Jumaat, 4 Mei 2012

10 SOALAN UNTUK ANWAR IBRAHIM KUDA TUNGGANGAN DAP YANG BARU.

DULU PAS, KINI PKR PULA JADI KUDA TUNGGANGAN DAP.

MALAYSIAKINI menerbitkan sebuah artikel fiksyen yang kononnya di tulis oleh seorang yang bertaraf pastor (sudah tentunya dari Gereja Sosialis Religus yang membawa Doktrin Pembebasan Teologi). Ada sepuluh soalan yang dikemukakan oleh penulis fiksyen tersebut ditujukan kepada kerajaan BN. Tapi sebelum itu, hamba tertanya-tanya kenapa MELOYAKINI memanipulasikan sebuah kisah fiksyen berwatakkan seorang pastor bertemakan agama kristian dan orang Cina? Mari kita renungkan bersama sebab musababnya. Tidakkah ini bermakna MELOYAKINI cuba mencetuskan suatu ketegangan antara agama di bawah sedar para pembacanya? Memasukkan unsur-unsur kepercayaan sosialis religus yang memperjuangkan Doktrin Pembebasan Teologi menambah luka yang sedia ada. Apa tujuannya? Tujuannya ialah bagi menambahkan lagi kebencian kepada agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Apakah perlu kita bersikap apologetik lagi?

Cubaan mempengaruhi minda di bawah sedar di mana MELOYAKINI menggambarkan pemerintahan orang Islam adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bersifat anarkis dan menindas agama-agama lain. Amat merbahaya mesej yang disampaikan di dalam artikel tersebut. Artikel itu menggambarkan betapa tidak Islamiknya UMNO nie. Secara tidak langsung membawa mesej , jangan percayakan PAS. Senada dengan tuduhan Ambiga terhadap Unit Amal PAS. Mesejnya mudah, orang Islam di mana-mana jua bersifat ganas dan menindas serta suka keganasan. 

Untuk pembacaan artikel tersebut sila ke pautan ini JOY IN SEEING SPIRIT OF BERSIH IN SO MANY, Apakah maksud dan makna 'Spirit of BERSIH?' Dikaitkan dengan Sosialis Religus dan Doktrin Pembebasan Teologi , suatu yang amat merbahaya. Ianya adalah suatu cabaran terbuka kepada asa-asa Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Tidak keterlaluan jika disabitkan dengan pernyataan tersirat hasrat dan perjuangan DAP selama ini untuk menjadikan Malaysia sebuah Republik. Kesinambungan perjuangan sepuluh tahun sebelum merdeka.

Hamba bertambah musykil apabila Anwar Ibrahim sendiri mengakui secara lisan bahawa beliau juga turut rela dan redho menjadi kuda tunggangan DAP untuk menawan Putrajaya.BHARIAN - 3/5/12 (Ipoh Perak)
IPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 
Katanya, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.
“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Najib (Perdana Menteri) kata Anwar ini bahaya kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, dia akan dipergunakan oleh DAP, oleh orang Cina.
“Ada saya kisah? Saya tidak kisah jika terima nasihat dan pandangan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana saya lebih yakin dan percaya dengan beliau daripada UMNO... saya tidak bersikap apologetik (tidak akan menyesali mengenai perkara itu).
Dan itu mencetuskan Sepuluh soalan kepada Anwar Ibrah im selaku Kuda Tunggangan DAP:-

  1. Mengapa semasa di puncak kekuasaan anda sendiri gagal melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh anda semasa di dalam ABIM?
  2. Kenapa anda tidak menyatupadukan di antara PAS dengan UMNO semasa anda mampu melakukannya?
  3. Kenapa anda membantu PAS merampas kuasa di Kelantan melalui proksi anda Husam Musa, Hj Hadi dan lain-lain dengan membonekakan Pok Nik sehingga ke hari ini?
  4. Kenapa anda sentiasa mendahulukan kepentingan peribadi anda dari kepentingan umum?
  5. Pernahkah anda terfikir bahawa selama ini tidak  pernah Lim Kit Siang, Dr  Chan Man Hin dan mana-mana pemimpin DAP menyanggupi menjadi kuda tunggangan PKR dan mendengar nasihat anda?
  6. Kenapa anda pula sanggup menjadi kuda tunggangan DAP?
  7. Pernahkah anda terfikir yang usia anda sudah terlalu senja?
  8. Mengapakah anda khianati semua orang Melayu Islam kepada DAP ?
  9. Pernahkah DAP menunjukkan kesetiaannya kepada PKR dan PAS?
  10. Masih siumankah anda?
Kita tunggu saja lah apa anwar Ibrahim nak jawab sebab sekarang ini nampaknya beliau hanya memikirkan  hendak menjadi PM Malaysia bertaraf prono dan kuda tunggangan nombor wahid. 

Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada pada hari ini agar ianya tidak terhapus disebabkan oleh kegilaan Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP & PAS.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

3 ulasan:

  1. blogger vs meloyakini..teruskan!
    http://upsidet.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Dulu & kini dia suka menunggang china doll & gay jambu!! Laa ni dia plk rela dia ditunggang! Dasar pengkhianat negara!!

    BalasPadam
  3. Saya tolong jawabkan soalan No. 10, "Skru kat kepala saya dah loose tuan. Yang ada sikit tu pun cuma untuk fikir macamana nak mengelak dari tertangkap basah sedang buat projek cam kekasih gelap saya kena baru-baru ni."

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa