Rabu, 21 Mac 2012

KRONI SAMPAH DAPAT 50 LORI PERCUMA & SIDANG DUN JADI PERTANDINGAN DEBAT.

Seronoknya jadi kroni regim Punah Ranah. Sampah tak yah kutip. Lori dapat percuma. Kira percuma lah bila takde lori , PKR tolong belikan guna duit rakyat. Macamlah reta khazanah negeri Selangor ini harta pesaka nenek moyang mereka punya.Sebijik lori harga dalam RM300,000. 50 biji jumlah besar ialah RM15 juta, Alarh sikit je tu. Simpanan kan ada RM 1 BILIYUN. Hayun saja lah. Ni kira depan belakang atas bawah kanan kiri semua balun lah. RM15 juta 10 keturunan makan tak abis. Ntah-ntah lori 'kitar semula'. Nak buat apa lah kerajaan negeri Selangor nak ada aset bernilai RM15 juta? Dulu kalau projek insinerator di Broga tidak  di halang kemungkinan besar pada hari ini RM15 juta tu boleh beri kat hamba rakyat. Tapi sekarang hamba rakyat cuma dapat RM11.00 subsidi air. Itupun ada hamba rakyat yang tak dapat. Nasib kau lah Labu. 

Alasan yang diberikan oleh Ronnie Liu ialah:-

 
Kalau dah tau kontraktor kroni sampah takde mesin kompektor, buat apa di lantik menjadi kontraktor? Dah tau akan timbul masaalah di kemudian hari. Tak ke itu bermakna sengaja cari pasal untuk merompak RM15 juta  duit rakyat? Duit pembayar cukai tur bukan duit pembodek kroni sampah tau.

Sidang DUN Selangor jadi medan Pertandingan Debat. Suhaimi ADUN Seri Muda yang dah hilang 'Seri' dan 'Muda' akhirnya berhasil juga nak masuk pertandingan debat bagi mensucikan dirinya yang tak berapa nak suci tu. Dalam bahasa Melayu mana ada istilah 'Jantan kabaret Suci' melainkan 'Anak Dara Suci' ada ler.

Dipendekkan cerita, Suhaimi dok tuduh sana sini keliling DUN Selangor tanpa bukti dan fakta. Dituduhnya masa BN dulu banyak lombong pasir sana sini. Ya la tu. Banyaklah lombong pasir. Berapa jumlahnya? Di mana ? Apa nama? Berapa bilangan permit dan lesen yang dikeluarkan? Berapa pula hasilnya? Semuanya itu tidak dikemukakan oleh Suhaimi. Tak tau lah selepas ini ada pulak ADUN DAP yang kemukakan. Tak kisah ler, janji apa yang selama ini regim Punah Ranah dok canang cam opera Cina ternyata hanya sandiwara bangsawan versi moderen. Dah la selama hampir 4 tahun takde benda satu pembanguna di buat. Semua duit di simpan untuk ditaburkan pada PRU 13. Lepas PRU 13 melangu balik lah. Semakin lama regim punah ranah perintah Selangor semakin susut lah khazanah negeri. Sampai bila nak jadi nak jadi begini?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa