Rabu, 12 September 2012

PERSEPSI TERBARU PAKATAM JAHANAM GAGALKAN PRU 13 @NajibRazak

Persepsi Terbaru Ini Berbentuk Pembohongan Dan Fitnah Bertujuan Menimbulkan Keraguan dan Kesangsian Di Minda dan Hati Rakyat Ke Atas KEPUTUSAN PRU 13. 
Ianya Juga Berbentuk Ugutan Politik Supaya Kerajaan dan SPR Membenarkan Badan-badan Pengawas Lantikan dan Pilihan PKR, DAP & PAS memantau PRU 13. Itu membolehkan Lagi Perancangan Licik Mereka MENAFIKAN HAK RAKYAT MEMILIH BARISAN NASIONAL. 

Mula-mula Hamba terfikir juga kenapa Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di Taman Kosas Ampang menyebutkan :
"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"
Kemudian tersebarnya secara meluas di fesbuk dan di media sosial kiriman-kiriman yang membawa PERSEPSI kononnya selama ini KEPUTUSAN PRU ADALAH SUATU PENIPUAN PALING BESAR  SAMA SEPERTI PENIPUAN 16HB SEPTEMBER.

Persepsi seperti ini memang selalu digunakan di mana-mana negara yang hendak digulingkan oleh proksi Zionis. Lihat apa terjadi semasa pilihanraya di Afghanistan. Bila kita membina senario-senario yang mampu dicetuskan oleh persepsi berkenaan kita mampu melihat permainan keseluruhan taktik yang digunakan oleh Pakatam Jahanam. 

Permainan Persepsi bagi menimbulkan kesangsian dan kecurigaan ke atas ketelusan dan kesahihan keputusan PRU 13 merupakan tindakan paling jijik dan paling jahat. Ini berkaitan penafian legitimasi penubuhan kerajaan pilihan rakyat secara sah melalui proses demokrasi,

Pihak Pakatam Jahanam sudah bersedia untuk tidak menghormati dan tidak mengiktiraf keputusan rakyat dalam PRU 13. Inilah caranya Pakatam Jahanam Menipu dalam PRU 13 nanti. 

Melalui persepsi ini rakyat diperbodohkan oleh Pakatam Jahanam untuk mempercayai apa jua sebaran hasutan melalui sms dan di media sosial. Bakal timbullah bermacam-macam cerita rekaan yang akan tersebar secara meluas di kalangan rakyat nanti. Majoriti rakyat Malaysia mudah menerima gosip liar.

Kemungkinan besar Pakatam Jahanam berhasrat menimbulkan kekacauan dan huru hara dalam skala besar semasa dan selepas PRU 13 kerana tahap emosi rakyat berada pada tahap paling mudah dipengaruhi. 

Jentera siber dan bloger pro UMNO serta seluruh jentera BN perlu awasi dan menyekat persepsi itu dari tersebar luas. Keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada keputusan PRU 13 dan intergriti SPR perlu sentiasa dipelihara dan dikekalkan. Jika tidak, Pakatam Jahanam akan membuka pintu-pintu campurtangan kuasa Asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa