26hb Mei 2012 ,PUTRAJAYA: Petang tadi sekitar jam lima petang bertempat di pentas utama HBN 2012 Ds Najib bersama kepimpinan Barisan Nasional merasmikan HBN 2012 dengan penuh gemilang.Sorak sorai dan laungan suara belia suara keramat bergema di Putrajaya sebagai tanda sokongan para belia menolak keganasan yang dicetuskan oleh budaya politik kotor pakatan. DS Najib memberitahu kepada semua belia Malaysia bahawa apa yang dibudayakan oleh pakatan adalah merbahaya kepada kemajuan belia itu sendiri. Apa yang dikecapi oleh para belia pada hari ini ialah kerana pengorbanan para belia generasi terdahulu yang bertindak berdasarkan kematangan berfikir dan tindakan. Para belia dulu menghormati perundangan negara dan pihak polis.
DS Najib amat tegas dalam menyatakan pendiriannya mahukan belia mewarisi keamanan dan kemakmuran negara ini untuk generasi terkemudian. Beliau berhasrat agar para belia mengikuti dan mencontohi kematangan para belia terdahulu yang bertindak dengan penoh kematangan dan kedewasaan dalam berfikir serta membuat pilihan. Seruan DS Najib itu di sambut oleh suara belia suara keramat. melaungkan tema HBN 2012 'Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini." DS Najib turut melakukan 'walkabout sebelum perasmian HBN 2012.
"JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI"
HBN 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa