Selasa, 27 November 2012

EMPAYAR MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN !

 

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WA BARAKATUH kepada semua perwakilan Empayar Melayu Islam Bersatu termasuklah pemerhati, perisik , pelobi, pembodexs tegar, broker kuasa dan penjual 'ubat-ubatan' termasuklah sekelian tok bomoh serta ahlul nujum, jika ada. Syukurlah kerana Empayar Melayu Islam Bersatu masih mampu berhimpun secara beramai-ramai. Masih ada lagi diizinkan Allah Ta'ala menyebut nama Melayu bersekali dengan identiti Islamnya. Sudah 66 tahun Empayar Melayu Islam Bersatu menjadi pemerintah adil dan saksama di bumi bertuah ini. Kebangkitan kali kedua. Tak sesialah pengorbanan tok nenek moyang terdahulu. Bersusah payah mempertahankan hak-hak dan mengumpul harta untuk ditinggalkan kepada anak cucu di kemudian hari. Berbaloilah segala pengorbanan nyawa dan darah para pejuang terdahulu mahu memastikan Empayar Melayu Islam Bersatu terus relevan dan ada sehingga ke akhir zaman. Insya Allahu Ta'ala, Empayar Melayu Islam pada kali ini mampu bertahan melampaui seratus tahun yang mendatang. Biarlah pada kali ini Empayar Melayu Islam Bersatu mampu bertahan selama berabad-abad.

Hari ini sehinggalah 1hb Disember, Empayar Melayu Islam Bersatu akan berhimpun sebelum menghadapi PRU 13. Perwakilan Empayar Melayu Islam Bersatu akan bersuara. Dan suara mereka adalah suara akar umbi rakyat jelata. Hasrat mereka dalah hasrat rakyat jelata. Impian mereka adalah impian rakyat jelata. Harapan mereka adalah harapan rakyat jelata.

Empayar Melayu Islam Bersatu adalah pewaris segala daulah-daulah Islamiyyah terdahulu. Pewaris perjuangan mempertahankan dan mendaulatkan Tauhid. Penjaga kepada keturunan bangsa Melayu Islam. Memelihara warisan Tauhid turun temurun. Empayar Melayu Islam Bersatu ini mempunyai aura keramatnya tersendiri yakni kelebihan yang dikurniakan kepada Melayu Islam kerana mahu bersatupadu.

Pesan Hamba yang fakir ini kepada perwakilan empayar Melayu Islam Bersatu , bulatkan permuafakatan, nekadkan tekad dan perkasakanlah apa yang sepatutnya. Teruskanlah tradisi membela umat Melayu Islam, teruskan perjuangan mempertahankan kedaulatan Empayar Melayu Islam Bersatu, teruskan memelihara keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu dan memperkasakan warisan Tauhid empayar Melayu Islam Bersatu waima di keji, di cela, di perlekehkan, di caci, di umpat keji, di fitnah dan di benci oleh para pengkhianat dan musuh empayar Melayu Islam Bersatu. 

Teruskanlah perjuangan di bidang Politik bagi mengekalkan kuasa pemerintahan dan menjadi kerajaan yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Tanpa Kuasa Politik keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu akan diperkotak-katikkan oleh musuh dan para pengkhianat. Jangan biarkan lagi keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu di jajah dan terjajah. Kekalkan kemerdekaan dan kebebasan umat Melayu Islam Bersatu.

Teruskanlah perjuangan di bidang Pendidikan berimbang di antara ilmu agama dan ilmu dunia agar anak-anak keturunan bangsa Melayu Islam Bersatu berilmu dan memanafaatkan ilmu mereka untuk kebaikan. Martabatkan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Lingua Fanca dan bahasa Ilmu seperti dahulukala. Hidupkan kembali aksara-aksara lontara, Rencong dan Jawi.

Teruskanlah perjuangan di bidang Sosial & Budaya agar warisan kebudayaan dan taraf sosial umat Melayu Islam Bersatu mampu bersaing dan mendapat kemuliaan serta berada di tempat yang teratas dalam hirarki sosial.

Teruskanlah perjuangan di bidang Ekonomi agar umat Melayu Islam Bersatu tidak jatuh miskin dan keluar dari kemiskinan. Agar Kuasa Beli umat Melayu Islam Bersatu tidak lagi dimanipulasi dan di tipu oleh para peniaga. Agar kekayaan dan kemewahan turut dirasai oleh semua umat Melayu Islam Bersatu. Biarlah kekayaan generasi pada hari ini mampu diwarisi sehingga seratus generasi akan datang.

Teruskanlah perjuangan di bidang Agama melaksanakan dan memperkasakan bidang-bidang mualamat dan ibadah menurut sepatutnya. Mempertahankan dan sentiasa memelihara Tauhid. Melaksanakan semua ajaran-ajaran di dalam Al Quran dan hadis. Menjadi 'Khairatun Ummah' yang amat perkasa. Membinasakan segala penyelewengan agama. Menjadikan Islam sebagai Agama yang dihormati dan disenangi. Mengekalkan Islam sebagai Agama Persekutuan melalui polisi dan tauladan pada peribadi pemimpin dan cara berkerajaan yang baik.

Kepada para pejuang dan perwakilan Empayar Melayu Islam Bersatu, MAJULAH DAN TERUS MAJU dan Hamba ucapkan jutaan terimkasih di atas segala pengorbanan anda selama ini. Lakukanlah pengorbanan dua hala dan rakyat akan menyenangi anda serta sanggup mempertaruhkan nyawa dan hartabenda mereka untuk mempertahankan empayar Melayu Islam Bersatu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa