Dua Tokoh Melayu Yang Penuh Kontraversi Tapi Keduanya Memang Hebat.
Saifuddin Abdullah cuma memperingatkan agar jentera BN lebih menumpukan usaha untuk menjual produk BN. Banyak produk BN yang mampu melonjakkan dan meraih undi rakyat. Kita tidak perlu melatah dengan kenyataan jujur Saifuddin Abdullah kerana ternyata usaha-usaha beliau selama ini berjaya membuka minda mahasiswa/i untuk memilih kematangan ilmu dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Menongkah arus memerlukan satu keberanian yang luarbiasa dan Saifuddin Abdullah sentiasa melepasi ujian-ujian getir.
Kita tidak perlu takut dan gentar dengan saranan Saifuddin Abdullah yang terbukti berjaya menawan hati-hati para mahasiswa/ i sehinggakan populariti Azhar Idrus tenggelam. Mengamalkan budaya politik secara ilmiah dan mempraktiskannya dalam bentuk artikulasi idea lebih mencabar daripada mengamalkan Budaya Politik Berpolemik seperti melakukan Pembunuhan Karekter yang mengundang lebih banyak polemik dan persengketaan sesama sendiri yang tiada titik noktah.
Sejak pentadbiran DS Najib memperkenalkan pakej Transformasi Kerajaan (GTP) melalui perlaksanaan Bidang Keberhasilan Negara, kita kini lebih fokus berbanding sebelumnya. NKRA banyak membantu kerajaan BN mendengar kehendak rakyat berbanding sebelumnya. Terhasilnya Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengimbangi di antara polisi Meritokrasi dengan polisi Afrmatif berjaya memacukan daya saing ekonomi negara dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak.
Kita maklum bahawa bahasa ilmiah bukan mudah untuk dicernakan dan difahami kerana Bahasa itu memerlukan daya pemikiran yang amat kreatif dan inovatif melampaui sebarang amalan kebiasaan. Hanya orang berilmu sahaja yang mampu mengawal emosi dan membuat keputusan bijak dalam masa-masa tertekan.
Untuk maju ke hadapan dan mencapai kegemilangan serta mengekalkanya dan memperbaikinya lagi dalam masa-masa mendatang ini kita perlulah berani meninggalkan Budaya Polemik Politik dan mencorakkan kembali Budaya Politik dengan kaedah ilmiah melalui artikulasi idea.
daripada kita tumpukan usaha untuk mencekik leher memasing sehingga ke lubang kubur lebih baik kita menumpukan usaha berganding bahu membina sebuah mahligai yang indah.
daripada kita tumpukan usaha untuk mencekik leher memasing sehingga ke lubang kubur lebih baik kita menumpukan usaha berganding bahu membina sebuah mahligai yang indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa