Dimanakah semua janji-janji PRU 12 rejam Pakatan ? Dimulutkah? Tertunaikah? Sebenarnya semua janji-janji PRU 12 Rejam Pakatan ditunaikan di papantanda-papantanda gergasi dan kain-kain rentang ganad-gadang yang banyak kelihatan di seluruh Selangor. Disitulah kita melihat bagaimana Rejam Pakatan Selangor berjaya mengotakan semua janji-janji PRU 12 mereka. Cantik kan? Buat sebanyak mungkin janji kemudian mengotakannya di papantanda-papantanda dan kain-kain rentang. Itu namanya Kerajaan Papantanda kata Noh Omar. Tanpa papantanda dan kain rentang siapalah Rejam Pakatan Selangor ini.
Mula-mula Rejam Pakatan Selangor begitu kemarok menubuhkan SELCAT. Kononnya untuk mengembalikan semula kewibawaan dan maruah jentera kerajaan Negeri serta membetulkan semula apa yang mereka dakwa sebagai penyelewengan besar-besaran oleh kerajaan BN terdahulu di bawah Khir Toyo. Lama-kelamaan barulah kita nampak apa tugas SELCAT sebenarnya. SELCAT hanyalah berfungsi sebagai Pusat Kumbahan Rawatan segala najis-najis Rejam Pakatan.
Apabila Rejam Pakatan Selangor di hentam dan di lanyak mengenai janji-janji PRU 12 lalu barulah Khalid G tergagap-gagap menyemak semula janji-janji tersebut. Sekarang ini sudah saat-saat akhir. Bagi menyelamatkan sedikit maruah yang masih ada (itupun sudah tercalar habis) papantanda-papantanda dan kain-kain rentang dijadikan tempat mengotakan janji-janji tersebut. Lagipun duit masyuk lebat bila buat papantanda gergasi dan kain-kain rentang tersebut.
Kerajaan Papatanda Rejam Selangor ini bersifat materialistik dan korporat keparat.Apasaja tindakan dan polisi yang dijanjikan dan dilaksanakan mestilah membawa pulangan paling mewah buat ahli-ahli kroni dan Lembaga Pengarah Kerajaan Papantanda Rejam Pakatan Selangor.
Papantanda paling ngetop sekarang di Selangor ialah papantanda yang mempaparkan wajah Khalid G dengan senyuman dan isyarat tangan 'Bagus' kerana berjaya memperdayakan rakyat Selangor. Masaalah-masaalah kutipan sampah , kes demam Denggi yang semakin meningkat, serta krisis air yang meruncing tidak diberikan perhatian. Apa yang penting buat Kerajaan Papantanda Rejam Pakatan Selangor ialah setiap sen yang dibelanjakan kepada rakyat mestilah membawa pulangan keuntungan berlipat kali ganda masuk poket kroni dan pemimpin Kerajaan Papantanda Rejam Selangor. Senyuman Khalid G pada semua papantanda dan kain rentang gergasi di Selangor ada makna. Senyuman Ada Makna, Ada Duit Masyuuuukkkkkk.
"JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI"
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa