Khamis, 4 Oktober 2012

BAJET 2013 PAKATAM SEMAKIN BUNTU DAN GAWAT.


BAJET 2013 merupakan pukulan T.K.O kepada semua dakyah dan fitnah jahat puak pakatam selama ini. Kegagalan demi kegagalan Pakatam temui. Semua langkah mereka menjadi sumbang. Serba tak menjadi helah dan strategi mereka. Semakin mereka memfitnah BN dan UMNO semakin terdedah segala penipuan dan kejahatan mereka. 

Kerana kebuntuan dan gawat tersebut Pakatam mahu adakan Konsert BERSIH pada 3hb November 2013 untuk mengalih perhatian rakyat kepada kelulusan Bajet 2013. Malah usaha cai pakatam mahu memperbanyakkan lagi dislike melalui pautan ke saluran mereka ternyata memakan diri mereka sendiri. Semakin terserlahlah kebusukan dan kedengkian Pakatam kepada rakyat jelata.

Sepatutnya berbekalkan slogan KETUANAN RAKYAT Pakatam menyeru rakyat menerima dengan hati terbuka segala faedah-faedah yang bakal di terima dalam Bajet 2013. Tetapi kebajikan rakyat bukanlah agenda Utama Pakatam. Hanya undi rakyat sahaja Pakatam mahukan dan bukan mahu membela nasib dan kebajikan rakyat. 

Sempena Pakatam mahukan menganjurkan Konsert BERSIH pada 3hb November 2013 ini, Hamba syorkan kepada TNB, PDRM dan DBKL agar mengenakan CAJ KOMITMEN, CAJ ELEKTRIK & CAJ PERMIT KELULUSAN PALING MAHAL ke atas penganjur BERSIH. Sebaiknya di bayar sebelum mereka mengadakan Konsert BERSIH. Bila lagi hendak merasa DANA SOROS yang berpuluh juta tersebut ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa