Sabtu, 25 Ogos 2012

KATAKAN TIDAK KEPADA PERSENGKETAAN PERIBADI PARA PEMIMPIN.


RAMAI YANG TERTANYA APAKAH JALAN PENYELESAIAN KEPADA SEMUA KEMELUT POLITIK PADA MASAKINI? JAWAPANNYA AMAT MUDAH. KITA TIDAK PERLU MEWARISI PERSENGKETAAN PERIBADI PARA PEMIMPIN PADA HARI INI KEPADA GENERASI AKAN DATANG. PERNYATAAN INI DIGAMBARKAN JELAS OLEH DS NAJIB SEMASA BELIAU MEMOHON MAAF BAGI PIHAK UMNO/BN KEPADA RAKYAT DI ATAS APAJUA KESILAPAN DAN KESALAHAN DI PIHAK UMNO/BN.  DILAKSANAKAN DI DALAM PELAN TRANFORMASI KERAJAAN. DIZAHIRKAN DI DALAM WASATIYYAH. 

Kita perlu bangkit dan menyatakan dengan tegas kepada semua pemimpin yang ada pada hari ini bahawa Kita Enggan Mewarisi Persengketaan Peribadi Mereka. 

Kita perlu mengingati bahawa sebarang kesilapan para pemimpin akan menjejaskan kepentingan agama bangsa dan negara bertuah ini.

Kesilapan paling besar bagi mana-mana pemimpin ialah mewariskan persengketaan politik peribadi mereka kepada rakyat dan generasi seterusnya.

Kita lihat bagaimana puak nasionalis sosialis yang berselindung di dalam PKR mahu mewariskan persengketaan lama politik peribadi mereka dengan UMNO yang bermula pada 1948. PKR juga mahu mewarisi persengketaan peribadi Anwar Ibrahim dengan para pemimpin UMNO pada 1998. PKR juga masih mahu mewarisi persengketaan politik dan peribadi Rejimen ke 10 PKM terhadap pemimpin UMNO. PKR juga masih mahu mewarisi persengketaan Revolusi Komunis terhadap para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Kita turut merasa kesal dengan sikap agresif dan permusuhan agama serta perkauman para pemimpin DAP yang masih mahu mewarisi persengketaan politik dan peribadi mereka yang bermula dari pemisahan Singapura dan akibat tragedi 13 Mei 1969.

Kita juga amat musykil dan kesal dengan sikap para pemimpin PAS yang ada sekarang kerana masih berterusan mahu bermusuhan dan bersengketa dengan para pemimpin UMNO dalam soal-soal akidah dan hukum hakam sejak tertubuhnya PAS dan bila PAS keluar dari Barisan Nasional pada 1978 setelah bersatupadu dengan UMNO.

Setelah sekian lamanya kita hidup dalam aman damai tanpa sebarang persengketaan pada tahap meruncing seperti sekarang. Hanya kerana disebabkan oleh para pemimpin Pakatam Jahanam begitu cenderung mahu mewariskan persengketaan mereka dengan pemimpin UMNO/BARISAN NASIONAL.

Oleh itu kita rakyat kebanyakan harus tegas menyatakan kepada para pemimpin kita yang bersifat sedemikian dengan satu suara bahawa Kita Tidak Mahu Mewarisi Persengketaan Politik Peribadi Para Pemimpin. 

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tiba, kita harus nyatakan hasrat kita ini bersama dan menggemakannya kepada para pemimpin kita semua. Apa faedah dan manafaatnya kepada kita semua untuk mewarisi persengketaan yang membawa kepada kemusnahan dan kemudaratan?

Sudikah anda semua bersama Hamba yang fakir ini untuk menyatakannya kepada para pemimpin kita semua tak kira dari parti mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa