Ahad, 8 April 2012

BANJIR KILAT DI SELANGOR BERPUNCA DARI TERSUMBATNYA OTAK PEMIMPIN PKR KERANA AMALAN RASUAH.


Masaalah sampah sudah begitu ketara. Rakyat sudah merungut. Macam-macam helah dikata oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Akhirnya ketara sekali, ini semua alasan untuk samun kontrak sampah dari Alam Flora.

Mula-mula Alam Flora dikenakan tekanan macam-macam oleh kerajaan negeri melalui setia pihak berkuasa PBT. Margin keuntungan untuk pembuangan sisa atau sampah itu sedikit.

Dengan dikecilkan zon kutipan, minta diskaun kadar, dan akhirnya dilambatkan bayaran, akhirnya termuntahlah kontrak sisa itu keluar dari kontraktor dan subkontraktor.

Langsung diagih-agihkan kontrak itu sesama mereka sebagai hadiah diatas kesetiaan sebagai aktivis parti-parti Pakatan Rakyat.

Antara mereka ini, ada yang dapat sebagai kontrak, ada yang jadi broker untuk mengumpulkan sub-kontrak-subkontrak sampah dan ada yang hanya broker atas angin.

Elemen rasuah hingga menjejaskan perkhidmatan sudah ditimbulkan oleh Dr Jacob George. Jika tidak ada bukti, masakan dia sedia membuat laporan polis dan laporan SPRM.

rasuah ini sudah begitu berleluasa hingga ada antara mereka ini menjadi kaya dalam masa sekejap hingga berupaya memiliki kereta sports mewah, katanya. Ada bekas pembantu seorang Menteri Besar pembangkang kini mengendalikan lebih dari 30 sub-kontraktor.

Disebalik pengumuman Ronnie Liu untuk membeli 50 lori compactor pun menarik. Satu lori baru boleh mencecah harga RM250,000. Ini akan menelan belanja hampir RM12.5 juta. Lori ini akan disewa kepada kontraktor dan sub-kontraktor. Sesuatu yang tidak berlaku ketika Alam Flora kendalikan.

Terfikir ke tidak bahawa kalau mereka tidak kacau Alam Flora, tidak perlu untuk membeli lori-lori. Kebanyakkan kontraktor dan sub-kontraktor sudah punya alat-alat dan kenderaan. Ada yang sudah pertingkatkan teknologi untuk perbaiki perkhidmatan dan kurangkan kos.

Akhirnya ini semua membazir dan pelanggan iaitu orang ramai mendpaat perkhidmatan yang masih primatif atau permulaan pembangunan. Tidak jauh untuk dibandingkan. Lihat saja tahap perkhidmatan di Selamngor dengan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur.

Bukankah selama ini kerajaan negeri merungut tidak cukup wang hingga sewa naik, siapa tak bayar sewa tanah tol dihalau, projek pembangunan untuk mengumpul dana, dan lain-lain. Tiba-tiba boleh cukup pulak?

Dengan pembelian lori dan disewa, sedarkah anda bahawa kerajaan negeri menggalakkan kewujudan ‘broker’ dan kontraktor sebeanar tidak terlibat dalam perkhdmatan pembuangan sisa sampah?

Bila ‘broker’ ini boleh atur untuk kontraktor dan sub-kontraktor yang berminat kenderaaan compactor dengan disewa dari kerajaan negeri, sesiapa Ahmad, Ah Chong dan Muthu boleh masuk tender walaupun tiada kenderaan atau kepakaran atau atau modal.

Banyak elemen rasuah dan penindasan dipercayai sudah menusuk hingga menyebabkan perkhidmatan terjejas. Yang buat kerja sebenar tak berapa orang saja tapi yang terlibat ramai.

Ini belum diungkit pengurangan perkhidmatan dan caj yang minta ditambah. Ada sesetengah kawasan rumah pangsa dan kos rendah, mereka tak mahu lagi beri perkhidmatan percuma dan yang kerap seperti semasa bawah Alam Flora.

Kalau dikatakan cara dulu Alam Flora lebih baik, mereka akan tuduh dan kata macam-macam penyelewengan atau ketirisan ada berlaku. Lihatlah sendiri perkhidmatan sekarang dengan perkhidmatan dahulu. Kalau dah lupa, turun saja ke Kuala Lumpur untuk lihat sendiri.

Makan masa bertahun-tahun baru anda akan nikmati perkhidmaatn yang tidak bermasaalah. Takpe … undi lagi pembangkang. Padan kan muka. Pembuangan sampai yang dahulu tidak bermasaalah dah jadi masaalah. Entah apa lagi akan rosak jika mereka mereka dibenarkan terus memerintah.

Sumber SEL13


TEPUK DADA TANYA IMAN!
DAP KOMUNIS
PAS KENA BULI
PKR TAKDE AKHLAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa