Riuh rendah mengenai perkabaran bahawa seorang bloger tersohor dari Utara dalam tim UMB di bawah Tun Faisal bakal menyertai PKR (Dulu lah dan sekarang tak tahulah). Beliau melakukannya kerana mahu menyelamatkan maruah beliau. Selain itu beliau mahu menyelesaikan kes saman terhadap beliau. Menurut kutipan-kutipan maklumat dari blog-blog grup rasmi pro UMNO lain, beliau telah meminta bantuan perlindungan dan bantuan-bantuan lain untuk menghadapi saman tersebut tetapi dikatakan semua permintaan di tolak mentah-mentah. Sebab-musababnya tiada diketahui secara terperinci. Tapi bukan soal itu yang hendak dikupaskan pada kali ini. Pemfailan saman terhadap bloger tak mesra Pakatam Ahzab hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan. Ada la juga beberapa motif-motif lain yang tersembunyi yang Hamba takkan tuliskan di sini.
Persoalan yang hendak dikupaskan pada kali ini ialah mengenai pra-persediaan kepada mana-mana bloger yang tidak mesra pakatam ahzab bila di saman oleh pakatam ahzab,
PERTAMA, bila Pakatam Ahzab menyaman anda bermakna tulisan anda adalah betul dan benar. Bagi menyekat maklumat benar dan tepat, Pakatam ahzab akan menyalahgunakan prosiding mahkamah. Tindakan prosiding saman membuktikan DAP cukup gentar dan takutkan kritikan serta kemaraan pejuang-pejuang siber dan alam maya yang tak mesra Pakatam Ahzab.Menyerlahkan lagi sikap hipokrasi para pemimpin DAP yang selama ini mengutuk, mencela serta menghina BN terutama UMNO. Pemimpin DAP sememangnya tidak berhemah langsung dan bersikap kebudakan. Tidak matang berpolitik.
KEDUA, semasa anda menerima salinan Saman & Penyata Tuntutan daripada mana-mana penghantar saman, jangan terima penyerahan tersebut. Sebaliknya anda biarkan saja serahan Saman dan Penyata Tuntutan itu disempurnakan penyerahannya melalui iklan-iklan di suratkhabar sahaja. Ini akan memakan kos tinggi kepada Pakatam Ahzab.
KETIGA, anda tunggu sahaja PENGHAKIMAN INGKAR KEHADIRAN dan jangan menerima penyerahan PERINTAH tersebut.Pada peringkat ini anda failkan Saman Gantirugi terhadap Pakatam Ahzab kerana menyalahgunakan prosiding mahkamah. Termasuklah memasukkan Permohonan menyekat perlaksanaan Perintah Mahkamah dan mengenepikan Penghakiman Ingkar kehadiran. Proses ini akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.
KEEMPAT, anda perlu menghantar NOTIS TUNTUTAN kepada Pakatam ahzab. Sebarang surat-menyurat kepada peguam mereka hendaklah di tulis TANPA PREJUDIS.
KELIMA, buat terjal je dengan Saman Pakatam Ahzab ni. Lawan saja dalam mahkamah dan biarkan mereka hadir ke dalam mahkamah untuk memberikan keterangan secara langsung. Semasa mereka hadir di mahkamah, ambil gambar mereka dan sebarkan.Panggil wartawan hadir.
SELAMAT MENCUBA.
JANGAN TAKUT MAHKAMAH.
MAHKAMAH DAN PARA HAKIM BUKAN MUSUH ANDA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa