Kuala Terengganu: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.”
Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.
Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.
Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti
Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan
semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu
agar pinjamannya disambung semula.
“YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya.
Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian.
“Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan.
Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. - BERNAMA
JS : Menurut sumber maklumat PAS ada membuat kutipan derma. Kutipan derma dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit tapi yang sampai ke tangan anak muda itu hanya RM50 sahaja!
Perkara yang sama berlaku kepada Tabung Memali untuk para balu dan anak-anak arwah yang terbunuh bersama Ibrahim Libya.
DAP juga turut mengalami masalaah yang sama apabila sebelum ini banyak kutipan derma seperti Tabung Bukit Cina dan kutipan derma mangsa LTTE di dakwa turut di selewengkan.
SUARAM yang mengutip derma untuk isu Scorpene turut tidak pernah mendedahkan sebarang Laporan audit. Tabung TIRAM juga tidak pernah dikeluarkan sebarang laporan audit. Malah majoriti kutipan derma yang pernah dilakukan oleh PKR DAP dan PAS tidak pernah diketahui samada sampai ke tangan pihak yang dimaksudkan.
Wang kutipan derma pun Pakatam tak mampu nak menjaga amanah apatahlagi nak menjadi telus, akauntabiliti dan kredibeliti. Jangan benarkan Pakatam menjadi kerajaan negeri dan Pusat.
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS JUAL HUDUD, ISLAM & MELAYU.
budak ni OPERA HIDUP . aku yakin . kesian kat MB GANU kalo kesian kat budak ni .Orang yang di hukum gantung kerana KESALAHAN BUNOH tetap Ke TALI GANTUNG walaupon RAYUAN mahkamah dunia..... umpama la kan .
BalasPadam