Jumaat, 19 Oktober 2012

AES & LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA- KEBEJATAN MINDA POLITIK.


SETIAP KEBAIKAN sudah pasti mendapat bantahan dan penolakan pada peringkat permulaan. Ini kerana setiap manusia tidak mampu mengetahui dan membezakan kebenaran. AES bukanlah mengenai dua syarikat konsesi yang diberikan peluang untuk menjadi kaya raya kerana kontrak AES tapi ianya men genai kecuaian dan kelalaian para pemandu kereta Malaysia. Budaya pemandu Malaysia masih mengamalkan Budaya Membunuh Diri. Puncanya ialah kerana PBT yang tidak peka kepada keperluan para pengguna jalanraya. Kenapa? Sebab PBT tidak pernah nak berfikiran jauh. Begitu juga dengan pemaju-pemaju perumahan di mana mereka membangunkan kawasan-kawasan sempit yang tidak mempunyai akses jalan lebih daripada dua. Malah pemegang konsesi TOL juga tidak begitu bermurah hati kepada para pengguna jalanraya yang membayar tol setiap hari dan sentiasa terperangkap di dalam kesesakan lalulintas.

Bidang Perkhidmatan di Malaysia masih jauh berada dari tahap memuaskan kerana majoriti kakitangan awam masih menyibukkan diri mereka berpolitik setiap masa daripada mementingkan pekerjaan mereka. Boleh dikatakan tidak ada langsung kerjasama dan kordinasi baik di antara semua agensi kerajaan yang terbabit. Rangkaian agensi dan pihak berkuasa serta pihak swasta lebih mengutamakan amalan rasuah berjela-jela daripada memastikan mutu perkhidmatan ditingkatkan. 

Tidak dinafikan pemaju-pemaju perumahan lebih mengutamakan soal keuntungan daripada soal keselamatan dan keselesaan pembeli yang merupakan pengguna jalanraya. Syarikat-syarikat pemaju juga tidak terkecuali dari menjadi prejudis terhadap polisi-polisi awam. Mereka juga tidak bebas dari sebarang agenda dan aspirasi politik pihak tertentu bagi memecahkan majoriti undi pemilih bagi satu-satu kawasan PDM, Parlimen dan DUN.

Oleh itu perlulah ada sebuah ngo yang memantau semua punca dan sebab-musabab kelemahan perkhidmatan yang ada. Kakitangan awam pada peringkat ini masih belum dapat diharapkan sepenuhnya kerana mereka berminda jumud dan enggan memajukan diri mereka sendiri. 



Apabila Ketua Audit Negara mengeluarkan Lapuran Tahunan Audit sepertimana dikehendaki oleh undang-undang , ianya dipolitikkan sesuka hati oleh politikus pakatam tanpa memikirkan impak kepada rakyat. Cacaimarba pakatam turut menyanyikan lagu politik ke tahap menjijikan dan memualkan. Tidak ramai yang mahu berfikir sendiri dan menilai sendiri Lapuran Ketua Audit Negara tersebut. Kebanyakannya hanya mahu bersorak sahaja tanpa memberikan sebarang artikulasi idea bernas bagi mencari solusi.

Tidak ramai yang ingin tahu bagaimana auditor melaksanakan tanggungjawabnya dan sudut pandangnya sebagai seorang auditor dan bukan sebagai ahli politikus. Belaiu hanya menjalankan tugas-tugas dan melapurkan apa yang telah dibelanjakan oleh semua agensi, jabatan dan GLC. Beliau tidak menyentuh kenapa ianya dibelanjakan kerana itu bukan bidangkuasa dan bidang tugasnya.

Tugasan beliau mengikut perundangan negara dan standard-standard piawaian perakaunan yang digunapakai. Berapa ramai yang tahu mengenai ini?

Kebayankan orang lebih suka melompat masuk ke dalam mana-mana "Pancaragam Propaganda Politik" tanpa berfikir dan meneliti sesuatu isu itu. 


Akhirnya semua isu menjadi satu kerumitan kepada rakyat dan kebaikan sesuatu polisi dan sistem itu menjadi tunggang langgang kerana kebejatan pemikiran yang ada. Sampai bila kita harus menyanyi rentak dan irama yang dieprsembahkan oleh para politikus pakatam rakyat yang sengaja mahu menjahanamkan negara dan rakyat ini ke lubang kubur?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa