Puak Puaka JANJI KOTOR tidak akan berhenti setakat malam ini sahaja. Esuk mereka akan menyambung semula onar mereka sehingga berlaku pertempuran dengan pihak Polis yang mengawal keamanan. Seboleh-bolehnya mereka mahu berlaku pertempuran kecil untuk menggangu kelancaran perjalanan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Kita hanya mampu berdoa agar segala perancangan jahat mereka akan gagal dengan sendirinya.
Pada malam ini setelah semua provokasi mereka menemui kegagalan dan mereka mula menjarah Dataran Merdeka dan mengibarkan Bendera Pengkhianat mereka tetap tidak berpuashati.
Mendukacitakan kerana di waktu ini kita tertanya-tanya dimanakah semua peserta Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia yang dianjurkan oleh puak Budu dalam memainkan propaganda menghalang perkara yang mengaibkan itu dari berlaku?
Dimanakah grup puak Budu yang menjadi penganjur yang begitu angkuh dan sombong tak boleh di kritik dan sanggup mengkhianati Hamba kerana mereka di tegur?
Dimanakah kehandalan puak budu tersebut sekarang ini?
Sepatutnya dengan beribu-ribu lemon peserta yang puak Budu dakwa telah kumpulkan melalui KMS1M mereka sepatutnya mampu menghalang kejadian JANJI KOTOR dari berlaku. Puak Budu gagal dengan begitu mendukacitakan !
Dimanakah pula suara-suara sumbang yang mempertahankan pengkhianatan puak Budu tersebut sekarang ini?
DS Najib perlu mengambil berat perkara kegagalan puak budu penganjur KMS1M dalam menghalang berlakunya JANJI KOTOR nie.
Kita berdoa dan berharap agar kejahatan puak Pakatam Jahanam JANJI KOTOR akan gagal dengan sendirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa