Rabu, 11 April 2012

OUR BELOVED MALAYSIAN KING , OUR PRIDE. DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU.


KDYMM Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah , KDYMM Sultan Kedah melakar sejarah tersendiri kerana baginda merupakan satu-satunya Sultan yang pernah di lantik dan di pilih sebanyak dua kali memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong, Raja Malaysia. Pertama kalinya pada tahun 1970-1975 sebagai Yang DI Pertuan Agong ke 5, sewaktu arwah Tun Hj Abdul Razak Husin Perdana Menteri ke 3  bapa kepada Perdana Menteri kita. 

Kini sewaktu DS Najib Hj Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, baginda buat kali keduanya memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong ke 14. KDYMM Sultan Abdul Halim adalah dari kesultanan tertua di dunia yang berusia 1 000 tahun

Bagi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, keduanya tidak berapa gemar dengan Kesulatanan Melayu kerana mereka terpaksa kow tow kepada kedaulatan agama, budaya dan sejarah Melayu. Sepatutnya mereka gembira kerana tidak ada satu sistem Beraja di dunia ini yang mengamalkan konsep demokrasi dan rotasi seperti di Malaysia. 

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa kemerdekaan dan kuasa rakyat yang ada pada hari ini kerana kesembilan Sultan Melayu menyerahkan kuasa tersebut kepada rakyat semasa menandatangani Perjanjian Tanah Persekutuan Melayu 1948, 1957 dan 1963. Tanpa sanksi daripada kesembilan Sultan Melayu tersebut, kuasa rakyat pada hari ini hanya indah dari khabar sahaja. 

Cap Mohor dan tandatangan para sembilan Sultan Melayu itulah yang menjadi tonggak dan dasar kepada Kuasa Rakyat pada hari ini. Oleh itu, Sistem Beraja di Malaysia dan Yang DI Pertuan Agong adalah Raja bagi semua rakyat Malaysia tak kira apa agama dan kepercayaan sekalipun. Bukannya rakyat Malaysia di suruh sembah Yang Di Pertuan Agong dan Sultan-sultan Melayu sebagai Tuhan tetapi menghormati dan menyayangi mereka sebagai simbol kedaulatan negara ini.

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU 

TEPUK DADA TANYA IMAN!
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS ASIK DI BULI SELALU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa