Selasa, 24 Julai 2012

EDISI SAHUR: RPK MEROYAN PASAL BELI PRU.

WAKTU SAHUR NIE , marilah kita merenung sejenak apa yang telah diroyankan oleh RPK, seorang bloger yang dianggap pandai dan cerdik (mungkin disebabkan RPK menulis dalam bahasa orang Penjajah). Artikel berkenaan telah di salin dan digamkan oleh bloger APA (bloger yang menjadi Bidak Utama Papan Catur Pemain Politik). Ada beberapa perkara menarik dan poin-poin yang telah diketengahkan oleh RPK.  

(Amaran: semuanya adalah pendapat peribadi RPK sahaja. Di dalam Politik Tidak Ada Kepastian Tetapi Permainan Manipulasi Persepsi Bagi Mencapai Matlamat). 

Manakala Hamba menulis cara orang kampung dan sudah dilabelkan sebagai 'Mulut Busuk' di kalangan rakan-rakan kerana "Enggan Menurut Perintah". Hamba kan dilahirkan sebagai seorang manusia bebas. Jadi tak salah kalau Hamba kekalkan kebebasan Hamba tersebut demi kebaikan semua. Sudah tentulah apabila kita mempertahankan 'Kebebasan Diri Kita' orang lain akan marah. Itu biasa beb. Terima sajalah padahnya. Tapi kalau kita menjadi penakut maka apa manafaat yang boleh kita berikan kepada orang ramai? Tapi bukanlah menjadi manusia yang kurang ajar, berkhianat dan melampaui batasan. Hamba masih orang berhemah tinggi bersopan dan beradab. Tak nak malukan arwah kedua ibubapa Hamba yang telah mendidik Hamba menjadi manusia yang baik dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bak kata pepatah Bani Jawi, 'Sikit-sikit Lelama Jadi Bukit'. Bila menjadi Bukit akan sukarlah untuk diruntuhkan.

RPK berpendapat bahawa PRU 13 dan seterusnya adalah milik kekal abadi BN. Pertaruhannya adalah Sabah dan Sarawak. Bagi menguatkan pendapatnya, RPK menyentuh mengenai pertemuannya dengan Jefrrey Kittigan di Hotel Federal. Kata RPK pertemuan itu berlaku kerana Jeffrey Kittingan nak minta pendapatnya mengenai tawaran Anwar Ibrahim. WOW ! Cayalah RPK ! Kalu macam inilah gayanya politik di Malaysia memang patutlah menjadi cacamarba. Dan selepas itu serta selebihnya adalah garapan cerita-cerita fiksyen ala novel Saspens Tahap Gaban novelis Barat. 

RPK menyentuh mengenai sentimen orang Sabah dan Sarawak dan berkenaan dengan Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara. Oopss , maaf, bukan sentimen orang Sabah dan Sarawak tetapi Sentimen Yang RPK Fikirkan dan Andaikan Adalah Sentimen Orang Sabah & Sarawak. 

Hamba berasa yakin dan percaya bahawa majoriti senyap pun dah jemu dan bosan dengan pelbagai juadah dalam mempersembahkan persepsi. Majoriti Senyap mahukan KEBENARAN HAKIKI dan tidak mahu terikat dengan sebarang bentuk persepsi. Jadi itulah yang Hamba persembahkan. 

Memanglah betul ada sentimen anti-Pusat di Sabah dan di Sarawak. Kemasukan UMNO di dalam Sabah sebenarnya menerima banyak pertentangan di peringkat awal. Ini berlaku semasa Jeffrey Kittingan menjadi Ketua Menteri Sabah. Beliau adalah anak jati Sabah dan beliau beragama Kristian. Semasa itu sentimen pertentangan agama agak meruncing. Beliau jugalah yang telah memperhangatkan sentimen 'Kemerdekaan Sabah' di atas alasan kononnya Pusat 'Menjajah Sabah'. Perlu diingatkan bahawa sentimen ini lahir daripada seorang pemimpin Sabah yang sentimen keagamaannya amat kuat. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama beragama kristian. Itu sahaja. Ini kira matlamat dan agenda Peribadi lah. Persoalannya ialah:-
  1. Apakah percaturan politik Sabah sebenarnya? Inilah yang perlu diperjelaskan. Bukan oleh Hamba atau RPK tetapi oleh anak jati dan tempatan Sabah sendiri. Ambil pendapat mereka dan carilah penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak pada kadar berpatutan dan logika. Tak perlulah kita melemparkan lagi pelbagai bentuk persepsi. Orang Sabah sendiri pun nanti naik hairan plak. Apasaja yang berlaku dan berubah dalam senario politik Sabah bakal memberikan impak kepada struktur dan penguasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu. Itulah pasal. dalam cerdik ada juga sudut kebingungan. Dulu, Tunku nak masukkan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia sebagai pemampan dan pengimbang kuasa politik di rantau Asia Tenggara. Maklumlah masa itu pengaruh komunis amat kuat dan Indonesia sendiri pun dikuasai oleh anasir komunis. Selebihnya anda semua mampu merumuskan sendiri. 
  2. Apabila keadaan politik berubah dan suasana politik global sudah tidak kondusif lagi bagi menjustifikasikan keadaan asal mula kemasukan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia sudah tentulah sentimen lama timbul semula. Keadaan sudah menjadi 'Di luah mati bapak di telan mati mak'. Kini kehendak itu perlu disesuaikan dengan perubahan yang berlaku. Tapi sejauh mana dan setakat mana,.. manalah kita boleh menjangkakannya. Ada perkara-perkara yang kita tidak ketahui. Apabila kita cuba masuk ke dalam perkara yang tidak kita ketahui maka kita akan menambahkan lagi kerosakan dan kebinasaan. Jadi moleklah kita tak masuk campurtangan macam RPK cuba lakukan.
Kesimpulannya, jika kita masih berjiwa kenegerian di dalam sebuah Persekutuan sampai bilakah kita mampu membina sebuah negara yang kuat dan utuh? Kalau kita asik memikirkan kepentingan sendiri sampai bilakah orang ramai akan mendapat manafaatnya? Di sini kita perlu menjadi pragmatik dan memikirkan kepentingan yang lebih besar lagi. Bagi mencapai itu kita perlu melakukan pengorbanan. Dalam masa yang sama kita tidak mahu pula pengorbanan yang kita lakukan itu di ambil kesempatan oleh orang lain untuk memperkuatkan kepentingan diri mereka (macam yang terjadi kepada diri Hamba). Persoalanya Adakah kita Mampu dan Bersedia Melakukan Pengorbanan Demi Kepentingan Orang Lain?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa