Bila sebut sahaja isu NFCORP ramai Melayu dalam PKR DAP PAS turut serta membantu puak komuniti monopoli pasaran daging halal tempatan dan pengimpot daging kerbau India mari punya. Bila sebut sahaja KFC ramai yang turut serta dalam pesta memaki hamun Melayu. Bila sebut sahaja Lynas teringat kes khalwat Badrul Amin. Bila sebut sahaja Gardenia teringatkan Robert Kuok hendak sabotajkan Syed Mokhtar Al Bukhary.
Paling kelakar ialah bilamana ramai yang terlupa bagaimana isu NFCORP ini boleh timbul. Cuba anda kaji semula dan teliti semula kenapa isu NFCORP ini dibangkitkan dan berpunca daripada siapa dan kerana apa. Semasa pembentangan bajet 2012 oleh DS Najib ianya merupakan suatu kejutan maut buat pakatang. Ianya juga menjadi igauan ngeri buat puak-puak pensabotaj dalaman.
Bajet 2012 merupakan titik mula di mana isu NFCORP dibangkitkan. Setelah puak dan jejuak pakatang gagal menyakinkan rakyat bahawa Bajet 2012 adalah gula-gula pilihanraya kerana pakejnya amat telus dan berintregriti, tiba-tiba Lapuran Ketua Audit Negara lewat dikeluarkan. Kenapa?
Di dalam pakej Bajet 2012, adanya pakej SBPA untuk kakitangan awam. Betul tak? Pakej SBPA ini telah sengaja disabotaj oleh beberapa pegawai JUSA. Tidak lupa juga Ketua Audit Negara merupakan figura bermasaalah dalam skandal makmal komputer. Baiklah. Jika anda seorang pemimpin politik yang tidak ada jawatan dalam kabinet tetapi memegang jawatan di dalam parti dan anda bercita-cita tinggi apakah yang anda akan lakukan?
Pertama anda perlulah mencari bloger yang boleh dipengaruhi mindanya kerana terbuku hatinya.Kemudian? Anda perlulah menggerakkan rangkaian anda terutama mereka yang mencari kesempatan untuk menyerapkan idealisma reformasi dan Anwarinas.Setelah itu? Anda tunggu.
Apabila Lapuran Ketua Audit Negara dikeluarkan. Maka bermulalah salakan pembangkang episod-episod pembaziran dan sebagainya. Tapi tahukah anda seminggu sebelum itu sudah keluar di fesbuk isu NFCORP? Wow bagaimana itu boleh terjadi? Sedangkan Lapuran Ketua Audit Negara masih belum dikeluarkan?
Tahukah anda sekumpulan AMK termasuk Rafizi telah pergi ke PFN dan kemudiannya menginterbiu pekerja di sana serta mula melakukan putar belit? Pertama kali ianya keluar sebagai artikel di blog Ketua AMK. Setelah Lapuran Ketua Audit Negara dikeluarkan ianya bertambah hangat apabila ada rangkap di dalam Laporan tersebut yang menyebutkan dan ditafsirkan sebagai mengesahkan projek PFN tidak mencapai sasarannya.
Setelah tiga bulan dan di desak memperjelaskannya Ketua Audit Negara mohon maaf kata beliau tersilap tapi jangan persoal intergriti pasukan auditnya. Kelakar bukan? Katakunci INTERGRITI. Kepala hotak beliau. itu baru cerita di pihak Ketua Audit Negara, Belum lagi masuk ceerita pasal PDRM. Ada kaitan dengan pendedahan GAP mengenai hanki panki kontrak berkaitan perkhidmatan internet. Melibatkan juga figura penting dalam grup siber.
Sebenarnya banyak lagi hendak di tulis ini mengenai kronologi isu NFCORP yang jelas ada unsur-unsur sabotaj dari luar dan dari dalam. Banyak pihak boleh disyakki. Banyak pihak menjadi saspek utama. Banyak pihak layak di gelar dalang.
Paling menyedihakan ialah bagaimana isu ini diperalatkan oleh pihak saboteur bagi mempengaruhi minda dan perasaan seorang bloger yang menggelarkan dirinya Cicak Man bagi menjatuhkan reputasi seorang bloger terkenal di Malaysia. Seronok kan?
Tapi sabarlah, pertama sekali Hamba hendak mengingatkan semua mengenai bagaimana isu NFCORP ini boleh timbul. Apabila anda mengkaji setiap satu insiden yang mendahului isu tersebut anda boleh bayangkan dengan jelas beberapa wajah-wajah 'Kesayangan Tuan Hamba' yang muncul dalam benak fikiran masing-masing.
Anda juga perlu ingat mengenai amaran bloger The Unspinners sebelum dari itu mengenai Strategi Bliztkrieg Anwar Ibrahim.Anda juga perlu ingat bahawa semasa NFCORP ditubuhkan dan di awal operasi seorang agen saboteur dari pihak DAP dan pihak saboteur telah diletakkan di dalam pengurusan NFCORP.
Anda perlu bertanya soalan ini dan jawablah dengan penuh KEJUJURAN dan INTERGRITI:-
- Projek PFN dan keberadaan NFCORP adalah hasil polisi semasa pentadbiran Pak Lah. (Ahaa ! ada kaitan dengan bloger yang telah terpengaruh dan diperalatkan )
- Siapakah figura UMNO yang muncul memperrtahankan isu tersebut? (Ahaaa ! ada kaitan dengan sebuah grup siber)
- Kenapa isu ini menjadi bertambah hangat selepas pemergian Dr Lo'Lo' ? (Ahaa!)
- Kenapa di dalam PAU 2012 pemimpin lama di dalam UMNO di bidas oleh ketua-ketua muda?
- Kenapa tiba-tiba ada figura yang kontroversi kelihatan semasa PAU 2011 dan selepas itu figura itu bersama figura penting di dalam grup siber berinterbiu bertepuk tampar secara manja gitu-gitu dalam studio kerusi hangat?
Sekarang ialah 2012. PFN bermula pada 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 (Hanya hasil audit pada 2010 Ketua Audit kata tak mencapai sasaran sedangkan sebelum itu tidak timbul pun di dalam mana-mana Lapuran Ketua Audit Negara pada 2008, 2009,) Malah sebelum itu juga tidak pula Rafizi dan Mak Lempira sibuk hendak melawat dan menziarahi ladang PFN. Kenapa ya?
Cukuplah dulu yea setakat ini, Lainkali Hamba sambung lagi. Malah segala isu-isu politik lain turut diperbincangkan dari sudut pandang sebegini. Setiap peristiwa yang berlaku bukanlah secara kebeetulan. Ianya berangkaian dan berkait di antara satu sama lain.
Cuma renungkan keputusan Jawatankuasa Displin Pusat DAP yang 'mensucikan' taik lembu pada Nga Kor Ming kerana menurut mereka ' kewujudan pertalian dengan pemberi kontrak dan penerima kontrak tidak melayakkan sebarang aduan mengenainya dijadikan bermerit untuk siasatan penyelewengan'. Agak-agak anda adakah ianya sebuah keputusan dan jujur dan berintergriti?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Menyelitkan kekotoran taik lembu NFC dicelah celah kesucian Gardenia..KFC dan Lynas satu percubaan yang baik.
BalasPadamGood try sahabat...
Kekotoran taik lembu itu hanya wujud dalam pemikiran sahabat sahaja.
PadamAnyway nice try sahabat.
Saya melihat ini satu ulasan dan peringatan yg amat padat dan jelas.... cuma jauhkanlah kekeruhan dikalangan blogger pro kerajaan.Perlu ada jalan penyelesaian, takut nanti BN yang terima akibatnya.
PadamSoal, apa saja produk melayu akan dijahanamkan oleh puak pakatan sy amat setuju... lihatlah lynass sbnrnya yg ramai trn demo adalah kaum cinaa... jg bkaitan dgn cina dan negara China.
Malangya makin ramai melayu tak nampak...