Jumaat, 13 Julai 2012

Apekehal Plak Dua Polisi SPA Nie?

Memetik luahan hati dua orang rakan bloger mengenai DUA POLISI TERBARU SPA ,ORANG LULUS TINGGI MOHON KERJA ORANG LULUS RENDAH. 

 
SPA ni suka buat kerja gila. Tak habis habis menyusahkan rakyat. Sapa bos besar SPA ni. Campak dia ke bawah suruh buat kerja kerja menyapu sampah tepi jalan, kutip sampah, turap jalan biar dia berakal sikit.
Ini dia pergi kerja balik kerja naik kereta mewah, pakai baju mahal mahal, dinner hotel mewah, duduk pejabat sejuk ada aircond, memanglah dia tak merasa kerja susah. Orang dah susah nak cari kerja, dia lagi nak menyusahkan orang.
 Medan Infokita  menulis :-

Mungkin dikalangan penggemar Blog MIK agak kaget dengan tajuk penulisan kali ini…
Disebalik kejayaan menyaksikan Himpunan Jutaan Belia Negara 2012 yang baru berakhir, kenapa harus persoalan seperti ini pula mahu dibawa kepada perbincangan..?
Sebenarnya kita seharusnya ada keupayaan dan sedikit keberanian melihat perkara yang tersirat disebalik apa yang tersurat. Insiden dan beberapa peristiwa yang berlaku memberikan sedikit “tempias” kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13], dalam bahasa Inggeris disebut ‘read between the line’.
Dimulakan dengan berita menyaksikan bekas Pengarah CID Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS seolah olah beliau tidak marah dan sedikit pun tidak sensitif dengan bukti bukti keganasan yang ditunjukkan oleh demonstrator Bersih 3.0 yang membelasah teruk beberapa anggota PDRM…
Apakah Datuk Fauzi tidak peka dengan peristiwa keganasan tersebut..? Apakah Fauzi menyokong tindakan ganas barua barua Ambiga yang bertindak luar batasan malah tidak keterlaluan kita katakan peristiwa ganas 28 April itu ada usaha mahu menjadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Tahir yang bertujuan menggulingkan kerajaan secara revolusi…!
Marilah kita melihat dari sudut yang lain…, tidakkah kita mahu melontarkan persoalan kenapa Datuk Fauzi ‘tergamak’ mahu menyertai juak juak murahan yang menjulang Ambiga sebagai Imam Bersih 3.0 dan juga barua barua Anwar yang menurut perintah membuka halangan polis menyerbu masuk bertempur dengan anggota FRU, sebuah pasukan secara tidak langsung yang pernah berada dibawah struktur kepimpinan Fauzi sendiri…
Dimanakah letaknya asas keputusan Datuk Fauzi..? Kita harus perhalusi keputusan beliau yang meneruskan agendanya menyertai sebuah parti Pembangkang yang menjadi musuh kepada kerajaan Barisan Nasional.. Ayuh..! Carilah dimana persoalan dan apakah jawapannya…
Apakah ada sekelumit atau sebakul rasa “tidak puas hati” berbuku dalam hati bekas orang nombor satu CID Bukit Aman ini..? Pernahkah Fauzi menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu TETAPI langsung tidak diendahkan oleh peringkat atasan..???
Iya.., mungkin dikalangan kita mahu merumuskan dan menyatakan bahawa Fauzi sudah tergolong dalam kumpulan yang kecewa maka itulah keputusannya, sertai parti Pembangkang.
TETAPI kita juga harus mencungkil dan mencari persoalan serta jawapannya… Apakah perkara yang menjadi ‘tidak puas hati’ itu benar benar sesuatu yang sangat berasas [legitimate issue] dimana pihak atasan hanya berdiam diri dan mengambil sikap tidak peduli…?
Mahukah kita menyaksikan lebih ramai lagi bekas bekas Pengarah kerajaan membuat pengumuman menyertai parti Pembangkang..? Apakah akan ada lagi.., hanya menantikan waktu yang sesuai memecah muka depan persada berita tanahair…?
Bekas kakitangan Awam dan Penjawat-penjawat Tertinggi dalam SPA  serta pembuat polisi yang membabitkan kepentingan kakitangan Awam di peringkat rendah perlulah peka kepada kepentingan orang bawahan. Sepatutnya SPA fikirkan macamana nak tingkat MUTU PERKHIDMATAN dan bukan memikirkan bagaimana nak letak orang lulus tinggi ke tempat yang tak sepatutnya.  

Cukuplah tu. Buatlah Polisi yang mampu membawa negara ini ke depan dan menjaga kebajikan kakitangan awam pula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa