Khamis, 6 September 2012

KERANA TAKUTKAN UMNO-PAS, PKR & DAP DALANGI SEMUA INSIDEN.

BARISAN NASIONAL TERTUBUH HASIL PERBINCANGAN DAN PERPADUAN DI ANTARA UMNO-PAS PADA WAKTU ITU. MALAH POK NIK MENJADI SALAH SEORANG YANG BEGITU MENGGALAKKAN PERPADUAN TERSEBUT.
PERPECAHAN KEMBALI BERLAKU BILAMANA ADA UNSUR-UNSUR SABOTAJ DARI DALAM DAN LUAR YANG MENGHASUT  KONFLIK BERLAKU. 
JIKA KONFLIK INI DILUPAKAN DAN DIMAAFKAN MAKA UMNO-PAS AKAN BERSATU KEMBALI. DALAM CONGAKAN PUAK PENDAJAL DALAM DAP & PKR JIKA INI BERLAKU AGENDA ZIONIS AKAN TERBANTUT.

Pemergiannya arwah Tun Abdul Razak telah membuka peluang dan jalan kepada penghasut untuk memecah-belahkan kembali perpaduan UMNO-PAS yang telah di bina. Kemerosotan pengaruh Presiden PAS arwah Datuk Asri menyebabkan berlakunya perebutan kuasa melantik Menteri Besar Kelantan. Berpunca dari situ UMNO-PAS kembali berpecah. Kini usaha menyatukan kembali UMNO-PAS semakin cerah dan prospek ini begitu menakutkan DAP dan PKR. Kedua parti PKR dan DAP banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS sejak 2008. Merosotnya sokongan majoriti Melayu kepada Dap dan PKR akibat Hasan Ali di pecat, pendedahan video salahlaku seksual Anwar Aib brahim, foto eskrim Azmin Ali, penyelewengan dana RM 350 juta, hanky panky dalam pembelian hutang talam dan keegoan melampau Guan Eng . Kerana terdesak maka Isham Rais berbohong mengenai bendera Sang Saka Malaya yang menjadi mercu tanda perjuangan Malaya Raya yang anti Islam dan anti Raja-raja Melayu. Perjuangan itu dah lama di tolak oleh majoriti penduduk Tanah Melayu sejak 1948 dan tertubuhnya UMNO serta Parti Perikatan. Insiden di ambang merdeka bertujuan untuk melengahkan dan membantutkan usaha yang sedang dijalankan bagi mengeluarkan PAS dari Pakatam Jahanam. DAP tahu dan sengaja meletakkan model sambilan berusia 19 tahun untuk turut memijak gambar Ds Najib. Harapan DAP ialah menggunakan isu penangkapan watak suci bersih gadis Cina tersebut bagi meraih simpati komuniti Cina dan rakyat Malaysia amnya. Fikirkan dalam dalam. Dua orang remaja dari dua komuniti terbesar diperalatkan pada malam ambang merdeka tersebut. Seorang lelaki dan seorang remaja perempuan. Insiden yang dicetuskan oleh keduanya telah menimbulkan kemarahan dan menajamkan konflik dalaman. Bila keduanya ditangkap adakah anda fikir pendakwaan akan dilakukan? Jika pendakwaan dilakukan maka pihak DAP akan menggunakan keduanya sebagai bahan propaganda yang bakal di usung ke sana ke mari semasa berkempen oleh DAP dan PKR. Jika pendakwaan tidak dilakukan maka DAP dan PKR perolehi dua objektif yang mampu memenangkan mereka dalam PRU 13 dan seterusnya mengagalkan usaha membawa keluar PAS dari Pakatam Jahanam. Apalah caranya dan tindakan terbaik buat kita untuk mengagalkan usaha-usaha jahat tersebut? Pihak UMNO dan BN perlu mencari idola remaja bagi mengatasi idola ciptaan Pakatam Jahanam. Kita mahu menangkap dan memberikan tekanan kepada penghasut utama kedua remaja tersebut. Kedua remaja tersebut telah diperalatkan oleh pemimpin Pakatam Jahanam demii kepentingan peribadi mereka sendiro. Kebajikan kedua remaja itu hanya bersifat sementara manakala insiden yang dicetuskan oleh keduanya juga bersifat sementara. Kepada penyokong UMNO dan BN anda semua perlu mencari idola remaja lelaki dan perempuan untuk dijadikan adiwira penyelamat Malaysia yang berani dan vokal menentang arus yang di cipta oleh Pakatam Jahanam. Carilah idola remaja yang menjadi ikon dinamis bagi penyatuan semua kaum dan mempertahankan kedaulatan negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa