Jumaat, 14 September 2012

ELOK BERSEDIA DAH MACAM-MACAM HAL BERLAKU.



Macam-macam benda pelik dan tak pernah terfikir akan berlaku di Malaysia sudah pun berlaku. Semuanya berpunca daripada dendam Kit Sialan dan dendam Anwar Aib Braheem. Tak perlu nak update selalu sangat pasal isu-isu politik di Malaysia ini. Semuanya orang dah tahu. Versinya sahaja berubah-ubah mengikut penceritaan. tapi akhirnya yang untung besar adalah ahli politikus dan pembodek mereka. Nak hapuskan 'benda tahyul khurafat' dalam budaya politik Malaysia bukan semudah anda ubah kerajaan !

Antara yang hangat ialah mengenai lori sampah kompektor yang kureng mutu dan sudah lapok. Khalid G nafi. Memanglah Khalid G kena nafi kalau dia tak nafi sepenggal je la dia jadi MB. Bukannya murah 50 biji lori kompektor sampah tu. Beratus juta duit rakyat Selangor habis. Duit tu pula mungkin Khalid G dah gunakan untuk tujuan lain errr...melancong ke Siam? Sebab tu Khalid G tak hadiri debat pasal isu Langat 2. 

Takkanlah Persatuan Pemegang Franchise jenama Dong Feng nak menipu plak? Kebiasaannya manusia mengadu bila  periuk nasinya tergugat. Lagipun sampai sekarang lori tu tersadai. Kalau dah penuhi spesifikasi dah tentu kita nampak lori tu dah merata-rata kutip sampah. Lori tu masih ada reben perasmian lagi dalam bengkel. Apakejadahnya?

Kemudian timbul kenyataan Anwar Aib Braheem nak bubar DUN Selangor berasingan. Pelik benar bunyinya. Anwar Aib Braheem ini AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH DALAM NEGERI PULAU PINANG. Tahu lah ANwar Aib Braheem masih berkhayal menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan berkhayal menang PRU 13. Sepatutnya benda-benda camtu Khalid G lah yang buat kenyataan. Ini tidak si Anwar Aib Braheem buat kenyataan. Jadi nampak sangatlah PKR ni pengecut dan bacul nak hadapi PRU 13. Samalah dengan Guan Eng. Pakatam Jahanam dah tak konpiden nak menang sebenarnya. Diaorg dah tau akan kalah dalam PRU 13. Itu lah sebabnya kenapa Anwar Aib Braheem yang buat kenyataan itu dan bukan Khalid G. 

Selepas itu timbul kisah pasal Tony Fernandez dengan kisah penerbangan tambang murah di Indonesia. Memang ramai yang bengang dengan Tony Fernandez nie. Banyak lah isunya. Permainan korporat pun ya jugak. Pasaran Indonesia memang idaman Air Asia dan MAS. Besar beb pasarannya. Lagipun berdasarkan kepada statistik penduduk pertengahan tahun menunjukkan hampir ada 2 juta lebih warga asing di Malaysia. Majoritinya warga Indonesia. Jadi bayangkanlah prospek keuntungan dan peluang perniagaan jika mampu menawarkan tambang murah penerbangan. Isu ini akhirnya yang untung pepuak korporat. Kita ni apalah sangat, 

Sebenarnya kita sudah perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tak terduga akan berlaku. Kita tdak boleh berdiam diri. Ahli politik dan pembodek mereka dah penuh kocek. Apa-apa berlaku diaorg boleh terbang ke luar negara ke tempat selamat bersama anak bini. Mereka tidak akan membantu kita. Penduduk kita sudah 29.3 juta sekarang ini termasuk warga asing berjumlah 2 juta lebih. 

Jadi elok-elok anda fikirkan baik-baik. Mana-mana orang yang ada dekat dengan pemimpin dan politikus eloklah nasihatkan mereka. Jika mereka dan pembodek mereka lari bila berlaku kekecohan jangan harap  mereka boleh balik semula bila keadaan aman. Tinggallah di luar negara itu sampai bila-bila. 

Kita boleh main peranan dengan membiarkan atau menasihati pembodek dan politikus agar tidak keterlaluan dan terlalu sangat menimbulkan isu-isu sampai kita nak hidup aman pun jadi susah. Kita perlukan sebuah kerajaan yang tegas tapi penyayang, Dan itu hanya kita perolehi bila memberikan mandat 2/3 majoriti kepada BARISAN NASIONAL dan tendang semua politikus yang takde kepala otak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa