Sabtu, 22 September 2012

POLITIK MALAYSIA: PRU 13 BN MEMANG KONFIDEN, PAKATAM OBER KONPIDEN TAPI RAKYAT TAK KONPIDEN.


Walaupun UMNO sentiasa di-UMNONOK-kan, di-UMNGOK-kan serta di-UMPORNO-kan oleh Pakatam secara kejam tanpa perikemanusiaan, UMNO TETAP DI HATI RAKYAT. Bak kata pepatah di mulut luah benci tapi sentiasa sayang di hati. Lagipun label-label itu adalah bukti betapa besarnya kasih-sayang segala pecacai Pakatam dalam negeri kepada UMNO. 

Berikut adalah fakta-fakta kejadian yang dipercayai mampu mengubah minda dan perasaan lebih 2/3 jumlah pemilih menyatakan kasih-sayang mereka kembali kepada BN pada PRU 13 kelak. 

Antara menarik sepanjang bulan September 2012 ini. Bermula dengan onar pada ambang kemerdekaan 31hb Ogos 2011, bendera pengkhianat Republik Sang Saka Malaya dikibarkan oleh sekumpulan anak muda. Disusuli pula dengan ragam keseronokan melampau memijak dan aksi memberakkan gambar DS Najib oleh dua orang anak muda yang pro Pakatam. akhirnya keduanya di tahan dan keduanya memohon maaf. Tapi terpaksa jua hadapi konseksual perundangan akibat perbuatan mereka. 

Selepas itu timbul perlanjutan perbalahan mengenai tema kemerdekaan JANJI DITEPATI. Pakatam meroyan tahap gaban. Slogan SEBANGSA SENEGARA SEJIWA digunakan oleh mereka kerana mereka mengelirukan rakyat kononnya tema kemerdekaan JANJI DITEPATI sudah diUMNOkan. Sekali lagi Pakatam Selangor perkecilkan peranan Sultan Selangor dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor. 

Dalam masa yang sama, BN Selangor berjaya bertindak membuktikan Pakatam menipu rakyat bilamana saman dikemukakan oleh seramai seribu orang penghuni yang menggunakan meter pukal menagih janji subsidi air 20 ml. Kali ini Pakatam benar-benar melatah dan membuktikan mereka adalah Penipu tegar bila Khalid G akui Manisfesto Pakatam pada PRU 12 lalu bukanlah janji-janji yang mesti dihormati dan ditunaikan.

Tak ketinggalan kisah-kisah katak-katak melompat empat pada 16hb September. Pembohongan terbesar Anwar Aib Braheem ialah 16hb September. Lajim Ukin pun dah mulai rasa terpukul oleh pembohongan bersimpang-siur Anwar Aib Braheem. Empat lagi menunggu masa sahaja untuk dijadikan Sup Katak kegemaran DAP rasis.

Paling hangat kisah bodigad bang Nom (Anwar Aib Braheem) mengacu pistol kepada rakyat yang membantah kehadiran bas mewah cat merah tompok-tompok dan treler mewah siri Jelajah Merdeka Selamatkan Bang Nom. Sebelum itu bang Nom menerima hadiah selipar dalam masjid kerana terlalu celupar beri ceramah di dalam masjid.

Itupun bang Nom sempat juga buat lawak dalam ceramah dengan memberi jaminan kemenangan buat Pakatam tepat jam 2.30 petang (hari tak tau ) pada PRU 13 nanti. Karoot Komedia XXX Chinadoll itu di tokok tambah dengan kisah mimpi dan dengar suara dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Sungai Pendang Kedah.

Kelucuan berterusan bila Tian Chua samada secara sengaja atau tidak terpanggil untuk membodek keterlaluan bang Nom menyebabkan bang Nom terkantoi naik jet peribadi untuk tujuan kempen Selamatkan Bang Nom.

Lanjutan dari itu sebagai bonus kelucuan yang sedia ada, sosialis PKR dan DAP terpukul dengan kerjasama yang wujud di antara UMNO-PAS membantah filem IOM. Ngeh mewakili DAP berpendapat umat Islam hanya membuang masa dan tenaga sahaja membantah. Akibatnya, UMNO-PAS dan NGO Islam pertama kali bersatu tenaga melakukan bantahan serentak. Menyedari kesilapan itu, Ngeh memohon maaf. Tapi semuanya sudah terlambat.

Terpaksalah pecacai sosialis PKR dan DAP bekerja keras menafikan kewujudan unsur penyatuan UMNO-PAS-NGO Islam. Mereka bimbang di cerai talak tiga oleh PAS. Tapi sebenarnya mereka lebih bimbang kehilangan punca pendapatan lumayan setiap bulan jika gagal mengekalkan Pakatam di tampuk kekuasaan. Apajua cara Pakatam mesti menang. Kalau tak menang anak bini mereka kelaparan di rumah.

Bila melihat keadaan dan situasi politik yang serba tak kena ini, kebanyakan rakyat sudah banyak hilang keyakinan dan kepercayaan kepada semua parti politik yang ada. Hanya kedua pihak sahaja yang cuba menyakinkan diri mereka bahawa rakyat menyokong mereka.

Adalah tidak mustahil rakyat akan memberikan satu keputusan PARLIMEN TERGANTUNG.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa