OK, baru-baru ini amaran tsunami dikeluarkan kerana berlaku gempa bumi di Acheh pada skala 8.7 Richter. Tidak lama selepas itu amaran Tsunami di tarik balik. Semasa amaran Tsunami dikeluarkan, majoriti rakyat Malaysia masih fobia dengan kejadian Tsunami pada 2004. Semuanya agak panik dan mula beremosi. Berdasarkan kepada penelitian tersebut, Nik Hussien telah menulis satu artikel yang telah diterbitkan semula oleh Badut Rakyat. Artikel berkenaan menganalisa kejadian gempa bumi tersebut dengan taktik diversi Anwar Ibrahim dengan memetik salah satu strategi di dalam 'Seni Peperangan Sun Tzi'.
Ringkasnya, Nik Hussien menyebutkan mengenai Jeneral Perang Pakatan iaitu Rafizi Ramli yang berjaya menumpaskan Shahrizat Jalil melalui isu NFC. Tertumpasnya Shahrizat Jalil tanpa sebarang bukti kukuh berlakunya sebarang salahlaku dan penyelewenga sehingga DS Najib sendiri terpaksa mengambil alih tugas Menteri Wanita, Masyarakat dan Pembangunan Keluarga. Kejayaan tersebut adalah bukti kejayaan Pakatan mempengaruhi minda dan pendapat awam.
Menurut analisa Nik Hussien, apa yang sedang berlaku sekarang yakni mengenai Pendidikan Percuma dan penghapusan PTPTN sehingga berlakunya rundingan meja bulat merupakan satu lagi kejayaan Pakatan mempengaruhi minda rakyat dan menakutkan pegawai-pegawai kerajaan. Fee pengurusan PTPTN dimansuhkan. Sebab itu lah bebudak reriang angkat dan cabut khemah. Ha ha ha ha.
Ok lah, apakah matlamat dan sasaran seterusnya Rafizi dan Anwar Ibrahim? Nik Hussein kata selepas ini Aman adik beradik di Sabah bakal kecundang dalam taktik Pembunuhan Karekter. Apa yang perlu Rafizi atau mana-mana panglima perang Pakatan lakukan ialah hanya menebarkan satu persepsi bahawa ' Ada Kemungkinan Berlakunya Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa melalui amalan Rasuah'. Lepas tu depa pun berpesta lah macamana Pesta NFC. Kalau Aman adik beradik berjaya ditumbangkan melalui persepsi sedemikian maka pada saat-saat akhir menjelang PRU 13 ianya akan menjejaskan peluang BN. Begitulah pendapat Nik Hussien.
Bagi pendapat hamba pula, kita lakukan pertimbangan sebegini, DAP adalah pihak yang amat jahat perilaku mereka, PKR pula adalah pihak yang amat suka berkhianat dan PAS adalah pihak yang amat busuk hati mereka. Bagaimana pula dengan UMNO? UMNO kini di dalam proses pemulihan dan kesedaran serta menuju kepada pembaikan.
Kita sering mendengar Pakatan mengatakan bahawa jika UMNO tiada pun orang Melayu dan Islam tetap terbela kerana ada PAS dan PKR. Apakah ianya benar? Apabila UMNO tewas di Selangor, Kedah dan di Kelantan, adakah kita melihat nasib orang Melayu dan martabat Islam semakin naik dan harum? Helo ! Tengok apa jadi kepada Yb Zulkiflee dan Hasan Ali. Sebenarnya, tanpa UMNO, orang Melayu dan Islam semakin di injak dan di pijak serta semakin mengundur ke belakang. Tanpa UMNO, orang Melayu di dalam PKR dan PAS akan saling berbunuhan di antara satu sama lain. Dan selepas itu , mana-mana pihak yang menang akan berbunuhan pula dengan orang Melayu lain. Akhirnya siapakah yang untung ? Adakah Melayu dan Islam itu sendiri? Jawapannya sudah tentulah Melayu dan Islam itu di dalam kerugian yang amat besar. Oleh itu, dengarlah .... tanamkan satu tekad, TOLAK LAH PAKATANISTA RAKYAT!
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa