Isnin, 10 September 2012

PAS DERHAKA KEPADA SAYA -KING IS SINGH IS KARPAL.


KARPAL SINGH IS KING-OF-AMARAN, Majlis Syura Pusat PAS tidak membincangkan isu Nashrudin Mat Isa. Alasan yang diberikan ialah kerana ianya bukan isu. Di sebalik tabir sebenarnya Ketua Dewan Ulama PAS Harun Taib dan Hj Hadi Awang serta di sokong oleh Haron Din telah di desak oleh akar umbi PAS agar Tidak Lagi Menuruti Kehendak Raja Singh. 

Pok Nik , Mat Syabu dan kelompok parasit PAS semuanya bermuka kelat malah Pok Nik kelihatan meninggalkan mesyuarat begitu awal. Alasan beliau ialah kerana nak terkucil sangat dah. Akhir-akhir ini formula Anwarista dan DAP untuk memperkudakan Pok Nik tak berjaya kerana Pok Nik adalah seekor kuda tua. Tak mampu lagi bersaing dengan kuda muda dalam PAS yang anti Raja Singh dan Anwarista.

DAP telah lama meninggalkan PAS dalam serba serbi dan kini bertindak bersendirian di samping meletakkan semua kesalahan dan kepincangan kepada PKR dan PAS. Itu yang menyebabkan abang Kalid G terpaksa 'menjual muka' membeli bas mewah dan treler mewah kepada abang Peliwat Tua Renta untuk jelajah satu Malaysia.

Malah menurut satu sumber dalaman PKR, insiden bodigad Anwar acu pistol adalah gerak kerja sabotaj Kalid G kepada Anwar Aib Brahim. Bila di tanya kenapa? Beliau menjawab ini kerana semua kos termasuk perkhidmatan pengawal peribadi adalah di pilih oleh Kalid G sendiri. Sebenarnya usaha Kalid G itu di tentang oleh Azmin Ali. Namun Anwar Aib Brahim menerima jua tawaran Kalid G. 

Syarikat Pengawal Peribadi tersebut dikhabarkan mempunyai pertalian dan merupakan kroni kepada salah seorang pemimpin kanan DAP Selangor. Menurut sumber lagi, ada kemungkinan besar wujud konspirasi jahat di antara Kalid G dengan pemimpin DAP tersebut. 

Agak mengejutkan bila sumber itu berbisik dan mengatakan Kalid G bakal menjadi calon DAP jika kem Azmin Ali terus menerus menekan beliau. Ini kerana sudah ada Perjanjian Gentlemen dengan kem DAP dengan Kalid G. 

Apakah Perjanjian Gentlemen tersebut ? Tungguuuuu !!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa