Rabu, 1 Februari 2012

SAYANGI ISLAM: CELIK BUDAYA BUTA AGAMA KERANA UNDI BABI PUN HARUS.

Yang Haram ialah Babi ... Tapi Kenapa Buat Perangai Macam Babi ?


Celik Budaya Buta Agama 
Bukan Untuk Berdakwah Tetapi Untuk Membeli Undi

RBF melapurkan kembali apa yang dilapurkan oleh Malaysiakini mengenai pemimpin Parti Adat & Sukan semakin kemarok kerasokan parasit-parasit Anwarista :-
PAS buktikan ia 'parti celik budaya' 
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.
Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
Negara Islam
"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi  sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.
"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."
Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamat mengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.
Rosalan, 51,  yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.Tak ada masalah
"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.
"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.
Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.
Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.
Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.Melayu terhibur
Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.
Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan  kebudayaan berbilang kaum.
"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."
Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.
Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti. 
KOMEN HAMBA: 

  1. Parti Adat & Sukan tidak memertabatkan agama Islam dengan melakukan aktiviti sedemikian. Banyak lagi tempat lain yang boleh diberikan angpau kepada masyarakat Cina. Pilihan tempat sedemikian hanya memberikan satu gambaran bahawa jika pemimpin Parti Adat & Sukan boleh ke tempat sedemikian maka tak salah lah bagi mereka meletakkan kepala babi depan masjid di Rawang.
  2. Perkara yang sama berlaku semasa Guan eng menyerahkan wang tunai kepada masyarakat Islam di dalam Tokong Cina dan menggunakan hasil wang judi.
  3. Samalah juga seperti membenarkan pemimpin DAP rasis wanita melakukan senamrobik dan berucap dalam surau dan di perkarangan masjid.
  4. Memanglah kita digalakkan di dalam Islam menghormati budaya dan agama orang bukan Islam tetapi pernahkah anda mendengar atau melihat atau terbaca di dalam aman-mana sirah Rasulullah s.a.w. atau para sahabat baginda melakukan perkara yang dilakukan oleh Parti Adat & Sukan? 
  5. Jika tiada maka bolehkah lagi dikatakan Parti Adat & Sukan ini sebuah Parti Islam dan UMNO adalah parti Sekular?
TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa