Sabtu, 28 Julai 2012

CONTOH EXCO SELANGOR PERJUANGKAN ISLAM - KENCINGKAN RAKAN.


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, membayar RM100,000 kepada bekas rakan niaganya, Md Azmi Mohamed.

Jumlah bayaran tersebut adalah sebagai bayaran kepada wang yang dilaburkan oleh Md Azmi bagi membuka Pusat Dialisis Sijangkang (PDS) bermula tahun 2002.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada 8 September 2011, Md Azmi meminta mahkamah memutuskan bahawa beliau berhak ke atas syer PDS sebanyak 25 peratus.

Beliau juga menuntut kira-kira keuntungan tahunan berdasarkan jumlah pelaburan dari tahun 2005 hingga 2010.

Md Azmi yang juga seorang Pembantu Perubatan turut menuntut pembayaran balik wang sebanyak RM100,000 sebagai ganti rugi khas dan ganti rugi am yang akan diputuskan Mahkamah.

Keputusan penghakiman dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz di dalam kamar. Md Azmi diwakili peguam Syahredzan Johan, manakala Dr. Ahmad Yunus diwakili Hanipa Maidin.
sumber mysuara.net. 

Komen JS : Beginilah cara dan didikan para pemimpin PAS di mana jua di seluruh negara. Perjuanggkan Islam dengan mengencingkan semua orang yang rapat, kenalan dan memungkiri amanah kepercayaan orang lain. 

Pemimpin Pakatam turut 'sampai hati' menghalau isteri tua sendiri dalam bulan Ramadan. Kepada anda semua yang masih terbuai dengan persepsi 'Akhlak Serban dan Jubah' buka minda dan hati anda .... memakai serban dan jubah serta duduk dalam PAS atau PKR atau DAP serta membenci UMNO ... itu belum lagi cukup syarat dan kelayakan untuk menjadikan anda seorang yang lebih berakhlak daripada mana-mana orang di mukabumi ini. 

Jangan fikir orang Serban dan Jubah tak mampu melakukan kejahatan yang teramat jahat. Walaupun mereka nampak pergi ke masjid setiap waktu dan bersolat serta berwajah manis itu bukan jaminan bahawa mereka sentiasa 'Bersih lagi Suci'. 

Fikirkan, bila mereka mampu menganiayai dan melayani secara kasar dan kejam terhadap ahli keluarga dan rakan karib mereka sendiri .... apa kamu fikir mereka akan melayani baik dan menjaga amanah kepercayaan rakyat kepada mereka ?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM DAN MELAYU 
PKR KAKI PENIPU 
PAS JANGAN HARAP NAK PERJUANGKAN ISLAM & MELAYU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa