Ini lapuran Harakah mengenainya :-
KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya
Kamonlah .... tengok gambar dulu dengan yang sekarang. Kesan darah pun sama. Yang dulu konfem tipu dan sekarang gerenti tipu jugak. Lapuran Harakah pula kantoi. Harakah lapur cedera di muka, tapi kecederaan dalam gambar bukan di muka pun. Kalau kecederaan begitu sepatutnya si mangsa tak mampu nak senyum pun dan angkat dua jari. Harakah lapur ramai anggota polis bertugas. Jadi mustahil insiden seperti itu boleh berlaku. PAS Kelantam memang terkenal dengan putar belit dan kuat menipu. Cukup pandai mencipta cerita. Jadi korang fikirlah sendiri yea. Dulu dan masa BERSIH pun Anwar Ibrahim dok tipu sakit. Akhirnya kantoi. Pada kali ini puak PAS Kelantam pun nak menipu juga. Cukup-cukuplah menipu wahai puak PAS Kelantam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa