Isnin, 17 September 2012

APA TINDAKAN ?


'KEJAHATAN MELATA KERANA ORANG BAIK-BAIK TAK BERBUAT APA-APA" Bila ketegasan tidak ada kerana berfikiran tiada dua pertiga majoriti di Parlimen akhirnya kebiadapan dan kejahatan semakin melata. Provokasi dan pencetusan konflik sentiasa berlaku kerana tidak di cabar. Yang di tangkap dan di tahan hanya balaci kecil sedangkan penghasut utama dibiarkan berleluasa. Apakah tidak ada makna undi empat juta lapan puluh satu ribu seratus limabelas (4,081,115) yakni 51.4% kepada Barisan Nasional dalam PRU 12 lalu?

Kita hendak juga bertanya apakah tindakan susulan BARISAN NASIONAL memujuk dan menundukkan pengundi tegar Parti Rakyat Malaysia sebuah parti Sosialis seramai 19,126 orang ?Walaupun bilangan mereka hanya 0.02% dari 10.740 juta pemilih pada PRU 12 dan jauh lebih kecil dari 29.3 juta penduduk Malaysia tapi pepuak inilah yang paling ramai buat kacau termasuklah yang mengundi PKR dan DAP. 

Tapi BARISAN NASIONAL masih menguasai 51.4% pemilih berdaftar pada PRU 12. Apakah suara keresahan dan kegelisahan mereka tidak ada makna? 

Kali ini masih ada lagi penyokong Pakatam Jahanam yang berterusan menghina institusi Raja-raja, Cabaran ini sering berlaku dan terjadi. Apakah sebabnya? Apa pula tindakan susulan mengenainya? 




Dimanakah pemantauan ke atas propaganda dan dakyah serta program-program puak Sosialisma ke atas anak-anak muda kita? Setiapkali perkara ini dikeluarkan dan dimaklumkan di blog-blog pro UMNO, apakah tindakan dan reaksi orangramai ?

Bagaimana hendak mendapat lebih dua pertiga majoriti jika tiada langsung ketegasan yang nampak di pandang ? Dan bilamana ada tentangan hebat akibat ketegasan yang di ambil , pepuak yang diberikan kepercayaan untuk mempertahankan tindakan tersebut mestilah bekerja keras.

Jangan lah asik makan budu cecah roti John sambil minum dan bergelak ketawa serta memuji diri sendiri sahaja dan menyangka begitu hebat mampu mengubah dengan hanya berblog dan berfesbuk sahaja.

Sampai bila ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa