1MALAYSIA 1SUARA 1MATLAMAT
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN
JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI.
HANYA MALAYSIA, BRUNEI & THAILAND BUKAN NEGARA REPUBLIK SOSIALIS DI
NUSANTARA INI !
Dulu ....
Sebelum 2008, orang PAS Pakatam hina dan perlekeh UMNO/BN bina banyak masjid dan surau tapi kosong takde jemaah. PAS Pakatam hasut orang Melayu bencikan UMNO/BN sebab isteri pemimpin UMNO/BN tak tutup aurat. PAS Pakatam hasut orang Melayu tumbangkan dan gulingkan UMNO/BN sebab tak perjuangkan Negara Islam! PAS Pakatam ajak orang Melayu marahkan UMNO/BN kerana tak buat Hudud.
Sekarang ....
Selepas 2008, PAS Pakatam kata Negara Islam takde dalam Al Qur'an. Surau dan masjid di jual oleh sekutu mereka PKR & DAP PAKATAM, PAS Pakatam kata itu 'Bagus!'. Bila UMNO/BN hendak membina S.A.R, PAS Pakatam halang ! Bila orang Islam semakin ramai dimurtadkan melalui gerakan Sosialis Religus DAP Pakatam, PAS Pakatam kata ' Pilih Agama Itu Hak Peribadi !' Bila Anwar Ibrahim dan Ambiga kata Hudud bagi seks luar tabi'e adalah lapok dan primitif, PAS Pakatam laungkan TAKBIR!
Ceritanya nasib sebuah surau, sebuah masjid dan sebuah S.A.R di bawah regim Republika Benci Islam Pakatam..........
Nasib Sebuah surau di Selangor.
“Surau ini memang tidak pernah dapat peruntukan dari kerajaan negeri. Seingat saya kali terakhir Jemaah surau ini mendapat bantuan adalah pada 2008, itupun daripada kerajaan terdahulu.“Lepas 2008 tak pernah dapat. Kami terpaksa guna duit sendiri untuk sediakan segala kemudahan. Saya pernah hantar surat di pejabat Menteri Besar sebanyak empat kali, tapi masih tidak dapat peruntukan,” tegas Zaini.Menurutnya lagi, antara perkara yang diusahakan mereka sendiri adalah mendapatkan lampu jalan dan menurap jalan masuk ke surau tersebut.Tambah beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pernah berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM5000 pada 2008 bagi membaiki bangsal yang roboh, tetapi sehingga kini wang tersebut tidak diterima yang akhirnya memaksa Jemaah menggunakan wang sendiri untuk membaikinya.Perkara tersebut disokong oleh seorang ahli Jemaah surau itu, Miskiah Ishak, 64.Menurutnya, Jemaah di surau tersebut bertuah kerana terdapat anak-anak kariah yang telah berjaya yang tidak lokek untuk memberikan sumbangan.“Kalau nak harap kerajaan negeri, memang tiada. Dulu kata nak beri RM5000 tapi akhirnya tiada juga. Sudahnya kami kutip-kutip duit antara anak kariah. Ada anak-anak kariah yang sudah berjaya yang sumbangkan RM1000-RM2000.“Nak harap bantuan memang tiada. Dulu waktu Barisan Nasional memerintah, peruntukan tak pernah habis. Tapi sekarang tak pernah dapat sebarang peruntukan,” katanya.
Nasib sebuah masjid .....
"Sejak puak PAS Pakatam menguasai masjid ini, berlaku pertandingan merebut jawatan masjid yang dipertandingkan mengikut resam Sosialis di bawha mana-mana regim Republika Benci Islam mengambil model saranan Kalipah For All Guan Eng, Putera Mahkota Politik Dinastik Lim DAP Pakatam. Masjid ini hanya menerima sumbangan dari ahli kariah dan jemaah sahaja. Puak PAS Pakatam pula berpecah-belah sesama mereka. Ini memberikan kesan kepada ukhuwah ahli kariah setempat. Hari ini selepas solat Jumaat akan berlaku satu demonstrasi perebutan politik dalam jawatan masjid. Apa nak jadi nie?"
Nasib Sebuah S.A.R.....
Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang
Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.
Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.
Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.
Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.
Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.
Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).
Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.
Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.
Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.
Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.
Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.
PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.
Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.
Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.
Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.
Apalah nasib satu agama rasmi bagi sebuah negara yang berdaulat. hanya semata tiga puak Republika Benci Islam menguasainya buat sementara waktu, sudah begitu hinanya agama Rasmi itu diperlakukan. Sedangkan sebelum ini bukan main melalak melolong dan kuatnya gema takbir daripada mereka mahukan NEGARA ISLAM! Kini bukan sahaja Negara Islam mereka buang malah TAUHID pun mereka buang !
Nah ! Pihak manakah yang selama ini benar-benar menjaga martabat dan kesucian Agama Rasmi itu di Tanah Yang Masih Bertuan ini ?
Kalau Agama Rasmi pun puak Republika Benci Islam Pakatam mampu injak-injak dan perlekehkan dan menghinanya sesuka hati apatahlagi agama-agama lain yang telah di jamin dalam Perlembagaan Malaysia.
Pernah dengar tak baru-baru ini seorang pemimpin kanan puak Republika Benci Islam Pakatam menghina agama Hindu dengan menyamakan Thaipusam itu seperti satu demonstrasi jalanan !
Mau undi lagi pepuak Republika Benci Agama Islam Pakatam?
Tolak puak Republika Benci Islam Pakatam ... Semua Agama Menjadi Tenteram !
PAS khayal digeletek DAP
BalasPadamMana nak fikir kebajikan pengundi
Dengan PKR pula PAS Dibel
Buang kopiah dh nak pakai topi.
PAS bukan membela bangsa
Jauh sekali membela agama
Dengan melayu Nik Aziz x bangga
Pakat kena tipulah kita semua.