologi sasualis demokerat menjadi sebuah negara kebajikan dan demokrasi bebas nepotisma, kronisma dan rasuah. Lihat sahaja apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Malah regim-regim Sasaulis Demokerat digulingkan di dalam Arab Spring yang di taja oleh Amerika Syarikat sebuah Negara Induk Sasaulis Demokerat di dunia !. 

Adakah anda mahu puak Pakatam Ahzab Sasaulis mengambilalih pemerintahan daripada BN kemudiannya bakal ditumbangkan oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku pada regim-regim Sasaulis Demokerat di negara-negara Arab yang terbabit di dalam Arab Spring?


Rabu, 26 Disember 2012

SEJARAH BERULANG KEMBALI DI KELANTAN.


48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas. 

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya. 

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan. 

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri. 

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS. 

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri. 

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti. 

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah ke bumi. 


KARPAL SINGH KO JANGAN EKSYEN, KO JADI PEGUAM & AHLI PARLIMEN ATAS NAMA & KUASA YANG DIPERTUAN AGONG..


Raja Sasaulis a.k.a. Karpal Singh esq. peguam kanan dalam Majlis Peguam. Orang yang tahu undang-undang Negara. Seorang pengamal undang-undang di bawah cap mohor Mahkamah Tinggi Malaya. Di bawah Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara yang di lantik oleh Yang DiPertuan Agong. YDPA yang di pilih oleh Majlis Raja-raja. Profesion yang Karpal Singh ada sekarang hasil daripada restu YDPA memberikan Royal Assent kepada AKTA PROFESION GUAMAN. Malah, Karpal Singh menjadi Ahli Parlimen dengan bersumpah di bawah nama YDPA. Setiap apa yang Karpal Singh nikmati sekarang tetap ada kaitannya dengan anugerah dan kurniaan serta kuasa-kuasa Sultan-sultan Melayu. 

Sepatutnya sebelum Karpal Singh nak naik sasau dengan kuasa-kuasa Sultan menganugerahkan gelaran Datuk, beliau sendiri sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen. Menyerahkan kembali gelaran Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Dan menyerahkan semula taraf warganegaranya. Kerana semuanya itu beliau perolehi daripada kuasa-kuasa dan anugerah Sultan-sultan Melayu belaka..

Mentaliti Karpal Singh berkiblatkan ideologi sasaulis demokerat yang menginginkan sebuah badan legislatif dan eksekutif bercorak Kongresional dan Presidensial. Bagi menggantikan Model Parlimen Legislatif Raja Berperlembagaan dan sistem Eksekutif Jemaah Menteri.

Dalam sistem kerajaan yang kita ada sekarang Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen. Di pilih berdasarkan kepada MEMPEROLEHI KEPERCAYAAN MAJORITI AHLI PARLIMEN (DEWAN RAKYAT). Pada bila-bila masa sahaja AHLI PARLIMEN boleh membuat UNDI TAK PERCAYA kepada PERDANA MENTERI. Bila itu berlaku, bermakna berubahnya Status Quo Mandat Kuasa beralih daripada Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen. 

Bila senario itu berlaku maka Perdana Menteri yang di lantik oleh ahli Parlimen menjadi BONEKA kepada kumpulan ahli Parlimen yang bersetongkol lagi bersyubahat..

Amat penting untuk rakyat dan pemilih berdaftar mengetahui bahawa kemenangan melebihi 2/3 majoriti untuk BN adalah penting bagi kestabilan politik dan ekonomi Malaysia. Kerana terbukti kesepakatan dap pas pkr tak mampu nak merealisasikan apa-apa matlamat pun. 




Selasa, 18 Disember 2012

ZALIMNYA PEMIMPIN PAS KEDAH KAT NELAYAN KEDAH.

boat_Tanjung Dawai_010512_IMG_6608


di petik seluruhnya dari mykmu.net sumber asal:-

Mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT bahawa PAS akan memerintah negeri Kedah selama sepenggal dan meratah hasil-mahsul negeri Jelapang Padi itu dengan rakus serta menjahanamkan segalanya sebelum mengembalikannya kepada UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti.

Tidak puas dengan kerakusan menarah hasil balak sehingga membuat alam menangis hiba, PAS Kedah semakin “ganas” apabila membenarkan “rompakan” pasir di perairan pantai Kota Kuala Muda, berdekatan dengan Tanjung Dawai.

Terbaru,  Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Mohamad Noor Had berkata, pihaknya telah mengesan aktiviti mengorek pasir di perairan berkenaan di mana ia dijangka mampu menjejaskan punca rezeki nelayan di kawasan terbabit.

Menurutnya lagi, kerakusan mengorek pasir di kawasan tersebut akan menjejaskan rezeki nelayan dan menyebabkan pencemaran di kawasan sekitar.

Malah bukan itu saja, operasi syarikat yang dikatakan mendapat kebenaran dari Kerajaan PAS Negeri Kedah itu juga kana menyebabkan pukat nelayan-nelayan kecil di situ rosak teruk dan mengalami kerugian.

Untuk makluman, boleh dikatakan majoriti para penduduk di sekitar Tanjung Dawai menjadikan kerjaya nelayan sebagai punca rezeki mereka secara tradisi dan kawasan berkenaan begitu terkenal dengan hasil laut di negeri Kedah.

Inilah jadinya bila kuasa memerintah di sesebuah negeri diberikan kepada mereka yang hanya tahu berceramah di pentas-pentas politik, memfitnah orang dan memburuk-burukkan sesuatu pembangunan yang pihak lain buat.

Dulu ketika UMNO/BN memerintah Kedah, boleh dikatakan hampir setiap hari pak-pak lebai PAS menghentam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan setempat yang dilakukan UMNO/BN walaupun ia mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan.

Dan kini, bila sudah diberikan peluang berkuasa di negeri Kedah, tanpa fikir panjang atau mengambil pakai nasihat, laporan atau pandangan dari agensi yang bertanggungjawab, puak-puak PAS “balun” habis-habisan segala yang boleh dijual di negeri itu.

Mungkin pada mereka, prosedur, peraturan atau sebarang ketetapan undang-undang tidak perlu diambil kira oleh Kerajaan Negeri seolah-olah seluruh negeri Kedah itu pak-pak lebai PAS itu yang punya dan boleh dibuat sesuka hati.

Entah dari mana mereka belajar tamadun begitu. Mungkin juga dari rejim Zionis Yahudi Israel yang tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa atau PBB untuk menzalimi umat Islam di Palestin, kan?

Saya terbayang kerisauan dan rungutan para nelayan kecil yang mencari rezeki di kawasan terbabit, apalah nasib mereka bila punca rezeki mereka itu hilang begitu saja disebabkan oleh ketamakan pak-pak lebai yang tidak bertanggungjawab itu.

Mungkin sekarang Tanjung Dawai masih terkenal dengan kekayaan sumber-sumber laut, namun tidak mustahil suatu hari nanti kawasan itu akan hilang identiti dan tidak lagi menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Malang sungguh rakyat negeri Kedah. Walaupun diberikan masa sepenggal mentadbir negeri itu, PAS begitu gelojoh membolot segalan hasil bumi dan laut tanpa batasan dan sanggup menghancurkan negeri itu dalam tempoh yang diamanahkan.

Persoalannya, apakah PAS Kedah tidak rasa bersalah atau berdosa dengan tindakan mereka yang menjahanamkan negeri itu dengan “sekelip mata”?

Tunggulah nanti pembalasan Allah SWT dan rakyat Kedah pada PRU ke-13.

Majoriti rakyat Kedah kini dilihat sudah “celik” melihat “kejelikan” pemerintahan PAS yang kononnya buat kerja cara Islam, tapi jelas sebaliknya menggunakan modul pentadbiran rejim Zionis Yahudi Israel sebagai idola mereka.

Dan Allah pula tidak mungkin akan meredhai tindakan zalim yang dilakukan oleh PAS. Kecualilah jika Allah SWT mahu terus menguji kesabaran rakyat Kedah, kan? Wallahua’alam.

HJ HADI PUNCA UNSUR EKTRIMIS & TOGHUT SEMAKIN BERDOMINASI DI DALAM PAS.

Hj Hadi : saya sanggup terima siapa saja masuk PAS ..janji Masyuuuukkkkk!

4.7.1981, Hj Hadi Awang menggemparkan seluruh Malaysia dengan amanatnya yang mengkafirkan seluruh UMNO. Kini ianya menjadi doktrin yang perlu diyakini oleh setiap ahli PAS. Amanat itu memakan korban yang pertama dalam Tragedi Memali. Tidak berhenti di situ, ramai keluarga di Terengganu, Kelantan dan di seluruh negara mula berpecah-belah. Timbullah isu dua imam. Tak sah nikah dengan jurunikah lantikan kerajaan. Selama 35 tahun Hj Hadi dok porak perandakan akidah penganut PAS. Akhirnya bilamana PAS sain Perjanjian Setan dengan dapngok dan pkrngok, Hj Hadi tanpa segan silu mengiystiharkan TIADA NEGARA ISLAM DI SEBUT DI DALAM AL QURAN & HADIS! Satu keterbalikan 360 darjah dari amanatnya pada 1981.

Malah beliau juga yang kata HUDUD cuma 0.0001 peratus sahaja daripada Syariat Islam. Kit siang sendiri sudah tegas menyatakan bahawa kerjasama dengan PAS bukan berdasarkan kepada aspirasi Negara Islam dan Hudud tapi untuk mempromosikan antara lain Pluralisma !

Hj Hadi tidak berhenti setakat itu saja. Beliau semakin mencanak egonya untuk menerima masuk semua golongan ke dalam PAS tanpa tapisan termasuklah puak syiah dan Khawarij!

Sepatutnya Hj Hadi memeprbetulkan keadaan tapi beliau terus menerus memburukkan keadaan kerana cita-citanya mahu berkuasa ke Putrajaya. Beliau yang pernah menjadi MB Trengganu untuk sepenggal turut membenarkan penjualan dan minum arak di hotel-hotel tanpa sekatan. Menderita rakyat Trengganu selama lima tahun di bawah pentadbiran nya dulu.

Baru semalam para Mufti bersuara mahu memperbetulkan keadaan dan PAS. Tapi teguran itu di sambut oleh Ketua Dewan Cari Makan PAS dengan sinis dan menempelak para Mufti supaya tidak mencapuri urusan politik PAS! Malaon yang sama juga pernah berkata Ulama perlu Menjadi Umara' dan politik adalah sebahagian daripada ISLAM. Tapi bila para Mufti mula bersuara dan menegur PAS, malaon yang sama dok pusing balik kata-katanya.

Dulu, Hj Hadi dalam amanat pada 1981 kata asas mengkafirkan UMNO kerana agama suku politik suku. Nahai! Sekarang malaon Ketua Dewan cari makan PAS dok kata Mufti jangan campur urusan politik! Tak ke itu bermakna malaon Ketua Dewan Cari Makan PAS buat agama suku politik suku. Tak kafir ka malaon tu? Tapi persoalan itu tak penting. 

Persoalan yang penting ialah terbukti jelas kepada kita semua hipokrasi pemimpin PAS selama ini. Tidak mustahil di masa depan mereka tetap meneruskan hipokrasi mereka ke tahap yang lebih hina lagi demi menjaga airmuka mereka daripada malu. 

Kita biarkan saja depa dok nafi sana sini mengenai sokongan merosot kepada depa sebab itu amat menguntungkan UMNO/BN !

KAFRIKAH AKU? MENJAWAB AMANAT HJ HADI AWANG.


MEMBONGKAR BETAPA CELAKANYA PAS MELALUI...... 'KAFIRKAN AKU'...!!!

BELIAU hanyalah individu biasa ketika menyertai Pas, biar pun tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti, namun demi kecintaan dan taksubnya bagi menjayakan perjuangan Islam yang diuar-uarkan oleh Pas, beliau sanggup melakukan apa sahaja.

Bukan sahaja kerjaya dikorbankan, malahan beliau juga sanggup mengkafirkan abang

dan ayahnya hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Jika suatu ketika dahulu beliau sanggup berkorban nyawa demi Pas, tetapi kini beliaulah insan paling ke depan untuk membongkar kemungkaran politik oleh parti yang pernah dianggotai selama 27 tahun.

Dan kini, insan bernama Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani muncul lagi dengan buku terbaru berjudul 'Kafirkah Aku?'. Buku ini adalah hasil karyanya yang ke-20 dan sebelum ini bukunya bertajuk 'Air Mata di Bumi Memali' yang diterbitkan pada November 2010 menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualan dalam kalangan ahli Pas kerana buku tersebut mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali.

Walaupun menerima pelbagai ancaman, ugutan dan tekanan sebelum ini kerana kelantangan mengkritik kepincangan dalam Pas, namun Al-Afghani tidak pernah berasa gentar. Apa yang beliau paparkan dalam buku terbaru ini akan memberi pemahaman bagaimana seorang penyokong tegar Pas seperti beliau akhirnya meninggalkan perjuangan parti itu selepas melihat Pas yang selama ini menguar-uarkan perjuangan Islam semakin meninggalkan hasrat suci itu semata-mata untuk memburu kuasa bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Dalam buku setebal 85 muka surat itu, Al-Afghani yang pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan mendedahkan bagaimana ahli-ahli Pas seperti dirinya begitu taksub dengan perjuangan Pas.

''Tidak keterlaluan kalau dikatakan waktu itu, masing-masing sanggup berkorban apa sahaja demi kawan atau istilah 'orang kita'. Lingkungan orang kita ini hanyalah terdiri daripada ahli Pas. Walaupun ahli keluarga, tetapi masih UMNO tidak diiktiraf sebagai orang kita. Lebih dahsyat lagi hingga ada yang memutuskan hubungan keluarga. Pendirian ini diambil sebenarnya bukanlah mengikut nafsu tetapi ada dalil-dalil yang disampaikan oleh pimpinan Pas."

Demikian coret Al-Aghani dalam muka surat 7 buku berkenaan yang memaparkan bagaimana demi perjuangan Pas, ahli-ahli parti itu sanggup melakukan apa sahaja hatta menjatuhkan hukum kafir kepada mereka yang tidak sehaluan politik.

Keadaan itu menjadi bertambah parah dengan lahirkan Amanat Haji Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini amanat yang dianggap mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan umat Islam khususnya antara pengikut UMNO dan Pas tidak ditarik balik oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menjadi Presiden Pas.

Sebab itulah dalam buku itu, Al-Afghani mencoretkan sebuah 'Warkah Buat Datuk Seri Haji Hadi' yang antara lain meminta Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir di sisi Islam.

''Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri daripada ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja juga pimpinan UMNO yang pernah dikafirkan satu masa dulu. Selagi mana Datuk Seri tidak mahu mengisytiharkan begitu, selagi itulah persoalan yang sering menghantui 'Kafirkah aku jika bersama UMNO, Kafirkah aku setelah dipecat dari Pas' tetap mencengkam saya. Datuk Seri harus bertanggungjawab di atas keresahan ini, bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu," tulis Al-Afghani.

Hakikatnya, buku 'Kafirkan Aku?', bukan sekadar berlegar kepada kesan amanat Abdul Hadi sahaja tetapi jauh daripada itu satu renungan dan iktibar serta peringatan kepada ahli-ahli Pas yang masih taksub dengan perjuangan parti itu untuk memahami hala tuju parti tersebut yang semakin bercelaru.

Ia kerana seperti mana dipaparkan Al-Afghani terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Pas sekarang bertentangan dengan prinsip perjuangan asal parti itu dan segala-galanya berlaku kerana keterujaan Pas untuk mengejar kuasa ke Putrajaya bersama rakan-rakan sekutunya.

Malahan apa yang paling mengecewakan insan-insan perjuang tegar Pas seperti Al-Afghani, pemimpin-pemimpin parti itu bersedia melakukan apa sahaja kerana 'dalam mencapai matlamat (ke Putrajaya), pedulikan dulu apa juga yang ada di kiri kanan lebuh raya ke Putrajaya.'

Sebab itulah prinsip dan dasar sedia ada dikorbankan, tiada lagi ayat-ayat al-Quran atau dalil-dalil yang dibacakan oleh alim ulama Pas berhubung kerjasama dengan bukan Islam seperti mana dahulu mereka sering membaca surah al-Nisa ayat 144 yang bermaksud;

''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang dan nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu."

Al-Alfghani juga dalam bukunya itu turut mempersoalkan mengenai tindak-tanduk kepimpinan Pas terutamanya dalam perjuangan melaksanakan hukum hudud yang kini semakin dipinggirkan sedangkan perjuangan itulah yang mengakibatkan ahli-ahli Pas sanggup melakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO.

''Sering kali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada 12 jam tengah malam, maka undang-undang Islam akan dilaksanakan pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud dilaksanakan. Selagi hudud tidak dilaksanakan, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makan tidak bergaram, minuman tidak bergula," hujah Al-Afghani.

Apa yang menarik Al-Afghani turut menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negeri di bawah Pas yang disimpulkan oleh beliau, ''Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara. Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan kebajikan, Kedah sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.''

Mungkin bagi mereka yang taksub kepada perjuangan Pas, seperti biasa mereka akan menuduh Al-Afghani sudah 'dibeli' oleh puak-puak tertentu, Al-Afghani adalah tali barut UMNO dan Barisan Nasional, Al-Afghani adalah pengkhianat kepada Pas.

Tetapi sebelum mereka membuat tafsiran dan tuduhan sedemikian, baca dan kajilah segala hujah dan fakta yang dipaparkan oleh Al-Afghani dalam buku berkenaan, kemudian bandingkanlah dengan situasi Pas sekarang, sudah pasti mereka akan menemui kebenarannya.

Bak kata, Al-Afghani dalam buku itu, ''Tujuan saya tidak lain, semata-mata menyelamatkan ummah yang sedang hanyut dibawa gelombang hijau, biru, merah dan kuning. Atas nawaitu ini, saya terpaksa membelakangkan segala tohmahan, Lontarkan rasa takut terhadap makhluk dan menelan segala kepahitan.

Arus yang dibawa oleh gelombang hijau ini, nampaknya begitu besar. Bagaikan tsunami yang melanda semua tumbuhan dan bangunan di tepi pantai. Saya tampil di suasana begini untuk berteriak, agar insan yang di tepi pantai segera menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Kembali ke landasan perjuangan sebenar berpandukan al-Quran dan sunnah.
Berikut adalah klip video ucapan Amanat Hj Hadi Awang pada 7.4.1981 yang memesongkan ramai orang.