Sabtu, 31 Mac 2012

JANGAN AIBKAN WANITA MELAYU ATAS APAJUA MOTIF.

Ada perbezaan dan jurang amat besar di antara mendedahkan kesalahan akhlak Anwar Ben Israel yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri bertaraf Porno dengan beberapa orang gadis-gadis Melayu yang nampaknya sengaja diaibkan di atas kesilapan mereka. Kalau iya pun buat apa nak tunjukkan muka-muka mereka di dada akhbar? Kalau Chinadoll dan lain-lain kemain dijaga dan dipelihara maruah buruk mereka dengan tidak didedahkan wajah-wajah sialan mereka. Kamonlah, ini soal maruah gadis Melayu.Kalau bencikan sangat MELAYU pun buat apalah hendak diaibkan dan dimalukan gadis Melayu yang bukan ahli politik pun? 

Kesianlah kat mak bapak diaorang, adik beradik dan saudara mara mereka. Kenapa tak diberikan kaunseling dan ditawarkan kerja-kerja lain yang lebih bermaruah kepada gadis-gadis Melayu tersebut? Mereka mungkin terjebak dalam kerjaya sedemikian kerana tipu daya dan diperdayakan oleh agen-agen pengusaha pusat maksiat. Dah takde cara lain ke selain mempaparkan wajah-wajah mereka di akhbar? Buat apa hendak dimalukan dan diaibkan mereka? Sebab mereka berbangsa Melayu? Begitu? Hina sangatkah mereka kerana mereka berbangsa Melayu? Takde faedah dan manafaat mengaibkan mereka. 

Jika hendak berikan kesedaran kepada mereka pun bukanlah dengan cara mengaibkan mereka.Diaorang bukan macam Anwar Ben Israel yang kaya raya dan mampu menyaman beratus juta untuk menutup aib yang didedahkan. Mereka mungkin akan menjadi bertambah liar kerana dimalukan dan diaibkan sebegitu rupa.

Suratkhabar berkenaan perlulah berlaku adil kepada semua wanita dan gadis tak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun. Kalau bab maruah wanita kaum lain kemain mereka jaga dan pelihara. Kalau bab maruah gadis-gadis Melayu, mereka seolah-olah tak ambil peduli pun. Mereka perlulah juga mengambil tanggungjawab menjaga maruah dan harga diri mana-mana wanita dan gadis Melayu yang terjebak dalam kegiatan tak berapa molek. Perlulah berlaku sopan kepada wanita dan gadis Melayu tersebut. Mereka pun ada maruah dan harga diri waima apa pun kesilapan mereka. Baca seterusnya di sini PRAPUKARI

Kena ingatlah gadis-gadis tersebut bukan Anwar Ben Israel. Maaf lah jika tulisan hamba ini menyinggung perasaan dan tak berapa digemari oleh pihak-pihak berkenaan. Hamba menulis bukan mencari keuntungan dan populariti tetapi mahu menyedarkan semua pihak Tolonglah jaga dan pelihara maruah dan harga diri gadis dan wanita Melayu. Jangan aibkan mereka atas apajua motif. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa