Rabu, 21 November 2012

ALAMAK! PKR LUBUK KAWAH SUDAH HANTAM ANWAR IBRAHIM @NajibRazak

 
(klik pautan untuk ke artikelnya yang berkenaan)

Berikut ialah sajak yang di petik daripada blog Hj Suhaimi Said seorang otai dalam politik yang kini berkecil hati dengan pkr . Ya la .. siapa kata pkr mengutamakan cacai dan jentera mereka pun? Apa-apa pun jom kita baca sajak sindirian Hj Suhaimi Said kepada pkr dan Anwar Ibrahim bertajuk AKULAH ORANG YANG PALING HEBAT.
 
 
Akulah orang yang paling hebat
apa kerja pun aku tak perlu buat
kalau bercakap akulah orangnya
yang amat pandai dan berdarjat

Aku tahu seribu satu ilmu
nak cakap tentang dunia
akulah yang paling tahu
nak cakap tentang akhirat
akulah ulamaknya
bahkan nak cakap fasal perempuan
aku jugalah ular dalam semaknya

Siapa boleh lawan aku
bukankah aku seorang intelek
aku ada setempeket
kerja aku bukan menoreh getah
kerja aku bukan menyadat sawit
kerja aku bukan di kebun pisang
kerja aku bukan di ladang gersang
kerja aku bukan menangkap ikan di sungai
aku orang yang hebat amat-amat
aku menulis di akhbar-akhbar
aku berucap di pentas politik.

Siapa tak kenal aku
Akulah yang bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Dato Seri Anwar  sentiasa menghubungi aku
ditengah malam dia mahu check aku dah tidur ke belum
akulah orang yang paling digemari oleh Anwar
akulah pilihan Anwar, no less!

Tanpa aku perjuangan di kawasan ini tidak bermakna
tak usah ganggu gugatlah aku ni
aaku ada sumpah keramat
aku tak perlu kepada kawan yang ramai
tak perlu aku kepada jentera
apa guna banyak bendera
bukan bendera atau poster yang mengundi aku
rakyat seluruhnya di belakang aku
aku manusia pilihan kerana aku hebat
tanpa aku siapa lagi?

Ini bukan gurindam anak kampong
ini bukan gurindam anak tani
ini bukan gurindam anak nelayan
ini bukan gurindam anak pekerja
ini bukan gurindam anak kakitangan kerajaan
ini bukan gurindam anak polis
ini bukan gurindam anak tentera
ini bukan gurindam anak bomba
ini bukan gurindam anak rela.

Ini gurindam pejuang negara
manusia terpilih yang tidak ada galang gantinya
Akulah orangnya!
Akulah manusianya!
Amboihai, hebatnya AKU!

haji suhaimi said
10.11.12
baitul fath, kg batu 4,
jalan maran, temerloh,
pahang.
 
 kah...kah...kah...kah.....

1 ulasan:

  1. Sajak aku yang dipaparkan disini mengatakan bahawa PKR Lubuk Kawah sudah hantam Anwar Ibrahim. Puih!!! Siapalah punya blog yang tak sihat ini.

    Tak pandai baca sajak ker?

    Ini adalah sajak sindiran kepada pemimpin2 yang tak mahu buat kerja, mengharapkan pemimpin atasan, ertinya membodek.

    Ini bukan saja menghentam Anwar. Ini adalah sajak agar pembodek-pembodek itu sedar diri.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa