Adakalanya Tak Berguna Berbalah Di Atas Perkara Yang Benar.MENDAMAIKAN DI ANTARA MANUSIA.BAHAWA TUGAS MENDAMAIKAN ANTARA MANUSIA ITU WAJIB, KERANA MENINGGALKAN CAKAP BOHONG JUGA WAJIB. SESUATU HUKUM YANG WAJIB TIDAK AKAN TERLUPUT, MELAINKAN DENGAN HUKUM WAJIB YANG LAIN YANG LEBIH UTAMA ATAU PENTING DARI YANG MULANYA.Tidak ada satu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahawa Allah hampir-hampir akan menimpakan siksanya atas mereka sekalian.BAHAWA TUGAS AMAR MARUF DAN NAHI MUNKAR ITU MENJADI SEPERKARA YANG WAJIB, DAN KEWAJIBANNYA PULA TIADA TERLUPUT SAMASEKALI, SELAGI ADA KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKANNYA, KECUALI SUDAH ADA ORANG LAIN YANG MEMENUHI TUGAS ITU.Adakah tuan puan hanya berharap akan ada orang lain yang akan menjalankan tangungjawab bagi pihak ahli waris, dan ahli waris sendiri hanya menunggu dan lihat sahaja tanpa melibatkan diri. Itu bukan nya bertawakal namanya tetapi penakut, kerana tanpa berusaha dan berpecah belah,kesemua ahli waris tidak akan dapat bersepakat dan keturunan yang berdasarkan ahli waris akan hilang untuk selama-lamanya. Kisah dan siapa sebenarnya ahli waris tidak akan diketahui.TIGA PERKARA YANG PERLU DIINGAT OLEH AHLI WARIS1. JANGAN TAMAK2. JANGAN KEDEKUT3. JANGAN BEREBUTPerkara tamak,kedekut, berebut ini lah yang memecah-belahkan ahli waris dan berperasangka antara satu sama lain.Baca seterusnya di sini LAMAN PAHANG
Semua orang Melayu tak kira apa keturunan dan berasal dari mana wajiblah meninggalkan amalan:-
- Favoritisma / Protegenisma
- Kenegerian.
- Kepuakan,
Orang Melayu wajiblah hilangkan Semangat Berbangga dengan darah keturunan, ilmu yang ada, kenegerian dan kedaerahan.
Hendaklah Melayu ini hanya memperkenalkan diri mereka sebagai MELAYU dan bukan sebagai orang Kelantan, orang Perak, orang Kay El, orang Pahang dan macam-macam lagi.
Janganlah ada amalan nepotisma & kronisma di kalangan pemimpin, pengikut dan kelompok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa