Ahad, 19 Ogos 2012

DEWAN OOOLAMAK PAS SETUJU PANDANGAN TUN DR MAHATHIR.

  
Harun Taib Ketua Dewan OOOLamak PAS Pusat 
Sampai Bila Nak Jadi Setan Bissuu' Nie Harun?
Karpal Singh Yang Pernah Berkata 'Anwar Ibrahim Harus Bertaubat!"
Dan '"Langkah Mayat Saya Dulu"

'Saya sedia disaman'

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA dan MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sedia bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah.

Ahli Parlimen Bachok itu menyifatkan Karpal yang menolak dan menentang keras pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud itu sebagai telah menolak sebahagian daripada Islam yang sekali gus menolak Islam.

“Justeru saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah.

“Menolak sebahagian daripada Islam bermakna menolak Islam," katanya kepada Mingguan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.

Karpal semalam berkata, beliau dalam perkiraan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nasharudin berikutan ulasan bekas Timbalan Presiden Pas itu bahawa Karpal anti-Islam kerana menentang hukum hudud.

Keberanian Nashrudin Mat Isa mempertahankan pendiriannya perlu dicontohi dan diikuti oleh semua umat Islam di negara ini. Jangan gentar dengan pepuak kafir harbi DAP. Jangan mudah tunduk kepada tekanan intimidasi oleh pepuak kafir harbi DAP. Nak saman ? Samanlah ! Peduli apa kita dengan ugutan kebudakan puak kafir harbi DAP pun!

Kita ingat je formula ni UMNO tanding 117 kerusi dan PAS tanding 66 kerusi campur jadi 183 kerusi lebih daripada 2/3 majoriti. Bila dah dapat 2/3 majoriti kan mudah nak laksanakan Hudud dan nak pinda mana-mana peruntukan dalam Kanun Kesiksaan untuk disesuaikan dengan hukuman Hudud.

Betul tak? Ini lah Ujian Asid kepada komitmen PAS nak laksanakan Hudud dan kepada kafir harbi DAP untuk membuktikan komitmen mereka benar-benar tidak bersikap anti Islam dan Melayu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa