Selasa, 13 Mac 2012

LAGI PEMIMPIN REGIM PAKATANG TERLIBAT DALAM PENYELEWENGAN KUASA.


Penguasaan dan kehebatan Ronnie Liu mengendalikan kegiatan-kegiatan haram atau lebih dikenali dengan kegiatan underground di Selangor tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak lagi.

Seorang taikun kongsi gelap yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan haram sebelum menjadi YB, dan setelah dipilih menjadi YB diberikan pula jawatan Exco yang menguruskan PBT ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal.

Memberi jawatan Exco PBT kepada Ronnie samalah seperti memberi jawatan Ketua Polis Negara kepada M Kalimuthu atau anggota geng mamak.

DAP memang memerlukan orang seperti Ronnie di Selangor untuk tujuan mencari wang besar bagi membiayai kegiatan politik perkaumannya. DAP tahu hanya Ronnie yang tahu bagaimana cara untuk mendapatkan wang dari kegiatan-kegiatan haram. Sebab itulah DAP minta dari PKR dan PAS supaya jawatan Exco PBT diberikan kepada Ronnie.

Sebab itulah selepas DAP memerintah Selangor kita boleh lihat rumah-rumah urut serta kelab-kelab malam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. PBT tidak boleh bertindak sesuka hati kerana semuanya dikawal oleh Ronnie. Wang-wang perlindungan bulanan semuanya telah dibayar dan dimasukan ke dalam poket Ronnie serta kantung DAP.

Bukan sahaja melindungi rumah-rumah urut ,rumah pelacuran,  kelab malam, dan mendalangi kegiatan curi pasir. Ronnie juga turut terlibat melindungi pengusaha kubur haram di Seksyen U14 Shah Alam.

Lima lot tanah bernombor 3868, 3869, 3870, 3871 dan 3872 yang luas keseluruhannya 49 ekar, terletak di Seksyen U14 Shah Alam, Mukim Bukit Raja,Daerah Petaling telah dimajukan sebagai tanah perkuburan bukan islam oleh sebuah syarikat swasta bernama Premivest Sdn Bhd bersama sebuah syarikat sekutunya Fairy Park Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan dari Pejabat Tanah serta Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjalankan urusan pengkebumian jenazah bukan islam secara komersial. Tanah tersebut masih lagi berstatus pertanian sehingga kini. Sehingga kini juga lebih kurang 1000 jenazah telah dikebumikan di kawasan tersebut. Syarikat berkenaan juga turut membina  pintu gerbang, krematorim dan kolumnbarium diatas tanah tersebut tanpa sebarang kelulusan.

Baca seterusnya di sini http://sel13.com/archives/1771

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa