KUALA LUMPUR 13 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa menangani isu kenaikan kos sara hidup kekal sebagai satu komitmen utama kerajaan. "Ini merupakan isu paling hangat yang sentiasa disampaikan oleh rakyat ketika saya membuat walkabout sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung seluruh pelosok negara. "Hakikatnya, sejak kerajaan menjadikannya sebagai sebuah bidang utama GTP (Program Transformasi Kerajaan), pelbagai langkah telah diambil untuk meringankan beban rakyat, antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi," katanya dalam entri terbaru menerusi blog www.1Malaysia. com.my hari ini.Beliau berkata, sejumlah 4,175 cadangan dan komen dikumpul dari Google Moderator dan laman web peribadi beliau mengenai cara terbaik bagi kerajaan menyediakan Bajet 2013."Saya sentiasa menghargai input rakyat dalam proses membuat keputusan yang mempunyai pengaruh terhadap negara kita dan sama seperti anda apabila anda meluangkan masa untuk memberi pendapat, saya berbesar hati untuk berkongsi bersama anda pandangan saya tentang Bajet 2013 ini," katanya. "Secara khusus, dasar perumahan kita telah dikhaskan untuk golongan perlu dengan adanya Program Rumah 1Malaysia (PR1MA) yang menyediakan perumahan buat mereka yang berpendapatan sederhana dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) buat mereka yang berpendapatan rendah," katanya."Pada saat ini hinggalah 28 Sept. nanti (Bajet 2013), kami akan berusaha keras untuk menghasilkan sebuah bajet yang dapat kita semua berasa bangga," katanya. - BERNAMA
Kos Sara Hidup bukanlah mudah untuk di kawal selia. Ada faktor-faktor berada di luar kawalan kerajaan. Tinggi atau rendah kos sara hidup tertakluk kepada punca pendapatan, bilangan tanggungan, gaya hidup dan cara berbelanja sesebuah keluarga.
Rakyat perlu diberikan kesedaran melalui program-program berterusan oleh agensi-agensi tertentu. Di samping itu perlu disekolahkan kembali PBT. Terutama berkenaan dengan cukai pintu dan cukai lesen premis perniagaan.
Ini pula berkaitan dengan perlaksanaan polisi meluluskan sesuatu projek perumahan dalam zon-zon pentadbiran PBT. Mereka perlu lebih peka.
Rakyat perlu lah mempunyai kesedaran tinggi mengenai faktor-faktor penyumbang dan penentu kepada kos sara hidup. Kesedaran tinggi rakyat mengenainya merupakan kunci utama kepada keberkesanan polisi kerajaan menangani kos sara hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa