Sabtu, 19 Mei 2012

REGIM PAKATAN SELANGOR ENGGAN SELSESAIKAN KRISIS AIR.

Rakyat Selangor kini mulai sedar bahwa harapan baru yang dijanjikan oleh regim Pakatan hanyalah sebuah janji manis yang tidak akan ditunaikan oleh regim pakatan. Regim pakatan lebih mengutamakan politiking daripada mentadbir negeri. Budaya politik samseng, politik ugutan dan politik kotor yang diamalkan oleh regim pakatan itulah Harapan Baru. Selangor semakin hari semakin menghampiri kemusnahan dan kesulitan di masa depan. Sumber asli yang ada tidak diuruskan dengan baik dan sering diabaikan oleh regim pakatan. Regim pakatan hanya boleh berbangga dengan pendengaran-pendengaran awam tanpa sebarang tindakan susulan yang menyelesaikan masaalah. Sandiwara ini adalah kosmetik bagi menutup kelemahan-kelemahan regim pakatan. 

Kelemahan ketara regim Selangor dalam banyak-banyak kelemahan regim pakatan amat terserlah dalam isu krisis bekalan air bersih,  penyusutan cepat simpanan bekalan air bersih, hasil pasir, konsesi kawasan pasir, harga rumah yang melambung tinggi, pusat maksiat dan hiburan yang tumbuh macam cendawan, masaalah gemgsterisma di sekolah-sekolah dan penjualan aset-aset bernilai tinggi tanpa sebarang penggantian yang lebih baik. Golongan peniaga yang berniaga di kompleks-kompleks PKNS kini menghadapi masaalah kenaikan kadar sewa tapak perniagaan secara mendadak.

Simpanan air bersih di Selangor sudah sampai ke tahap kritikal. Namun regim Pakatan buat bodoh sahaja. Khalid G asik menyalahkan kerajaan Pusat. Walhal, keengganan dan tindakan tidak bertanggungjawab regim pakatan mahu penstrukturan semula konsesi perkhidmatan air bersihlah punca kepada kemelut yang ada. Regim Pakatan enggan meneruskan apa yang telah dipersetujui oleh pentadbiran dahulu dengan kerajaan Pusat.

Cadangan Penstrukturan semula tersebut hanyalah alasan yang disengajakan oleh regim Pakatan bagi mensabotaj usaha-usaha kerajaan Pusat dengan pentadbiran terdahulu. Pembinaan empangan memakan masa selama dua ke tiga tahun. Ianya tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang lebih pendek.

Akibat kedegilan dan kebodohan regim pakatan mempolitikkan isu air, rakyat Selangor kehilangan pelaburan baru sejumlah RM3,000,000,000.00 dan 2,600 peluang pekerjaan. Teguran dan nasihat Sultan Selangor turut diperlekehkan oleh regim Pakatan.Keluh-kesah rakyat hanya di tampal dengan pelbagai janji-janji kosong. Regim Pakatan di Selangor tidak bertanggungjawab.

Rakyat Selangor wajib bangkit menyuarakan pendapat mereka dan mendesak regim Pakatan kepada keputusan dan kehendak rakyat. Zaman ini bukan lagi zaman kerajaan negeri Selangor lebih tahu daripada rakyat.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

1 ulasan:

  1. mesti tonton. aku memang betul2 marah dengan polis tu.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa