Artikel pada kali ni bukan artikel Cari Gadoh, tapi artikel ini menengahkan sudut pandang alternatif kepada Sudut Pandang artikel terbitan PJO sebuah laman sesawang milik pasukan Tun Faisal di bawah UMB. Bukan nak cari gadoh atau nak bantai sesiapa , cuma nak ketengahkan sudut pandang yang berbeza agar kesemua pandangan di ambilkira dan menjadi seimbang.
Berikut adalah petikan artikel berkenaan , tumpukan kepada tanda hashtag # dan perenggan yang berwarna merah kerana akan di jawab satu persatu.:-
#MindaPjO : Implikasi Kebergantungan UMNO Terhadap Blogger Bebas
IMPAK daripada keputusan PRU12 yang lalu terhadap kemerosotan majoriti Barisan Nasional di kerusi Parlimen telah menyedarkan UMNO daripada terus terlena dari hanya sekadar meyakini keampuhan kaedah propaganda konvensional semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.
Kenyataan DS Najib Razak pada 18 Disember 2011 menjelaskan desakan beliau agar Barisan Nasional mengiktiraf medium media sosial sebagai salah satu elemen propaganda alternatif dalam transformasi kempen parti.
"Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan, tidak semestinya pakai media rasmi, tetapi perlu babitkan media sosial sebagai tools of engagement (alat komunikasi) terutama orang politik dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran,"
Kejayaan besar pakatan rakyat yang sangat signifikan dari keputusan PRU12 yang lalu adalah kerana mereka berjaya menguasai jaringan media sosial dengan sangat berkesan. Terdapat analisa statistik yang menyatakan bahawa viral propaganda dari jaringan media sosial pada ketika itu sekitar 24%.
Justeru terkejut dari kemenangan tipis Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia iaitu tidak lebih dari 6 kerusi Parlimen, UMNO mengambil tindakan untuk menerima medium media sosial sebagai salah satu elemen harapan bagi memulihkan kredibiliti propaganda parti.
# (1) Begitupun, adalah sangat malang kerana UMNO menceburi bidang media sosial dengan agak 'semberono' iaitu tidak dirancang, tidak teratur dan yang paling teruk sekali ialah ianya tidak distrukturkan dengan baik agar langkah kerjanya terorganisasi.
JAWAPAN: Persepsi di atas adalah tidak benar. Pengalaman UMNO mentadbir negara selama 64 tahun memustahilkan UMNO membuat sebarang keputusan dengan sembrono. Penulis artikel nampaknya cuba memburukkan pemimpin UMNO. Ini tidak molek.
# (2) Akibatnya, pelaburan tinggi yang dibelanjakan sekadar memberi pulangan yang sedikit disamping beberapa 'kerosakan' yang semakin mencalarkan reputasi media Barisan Nasional.
JAWAPAN: Ini juga tidak benar. Sebaliknya, keyakinan rakyat mampu diseimbangkan melalui gerak kerja bloger bebas yang pro UMNO. Walaupun mereka tidak menerima sesen duit pun berbanding dengan jentera rasmi seperti UMB dan PJO. Bloger Bebas lebih dipercayai rakyat kerana bukan menjadi Jentera Rasmi Parti. Malah imej UMNO menjadi semakin pulih disebabkan oleh kejujuran bloger bebas yang tidak mengharapkan wang ringgit.
# (3) Isu NFC baru-baru ini adalah kes yang wajar dijadikan rujukan bagi analisa kesan media sosial UMNO. Begitu juga dengan kenyataan penafian yang terpaksa dikeluarkan oleh Polis Malaysia di Raja Malaysia (PDRM) terhadap penyebaran berita palsu oleh jaringan media sosial UMNO berhubung kononnya terdapat laporan seorang mahasiswa telah diliwat oleh Ketua Pembangkang.
JAWAPAN: Apa kaitan pulak dengan isu NFC dengan laporan mahasiswa kena liwat? Tak ke pelik tur? Nampaknya penulis tersebut pun mindanya agak celaru dan keliru. Isu NFC berjaya dipertahankan oleh bloger bebas manakala bloger di bawah UMB seperti APA lebih banyak menyerang NFC daripada mempertahankannya. Kini APA mendakwa beliau 'Bebas' tapi ada cerita disebaliknya.
# (4) Imej UMNO juga tercalar teruk apabila propaganda UMNO dilabelkan selari dengan unsur porno kerana kaedah propaganda media sosial yang tidak bermoral.
JAWAPAN: Penglabelan tersebut tidak mencemarkan imej UMNO. Malah penglabelan tersebut telah berjaya menonjolkan sikap hipokrasi dan ketololan sibertruper Pakatam sendiri. Imej kelucahan yang cuba ditonjolkan oleh sibertruper pakatam akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila penglabelan tersebut berjaya dibuktikan sebagai Penafian Kosong belaka.
# (5) Kebergantungan UMNO terhadap blogger bebas dilihat sebagai kelemahan jentera penerangan UMNO dalam mengawal berita yang disebarkan. Akibatnya, kekuatan, kebenaran dan keikhlasan UMNO disorot secara negatif di mata para pengundi.
JAWAPAN: UMNO tidak bergantung 100% kepada bloger Bebas. Malah banyak sumber-sumber penerangan lain yang turut membantu UMNO memperjelaskan banyak isu-isu. Adalah salah mengatakan UMNO bergantung 100% kepada Bloger bebas.
# (6) UMNO harus berbuat sesuatu terhadap perbelanjaan menyara blogger bebas yang kelihatan sangat bebas dari justifikasi KPI keberkesanan propaganda. Banyak konvensyen dan program media sosial dibuat tetapi ia sekadar satu program yang tidak lebih daripada wayang ataupun 'show off'.
JAWAPAN: Ini juga tidak benar. Sebenarnya konvensyen media sosial bukan program bloger Bebas pun. Ianya adalah program kerjasama semua agensi kerajaan. Hanya di bantu oleh bloger bebas mempromosikannya sahaja. Setahu hamba dalam penglibatan program tersebut, KPI turut diambilkira. Peranan Bloger Bebas hanya mempromosikannya sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Apa yang dimaksudkan dengan jaringan media sosial sebagai transformasi kempen parti seharusnya membantu pengundi untuk lebih memahami politik dengan cara yang lebih rasional, memandu pemikiran mereka ke arah yang lebih berhala tuju dengan tujuan membangunkan politik negara yang positif selain mampu menjadi agen penafian bagi menangkis fitnah dari sebarang serangan tidak berasas terhadap dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional.
# (7) Akhirnya, UMNO harus kembali kepada asas bagi membina dasar jaringan media sosial sebagai transformasi penerangannya. UMNO harus membangunkan jentera sokongan dan komuniti yang menyeluruh selain tidak mengkelompokkan dana yang besar dalam bentuk sumbangan yang dimonopoli oleh sekumpulan blogger besar tertentu yang sekadar mengejar upah dan tidak mustahil oleh kerana visi mereka yang berasaskan orientasi upah maka mereka mungkin akan membelot dari UMNO satu masa nanti apabila aliran politik beralih arah.
JAWAPAN: Tidak molek mempersalahkan sayap dan jentera penerangan UMNO. Mereka telah melakukan banyak program-program yang efektif dan berkesan. Juga tidak benar samasekali dakawan pengkelompokkan dana tertentu kepada sekumpulan bloger besar. Mana ada dana pun ! Orientasi Upah pun salah. Setahu Hamba bloger jentera parti lah yang paling banyak menerima dana besar-besar. Betul lah kerana dana tersebut adalah Dana Parti bukan Dana Awam pun. Jadi sudah tentulah jentera rasmi parti yang wajar menerimanya berbanding bloger bebas. Setahu hamba juga satu-satunya bloger yang derhaka dan membelot ialah seorang bloger di bawah naungan UMB sendiri yakni APA. Beliau tidak pernah menganggotai mana-mana kumpulan Bloger Bebas Pro UMNO. Kami Bloger Bebas pun tak bising-bising nak membalun APA kerana sudah kami jangkakan beliau akan bertindak begitu. Ada cerita disebaliknya. Belum ada lagi mana-mana Bloger Bebas yang membelot dan akan membelot seperti di dakwa. Jahat dakwaan tersebut.
POLITIK AYAM(Aktivis Media Sosial)
Kesimpulannya , tidak molek menangguk di air keroh dan mengerohkan keadaan. Ini lah satu sebab kenapa Bloger Bebas menyampah dengan Tun Faisal. Hamba akui Tun faisal memang efektif menggerakkan jentera siber nya, namun itu bukan bermakna memberikan beliau 'LESEN' untuk membantai dan menghentam sesuka hati Bloger Bebas yang juga tersusun dan berorganisasi.
Sebenarnya, apa yang penting ialah GERAK KERJA KERJASAMA di antara semua pihak. Mana-mana pihak yang hendak membantu UMNO dan BN mengekalkan Perpaduan dan Kententeraman Awam serta menangkis fitnah Pakatam sepatutnya di alu- alukan.
Janganlah melayan mereka seperti sampah dan memperlekehkan mereka. Mereka tak minta upah seduit pun daripada UMNO.
Jangan juga berhasad dengki dengan mereka. Jangan tamak dan irihati dengan Bloger Bebas.
Hamba berharap agar perkecohan yang takde manafaat seperti ini dihentikan saja. Jika hendak mengusulkan sesuatu tak perlu lah kita menghentam dan membantai pihak lain. Melainkan jika berlaku pengkhianatan yang tidak wajar.
Perlulah diingatkan bahawa Bloger Bebas tidak ada sebarang kepentingan peribadi mengejar jawatan di dalam parti.
Lebih baik menerima kritikan dan teguran daripada sahabat daripada menerima makian dan kutukan daripad apihak musuh.
Bloger Bebas adalah sahabat dan bukannya Musuh kepada UMNO/BN. Tetapi Bloger Bebas adalah Musuh Kepada Pakatam.
Bukankah selama ini pemimpin UMNO/BN melaungkan POLITIK IALAH NOMBOR?
Bukankah Bloger Bebas Menambah Jumlah Nombor Di Dalam Sokongan Kepada UMNO/BN?
Fikirkanlah .....
Fikirkanlah .....
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS ADA NABI PALSU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa