Ahad, 4 Mac 2012

YANG PENTING DS NAJIB DAPAT MANDAT BARU.

Hamba akan berpihak kepada pihak yang benar dalam semua isu berbangkit  tidak kira lah samada pihak yang benar itu tidak disukai oleh sahabat, rakan dan kawan dalam pasukan pejuang maya pro kerajaan , UMNO dan BN.  Matlamat Hamba sekarang ialah memastikan kemenangan dan mandat baru buat DS Najib walaupun Hamba tidak menerima satu sen atau di upah oleh DS Najib. Hamba melakukannya di atas kerelaan hamba sendiri.  

Sesekali hamba tidak akan menanam mana-mana sahabat, rakan dan kawan dalam pejuang maya UMNO. Kritikan dan teguran pedas Hamba hanya bertujuan memberikan kesedaran kepada mereka agar memilih jalan Wassatiyah sesama kita. Semuanya samada yang baru atau yang lama atau yang otai, hamba enggan bermusuh dengan kalian semua. 

Musuh hamba adalah jelas yakni hanya dari kalangan pencacai PAS PKR DAP sahaja. Inilah pendirian Hamba. Sepertimana yang pernah Hamba suarakan berkali-kali dalam semua perjumpaan, Hamba tidak meminta upah dan Hamba tidak peduli jika ada yang mengambil upah. Sebenarnya hamba tumpang gembira bagi mana-mana kawan yang memperolehi upah. Hamba tumpang bersedih bagi mana-mana kawan yang tidak mendapat upah.

Hamba tidak memaksa mana-mana orang untuk mengambil pendirian ini kerana pendirian ini tidak sesuai bagi sesetengah pihak. Pendirian ini memerlukan keyakinan yang amat tinggi kepada sifat. nama dan perbuatan Allah Ta'ala sebagai PEMBERI REZEKI. Kerana Hamba benar-benar yakin dan percaya bahawa rezeki berada dalam kekuasaan Allah Ta'ala dan disalurkan melalui  manusia-manusia lain. Bahkan Hamba juga benar-benar yakin dan percaya bahawa rezeki itu mampu datang ke rumah jika diizinkan oleh Allah Ta'ala. Asalkan saja kita mengmalkan "Jadda man Jadda" dengan penuh kejujuran. 

Kepada sahabat, rakan dan kawan seperjuangan pernahkah Hamba meminta upah walaupun satu sen selama ini daripada mana-mana pemimpin dan grup yang ada? Tapi pernah ada satu grup meminta izin menggunakan nama Hamba untuk meminta upah daripada pemimpin. Oleh itu kesimpulan Hamba adalah mudah mungkin rezeki mereka disalurkan melalui keizinan Hamba tersebut. Jadi fikir-fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa