Khamis, 25 Oktober 2012

SATU LAGI PROJEK RAMPAS 654.37 HEKTAR TANAH RAKYAT OLEH PAKATAM SELANGOR.


419.57 hektar Tanah Di Rampas Milik Melayu
451.62 hektar Tanah Dalam Prosiding Di Rampas
JUMLAH 654.37 HEKTAR TANAH MELAYU DI RAMPAS PAKATAM PUAKA SELANGOR !
Sesuai dengan KETUANAN RAKYAT maka semua hartabenda privasi termasuk tanah milik rakyat jelata adalah MILIK PAKATAM RAKYAT DI MANA-MANA JUA.

Latarbelakang Fakta:-
Sekumpulan bekas peneroka Felda Sungai Buaya,Rawang dan waris mereka menuntut kerajaan negeri Selangor memulangkan tanah seluas 419.57 hektar milik mereka yang didakwa dirampas pada 2010 dan membatalkan prosiding perampasan terhadap tiga lagi keping tanah seluas 451.62 hektar milik mereka di Mukim Serendah,Hulu Selangor.Kira-kira 40 orang yang mewakili 362 bekas peneroka dan waris terbabit berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada pukul 11.30 pagi dan memegang pelbagai kain rentang bagi menyatakan tuntutan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Mereka turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri menerusi wakil mereka Noryzal Zainal Abidin.Berdasarkan memorandum itu,bekas peneroka terbabit mendakwa pada 1994 mereka telah menubuhkan satu syarikat dikenali sebagai Murna Jaya Development Berhad (Murna Jaya) bagi menjual dan memajukan tanah mereka secara usahasama dengan mana-mana pemaju yang berminat dan berkemampuan.Seterusnya pada 1996,Murna Jaya telah mengikat perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju dikenali sebagai Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) untuk memajukan keseluruhan tanah peneroka menjadi sebuah bandar baharu di kawasan itu. BSB kemudian telah membangunkan sebahagian daripada tanah peneroka dengan mendirikan rumah kediaman dan blok kedai kira-kira 3,275 unit,bagaimanapun sekitar 1998,BSB tidak dapat meneruskan projek itu dengan lancar disebabkan kejatuhan ekonomi serantau sehingga akhirnya memaksa BSB menghentikan terus kerja pembangunan di kawasan itu. 
Rampasan Yang DiLakukan Oleh Pakatam Puaka Selangor 
Ekoran itu, persetujuan telah dicapai di mana menjadi tanggungjawab BSB untuk memulangkan kembali kira-kira 654.37 hektar tanah milik peneroka dan sebahagian lagi tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor, sebagai ganti rugi atas kegagalan BSB menyiapkan projek itu selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Mei 2005 yang mengarahkan BSB berbuat demikian. Kesemua tanah yang perlu dipulangkan kembali kepada Murna Jaya telah didaftarkan atas nama BSB sebagai tuan punya berdaftar kecuali tanah di Mukim Serendah.Bagaimanapun disebabkan BSB menghadapi masalah kewangan yang serius segala perancangan untuk memulangkan serta mendaftarkan semula tanah tersebut atas nama Murna Jaya tidak dapat dilaksanakan disebabkan kegagalan BSB menjelaskan cukai tanah yang telah tertunggak.Akhirnya pada awal 2009,Murna Jaya telah menerima satu notis sebagai tuanpunya benefisial berhubung dengan kegagalan tuan punya (BSB) menjelaskan cukai tanah yang tertunggak sebanyak RM8.22 juta.Ekoran itu,Murna Jaya telah mengambil inisiatif untuk menyelamatkan tanah tersebut seperti menghantar beberapa pucuk surat kepada pihak kerajaan negeri untuk mengemukakan beberapa cadangan tetapi usaha itu gagal dan pada 11 Ogos 2011 mereka menerima surat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memaklumkan bahawa lapan hakmilik tanah mereka berkeluasan 419.57 hektar telah dirampas mengikut Akta Perampasan Tanah.Ketika ini kerajaan negeri juga telah memulakan prosiding bagi merampas tiga lagi hakmilik tanah seluas 451.62 hektar di Mukim Serendah atas alasan cukai tertunggak sebanyak RM3.5 juta. 
Murna Jaya melalui peguam mereka iaitu Tetuan Wan Haron & Associates telah menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 26 Julai 2012 yang menyokong permohonan Murna Jaya untuk penangguhan prosiding perampasan itu untuk jangkamasa enam bulan bagi meneliti dokumen berkaitan tetapi sehingga kini Menteri Besar didakwa masih belum membuat keputusan berhubung permasalahan itu. Sehubungan itu peneroka terbabit menuntut kerajaan negeri menerima cadangan Murna Jaya untuk menyelesaikan jumlah cukai tertunggak bagi kesemua 2,152.8 hektar tanah yang telah dirampas termasuk tanah yang terlibat dalam prosiding perampasan di Mukim Serendah secara berperingkat seterusnya memulangkan kembali tanah berkenaan kepada Murna Jaya untuk diteruskan pembangunan. Mereka turut menuntut kerajaan negeri mempercepatkan dan menanggung segala kos perbelanjaan untuk proses pecah tanah itu seterusnya mengeluarkan geran berasingan kepada setiap pembeli atau pemilik rumah atau tanah masing-masing selain menaik taraf kemudahan asas serta melaksanakan projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini. Sementara itu, wakil peneroka terbabit,Abu Hasan Mohd Sidek,yang telah menetap di sana sejak 40 tahun lepas merayu supaya kerajaan negeri bertimbang rasa dengan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh mereka. “Kami akan bayar tunggakan cukai tetapi secara berperingkat kerana kami orang susah. Kami beri tempoh selama 14 hari untuk Menteri Besar membuat keputusan terhadap tuntutan kami sebelum kami ambil tindakan lebih drastik dan tegas selepas ini,” katanya.
BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa