Jawatannya dalam parti politik berbunyi hebat " Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat'. Jawatan lain yang di sandang turut berbunyi hebat ' Pembantu Penasihat Kewangan Negeri Selangor'. Cuma namanya tak sehebat jawatan yang di pegang olehnya ... Rafizi Ramli. Termasuklah segala isu yang dibangkitkan olehnya. Dakwaan pemegang jawatan-jawatan 'hebat' bahawa DS Najib menggunakan 'Wang Rakyat' bagi membiayai perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuannya dengan anak Nazarbayez (Kazakhstan) tidak berasas samasekali. Para skeptik yang turut menari bersama Rafizi juga hanya bersifat menangguk di air keroh.R
Hamba tidak mahu mengulas panjang kerana Pejabat PM akan mengeluarkan kenyataan balas terhadap dakwaan palsu Rafizi tersebut. Bagi para skeptik pula mereka ini ibarat lalang yang di tiup angin. Tujuan mereka mungkin baik yakni membantu secara sukarela 'Propaganda' PKR atas 'nasihat-nasihat' para 'Penasihat Strategi Metafora dan Mitos' yang amat gemar memakai baju kemeja -T bendera British terpampang besar didadanya.
Hamba cuma tahu satu perkara sahaja yakni baik sebelum atau semasa atau selepas Majlis Pertunangan tersebut, tidak pernah pula hamba mendengar dan/atau sampai bukti kepada hamba adanya kutipan derma wajib daripada PMO ke atas rakyat Malaysia bagi menampung perbelanjaan majlis tersebut.
Mahupun kedengaran promosi-promosi di blog-blog atau sebarang media awam menggesa atau memaksa hamba rakyat keluarkan derma wajib RM1.00 setiap kepala bagi 'MEMBAYAR' kos majlis tersebut dengan janji syurga sepertimana berlaku dalam satu arahan bertulis daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Isle. Sebelum itu mari kita belajar ASAS MATEMATIK atau orang dulukala sebut ILMU HISAB.
SOALAN MATEMATIK/ ILMU HISAB.
Rafizi dakwa kos majlis berjumlah RM409,767.00. Rafizi dakwa 'Duit Rakyat' digunakan. Penduduk Malaysia pada setakat ini berjumlah 28 juta (28, 000, 000) orang. Berapakah 'Wang Rakyat' yang telah dikutip daripada setiap seorang rakyat Malaysia bagi menampung kos tersebut?
Formulir:-
RM409 767.00 / 28 000 000 = 0.014634535714285714285714285714286 sen setiap orang.
Penggenapan nombor bermakna 0.015 SEN setiap kepala.
SOALAN ILMU MANTIQ / LOGIKA / DIALEKTIKA KONTROVERSI.
Jika dakwaan Rafizi itu benar maka berdasarkan kepada ILMU HISAB di atas dalam setiap akaun milik RAKYAT MALAYSIA ini sepatutnya
0.014634535714285714285714285714286 (0.015 sen) akan 'hilang ghaib' dari semua akaun-akaun milik rakyat Malaysia.
Soalannya:-
- Adakah jumlah 0.015 sen benar-benar telah hilang dari semua akaun milik Rakyat Malaysia bagi tujuan tersebut?
- Dimanakah rangkaian bukti yang menunjukkan perkara itu berlaku?
- Cukai yang di kutip daripada rakyat sudah tidak di kira sebagai 'Duit Rakyat' kerana ianya bukan 'Sumbangan Derma Ikhlas'
- Tidak semua rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan cukai-cukai perkhidmatan.
DUIT RAKYAT ialah wang tunai yang ada dalam poket dan dalam akaun-akaun milik rakyat Malaysia.
Tapi yang pasti kerajaan sekarang membelanjakan jumlah yang amat besar bagi faedah rakyat dalam bentuk subsidi dan pembayaran BR1M.
Sebarang Resit-resit dan bil-bil berkaitan dengan kos majlis tersebut tidak membuktikan 0.015 sen telah di ambil secara paksa dari poket dan akaun milik rakyat Malaysia.
Jadi duit siapa sebenarnya yang telah digunakan? Kita telah menolak kemungkinan ianya adalah Duit Rakyat. berdasarkan kepada ILMU HISAB dan ILMU MANTIQ / LOGIKA / DIALETIKA KONTROVERSI..
KESIMPULANNYA.
- Di aspek emosional memanglah ramai menyangka 'Duit' milik mereka digunakan dalam majlis tersebut.
- Di aspek pembohongan memanglah ramai menyangka kos majlis tersebut adalah pembaziran dan menjadi bukti 'kemewahan hidup' DS Najib dan keluarga.
- Di aspek politik ianya adalah Pembunuhan Karekter yang disengajakan oleh pihak musuh.
- Di aspek Propaganda Musuh ianya mahu menimbulkan Persepsi Buruk ke atas DS Najib.
- Di aspek KEBENARAN DAKWAAN RAFIZI ADALAH PENDUSTAAN MANAKALA TINDAKAN PARA SKEPTIK ADALAH AMPLIFIKASI KONFLIK YANG DIKEHENDAKI OLEH PKR DALAM ISU INI.
Kadangkala hamba terfikir jua apakah perbelanjaan-perbelanjaan dan kos-kos majlis-majlis rasmi yang menggunakan wang dari kantung perbendaharaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan itu tidak diamplifikasikan oleh para skeptik dan Rafizi?
Kenapa kek cokelat, penajaan pakej Haji, pakej percutian EXCO dan Geran SelangorKu tidak dipersoalkan dan dipertikaikan oleh Rafizi dan para skeptik? Oh Hamba lupa kerana ianya melibatkan kepentingan perbelanjaan politik PAS PKR dan DAP dan tidak melibatkan DS Najib sekeluarga.
Selepas ini janganlah pula para askar upahan PKR dan para skeptik mengatakan ini adalah Mitos dan Metafora.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa