Ahad, 17 Jun 2012

SELANGORKU AIR MENTAH TERCEMAR

SHAH ALAM:  Republik Papantanda Pakatam Selangor menjanjikan tiada krisis air kepada rakyat jelata. Janji sahaja tanpa sebarang pelan tindakan yang efektif. Khalid G selaku Menteri Besar Baner Incorporated (MBBI) mengakui bahawa untuk menghadapi krisis air ialah dengan mengadakan forum dan bercakap sahaja. Bazirkan air liur dan wang rakyat untuk menyusahkan rakyat dan bukan membantu rakyat. 

Republik Papantanda Pakatam Selangor amat berbangga dengan limpahan air mentah yang amat tecemar di tujuh empangan yang sedia ada di Selangor. Semasa pentadbiran BN terdahulu keadaan sungai-sungai sumber utama di Selangor sentiasa dibaikpulih dan pulihara. Sejak empat tahun lalu, sejak Republik Papantanda Pakatam Selangor merampas kuasa keadaan sungai-sungai sumber di Selangor semakin terbiar. 

Indeks pencemaran sungai-sungai sumber Selangor semakin tinggi dan semakin membimbangkan. Sejak Republik Papantanda Pakatam mengambil tindakan memberikan lesen kepada semua premis kilang haram di Selangor menyebabkan semakin tinggi sisa buangan toksik dan beracun ke dalam semua sungai sumber tanpa sebarang pengawalan efektif. Ini menjadikan sumber air mentah semakin tecemar. 

Semakin tercemar air mentah sumber semakin sukar ianya untuk di rawat sebagai air bersih. Apa nak dibanggakan sangat dengan limpahan air mentah yang amat tecemar? Bolehkah masaalah ini diselesaikan dengan hanya mengadakan forum tanpa melakukan sebarang tindakan membersihkan semua sungai yang ada di Selangor?

1 ulasan:

  1. Jangan Risau!!! Lebih banyak Papan Tanda dengan gambar Kalid Gagap, Azmin, Nuar dan muka2 wakil rakyat,Pengerusi JKP,Ahli majlis dll akan dicetak dan ditampal seluruh Selangor!! INILAH KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN penjilat2 PR..termasuk aisyah & abby.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa