Isnin, 11 Jun 2012

ISYARAT JELAS DARI DULI TUANKU SULTAN JOHOR.


Bermula dari mulut celupar Nizar sosialis yang mempertikaikan pembelian no plat WWW 1 oleh TMJ, usaha PAKATAM mahu memburukkan imej Kesultanan Melayu Johor akhirnya memakan diri PAKATAM sendiri. Sebelum ini, Pakatam telah banyak kali menghina Sultan Perak, Sultan Selangor dan Sultan Johor. Tujuan Pakatam ialah untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada institusi DiRaja Malaysia yang merupakan salah satu badan kerajaan dalam Perlembagaan Malaysia. 

Dah lama Pakatam mengidam untuk menghapuskan insitusi DiRaja Malaysia nie. Maklumlah, kesultanan Melayu yang menjadi institusi DiRaja Malaysia ini dikhabarkan mempunyai warisan harta yang banyak turun-temurun. Jika tiada insitutsi ini berjaya dihapuskan bermakna segala hartabenda dan kekayaan Kesultanan Melayu akan berpindahmilik kepada ahli-ahli politik Pakatam jika Pakatam menang dalam PRU 13.

Institusi DiRaja Malaysia merupakan benteng terakhir kepada status agama Islam sebagai agama rasmi negara. Institusi ini juga merupakan benteng terkuat dan paling ampuh kepada asas kerangka kenegaraan Malaysia yang mengambil model RAJA BERPERLEMBAGAAN. 

Pakatan sejak dulu lagi mahu menubuhkan sebuah Negara bercorak Republik yang bertunjangkan kepada Sosialisma. Bahkan, Islam juga turut disosialismakan oleh ideologi tersebut dalam bentuk Pluralisma dan Liberalisma. Malah agama kristian ortodoks juga turut menerima ancaman daripada Sosialisma apabila mula wujudnya kumpulan yang mencabar asas-asas keagamaan Kristian. Kumpulan ini di sebut sebagai Sosialis Religus yang mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai fahaman Sosialisma ke dalam agama melalui Doktrin Pembebasan Teologi. Kerana itulah terbentuknya satu asas kepercayaan bahawa semua agama itu sama.

Di atas landasan itulah tertubuh di seluruh dunia apa yang dinamakan sebagai Interfaith Religion Council (IRC). Kononnya untuk mencapai kata sepakat di antara semua agama dan kepercayaan tapi kesepakatan yang dicapai adalah menurut fahaman Sosialisma. Contohnya, jika makan babi itu haram dalam Islam dan agama-agama lain tidak mengharamkannya maka demi kesatuan manusia Islam harus menghalalkan makan babi. Camtu lah bunyinya. Lain-lain kesepakatan seperti perkahwinan pasangan berlainan agama tidak memerlukan pasangan yang bukan Islam memeluk Islam terlebih dahulu. Manakala orang bukan Islam yang memluk Islam adalah bebas murtad tanpa dikenakan hukuman berdasarkan syariat Islam. Anak-anak pula tidak perlu mengikuti agama kedua ibubapa mereka sehinggalah mereka mencapai umur 18 tahun. Gila tak gila SOSIALISMA nie.

Satu lagi perkara mengenai Sosialisma nie ialah mengenai kepercayaan mereka kepada Revolusi dan Teori Dialektika Kontroversi. Hukum alam yang berlawanan di antara satu sama lain akan menghasilkan sebuah perubahan baru. Itu kepercayaan mereka. Sedangkan di dalam Islam mengajarkan bahawa keseimbangan hukum alam wajib dipeliharai sehinggakan Allah Ta'ala mencabar seluruh manusia untuk membuktikan melalui pengkajian ilmiah samada semua hukum-hukum alam nie berlawanan di antara satu sama lain (ketidaksempurnaan). Adalah mustahil bagi Allah Ta'ala mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap benda diciptakan secara berpasangan. Ada air ada api, ada api ada angin, ada angin ada bumi. Kesemuanya adalah seimbang mengikut kadar yang ditetapkan oleh Allah Ta'ala. 

Tetapi tidak bagi Sosialisma. Bagi Sosialisma semua hukum alam ini berlawanan di antara satu sama lain. Oleh itu amat perlu bagi menghapuskan dua hukum alam yang berlawanan bagi mendapatkan satu hukum alam yang baru. Begitulah kelirunya puak Sosialisma ni yang menggunakan lambang Kepala Lembu Hitam. Inilah bahayanya fahaman Sosialisma yang menyerap masuk ke dalam IRC, Liberalisma dan Pluralisma. Sosialisma tidak mempercayai wujudnya Tuhan yang Tunggal sebagai Zat yang unggul. Memandang agama itu sebagai satu bentuk ideologi dan fahaman ciptaan manusia berdasarkan kepada falsafah duniawi. Pendekata macam inilah , Sosialisma adalah kepercayaan terunggul dari semua kepercayaan dan agama. 

Itu lah pasal kita dengar dan lihat bagaimana Pok Nik asik tersasar dari asas-asas akidah Islam sampaikan menyamakan hijrah Rasul dengan 'Kerusi' dan AL Qur'an itu sama macam suratkhabar, nau'zubillahiminzalik! Sosialisma sebenarnya adalah Satanisma. 

Inilah yang salah satu dimaksudkan oleh baginda Rasullullah s.a.w. di dalam hadis sahih baginda yang menyatakan mengenai fitnah yang melanda umatnya di akhir zaman umpama semut hitam (pendokong-pendokong dan pemimpin serta pengikut fahaman sosialisma - warna asas bagi Sosialisma ialah HITAM yakni Penyamaran, Pembohongan Pendustaan dan semangat Revolusi) di atas batu hitam (Asas kepercayaan Sosialisma yang berlawanan dengan Islam) di waktu malam (zaman fitnah di mana manusia menjadi keliru seperti sekarang ini dan ramai yang jahil agama).

Isu nombor plat bukan setakat nombor plat sahaja. PAKATAM hendak mencetuskan kemarahan rakyat kepada Institusi DiRaja Malaysia. Pakatam berharap berlakunya Revolusi berdasarkan kepada teori tolol Sosialisma mengenai pertentangan kelas. Sebab itulah kita tengok cagcai Pakatam dan Pakatam sentiasa menyalahkan pihak itu dan pihak ini bagi satu-satu isu. 

Allah Ta'ala mengurniakan kepada kita akal ruhani dan akal jasmani dalam bentuk otak yang diletakkan paling atas sekali dalam susunatur anatomi manusia. Gunakanlah akal anugerah Allah Ta'ala itu sebaik-baiknya menurut landasan Al Qur'an dan hadis dalam kefahaman ilmu hikmah atau Ladunni. Kemuliaan akal-budi manusia ini terletak kepada penggunaan akal tersebut. Oleh kerana akal manusia terletak di atas maka gunakanlah secara teratas dalam semua hal. Kalau tidak lebih baik anda ubahkan saja kedudukan akal itu ke kepala lutut macam cagcai dan pemimpin Pakatam lakukan sekarang. Itu pasal lah Pakatam tak pernah dapat menyelesaikan sebarang masaalah sebaliknya hanya mengujudkan pelbagai masaalah. Nak undi lagi ke pepuak kepala lembu hitam Pakatam? Minta dijauhkan dari mengundi Pakatam !

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

3 ulasan:

  1. Hebat Rakyat Johor... ! Dirgahayu dan Daulatan Raja dipertahankan....
    Amat berbangga aku jadi Anak Johor diperantauan...
    Amat berbangga aku berdiri di antara jemaah masjid dan surau diperantauan....
    Amat berbangga aku bila berbicara... hal Melayu..
    Amat berbangga bila aku menerangkan keturunan Johorku pada anak anak ku....
    Salam perjuangan pada anak anak Johor.......
    Hanya Jauhari mengenal manikam..............
    Hidup Johor.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ISLAM DIJUNJUNG,RAJA DISANJUNG,RAKYAT DIPAYUNG,FUCKATAN HARAM DIKUDUNG...KAH..KAH..KAH

      Padam
  2. baru je ckp Islam di junjung,raja disanjung, rakyat dipayung tiba-tiba je, terus mencarut FUCKatan haram dikudung... mana yang dikatakan Islam disanjung. nampak sangat jahil...

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa