Isnin, 5 November 2012

SAH PAKATAM AHZAB DAH SASAU BEYOND REPAIR.

KEPIMPINAN PALING SASAU DALAM SENARIO POLITIK MALAYSIA MASAKINI.

Mana ada pemimpin Pakatam ahzab yang waras akal fikirannya lagi. Semua yang waras akal sudah keluar awal-awal dari Pakatan ahzab. Yang tinggal dalam Pakatam Ahzab ialah pemimpin yang sudah sasau dan cacat akal mereka kerana menganut Pluralisma. Memang mereka bertekad untuk menumbangkan BN waima merek atahu mereka yang tumbang pada PRU 13 nanti. Idea Pluralisma yang mereka bawa rata-rata sudah di rejek oleh sebahagian besar pemilih berdaftar. Rakyat Malaysia bukan hendak tahu pasal pluralisma kerana apa yang penting bagi rakyat Malaysia ialah mampukah Pakatam ahzab menambah baik taraf ekonomi dan kehidupan mereka ? Jawapannya ialah tidak.

Waima Pakatam Ahzab mengitar semula janji-janji basi basa turunkan harga minyak, pendidikan percuma, turunkan harga kereta (tapi kadar faedah pinjaman melambung naik) rakyat tidak mudah terpedaya lagi. Sebab apa? Kerana Khalid G sendiri mengakui Manifesto Bukan Janji. Sesia je la Pakatam Ahzab menabur janji-janji kerana sudah tidak dipercayai lagi. Naiklah sebesar mana pun papantanda kempen di seluruh kawasan strategik pada akhirnya rakyat akan teringat semua janji-janji yang tertunai dalam manifesto Pakatam ahzab pada PRU 12 lalu. 

Terlalu banyak isu-isu yang dibangkitkan Pakatam Ahzab sudah menggores hati pengundi Melayu Islam. Hatta makcik jual karipap pun sudah tersinggung perasaannya. Umpan baru Pakatam Ahzab melalui lisan Nurul Izzah dan Kit Siang mengenai Masyarakat Pluralisma (dulu masyarat Madani/ Marhain/ Reformasi) dan penubuhan Kerajaan Pluralisma. 

Ini membuktikan kepada rakyat terutama pengundi Melayu Islam bahawa Pakatam Ahzab sememangnya berniat dan beriktikad mahu mengubah semua dasar dan asas kenegaraan ini kepada Republik berasaskan Pluralisma sosialis.

Kenyataan Nurul Izzah begitu mengguris hati pengundi Melayu Islam yang masih belum sembuh dari trauma isu murtad, isu negara kristian dan penghinaan Hudud oleh pemimpin kafir harbi DAP. Orang Melayu Islam bila sudah terlalu kerap terguris hati dan perasaan mereka itu alamat pihak yang berbuat demikian mencari padah lah. 

Kini orang Melayu Islam semakin celik lah dengan Agenda DAP yang memanipulasikan sekutu nya dalam Pakatam Ahzab yakni PAS. Sudah ramai ahli, pemmpin dan simpatisan PAS semakin meluat dan culas dengan sikap menikus pemimpin PAS ke atas kebiadapan pemimpin DAP menghina Islam dan Hudud. 

Slogan PAS Ganti UMNO sudah nampak halatujunya yakni DAP GANTI PAS. Dan matlamat DAP pula amat jelas dan bukan samar lagi yakni anti Islam dan anti Melayu. Apalagi pilihan buat Melayu? Tidak ada pilihan melainkan mengundi Barisan Nasional di mana UMNO menjadi teraju utamanya. Semakin besar undi Melayu kepada Barisan Nasional semakin besar pengaruh UMNO. 

Maka eloklah Melayu berbondong-bondong mengundi Barisan Nasional. Bukan sahaja sebagai penzahiran bersatunya Melayu dalam politik tetapi sebagai pernyataan menolak fahaman Pluralisma , Sosialisma dan Pakatam Ahzab. Mempertahankan warisan dan janji setia dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional.

Sudah tentulah impak sebegini kan meninggikan semula kepercayaan dan keyakinan pengundi-pengundi etnik lain Ini sudah tentu mampu mengekalkan kestabilan politik dan mengutuhkan kembali keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia tanpa perlu mengamalkan pluralisma.

Pengundi dari etnik India pula sendiri merasai peritnya dan hampanya harapan mereka diperlakukan oleh Pakatam Ahzab. Malah etnik Cina dan etnik pribumi turut merasa ragu dengan janji-janji kitar semula Pakatam Ahzab. Kemarahan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional semakin hari semakin mengendur.
Jadi bila tiba masa mengundi nanti jangan ragu-ragu dan teragak-agak untuk tidak mengundi Pakatam Ahzab!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa