Isnin, 9 April 2012

UNDI PAS DAPAT DAP, PEMBAZIRAN LUARBIASA AP dan PAS


UNDI PAS DAPAT DAP. DAP dan PAS mendapat suntikan baru bila Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO. Apabila Anwar Ibrahim mula menentang UMNO, DAP & PAS tumpang semangkuk lah. Walaupun sebelum itu, Mat Syabu dan Karpal Singh menghentam Anwar Ibrahim kiri, kanan, depan dan belakang di dalam Parlimen. Malah keduanya menempelak Anwar Ibrahim sebagai pengamal homoseksual tegar. Kedua parti itu jugalah menjulang dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai manusia suci setelah di pecat dari UMNO kerana terlalu kotor dan jijik. 

DAP dan PAS pernah menangguk di air keroh sebelum ini pada tahun 1988 apabila SEMANGAT 46 ditubuhkan. Bersama Semangat 46, mereka menubuhkan Barisan Alternatif (BA). Ianya gagal kerana PAS pada masa itu masih dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang berani mencabar dan menyanggah pemimpin-pemimpin DAP. Itu dulu, sekarang pemimpin-pemimpin PAS lebih DAP daripada pemimpin DAP sendiri. Pada 21hb September 2011, DAP keluar dari Barisan Alternatif disebabkan tidak mampu menguasai pemimpin PAS pada masa itu di dalam krisis penubuhan Negara Islam.

Percubaan kali kedua bersama Anwar Ibrahim lebih tampak memberikan kejayaan kepada DAP & PAS berbanding sebelum ini. Pada 2004, ketiga-tiga parti PAS DAP PKR bertanding sesama sendiri mencari pengaruh dan undi. Pada 1hb April 2008, selepas PRU 13 dalam bulan Mac, ketiganya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR). Akhirnya melalui pengaruh Anwar Ibrahim, pemimpin PAS berjaya ditundukkan dan diakurkan kepada kehendak pemimpin Cina DAP.

Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi. 

DAP tetap tegas dalam menolak gagasan Negara Islam dan semua hukum-hakam Islam. Mereka sanggup mati kerana mempertahankan pendirian mereka. Tidak bagi PAS. Pemimpin PAS lebih selesa memberikan alasan demi alasan untuk kekal berkuasa di tampuk kerusi jawatan masing-masing tanpa menghiraukan pandangan akar umbi mereka sendiri. Pemimpin PAS membiarkan saja PKR dan DAP membuli PAS seperti bola di tengah padang. Pemimpin PAS tak sanggup mati untuk mempertahankan gagasan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud. 

Selama 4 tahun regim PR DRakula mentadbir Selangor hanya dengan menabur pelbagai janji-janji kosong. Janji nak buat itu ... janji nak buat ini .. janji nak beri itu ... janji nak beri ini .. janji atas janji lama-lama tinggal janji. PR Drakula pernah berjanji untuk meningkatkan hasil pasir dan melaksanakan pentadbiran yang telus, kredibel dan akauntabel. Ya la tu, sampai sekarang yang telus adalah wang rakyat, yang kredibel kroni PR Drakula dan yang akauntabel semua hasil pasir dijadikan bonus 6 bulan KSSB.

Pembaziran juga berlaku di dalam pentadbiran Yayasan Selangor, PKNS dan PKPS.Malah baru-baru ini Ronnie Liu dengan sesuka hati membelanjakan RM12 juta untuk pembelian lori kompektor untuk kegunaan kroni sampahnya ! Setiap pembaziran dalam perbelanjaan akan diberikan kelulusan cap SELCAT. 

PKR membiarkan saja Ronnie Liu menyalahgunakan kuasa beliau meluluskan lesen-lesen dan permit operasi pusat maksiat yang berlambak-lambak di Selangor. RM600 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan Pusat kepada PR Drakula bagi kos pengurusan penyelengaraan semua infrastruktur tidak dimanafaatkan oleh PR DRakula bagi tujuan sebenar. Sebaliknya ianya digunakan bagi maksud-maksud lain yang tidak ada faedah. 

PR Drakula lebih banyak menghabiskan wang rakyat kepada publisiti politik mereka melalui papan-papan iklan gergasi dan banner-banner yang diletakkan di seluruh negeri Selangor. Jika semua kos itu digunakan kepada rakyat sudah tentu pada hari ini UNISEl tak perlu kutip yuran pengajian dan PASTI tak payah lagi mengutip yuran.

Begitulah dayusnya dan bacolnya PR Drakula Selangor ini. Eloklah anda menolak Pakatanista Rakyat yang tak berguna ini. Simpan lelama pun bakal menjadi tahi dan daki yang amat busuk sepanjang zaman.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa